LIPIS – Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan membabitkan dua buah lori dan sebuah kenderaan Perodua Aruz, di KM6, Jalan Lipis-Benta pada kira kira jam 2.40 petang hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supritenden Azli Mohd Noor berkata itu pemandu lori Izuzu, Muhammad Redzuan Mohd Razid, 28, berasal dari Parit Raja Darat , Muar meninggal di tempat kejadian manakala dua orang mengalami kecederaan.
Katanya, , Muhammad Redzuan yang memandu kenderaan itu bersama seorang kelindan dari arah Gua Musang hendak ke Muar selepas selesai menghantar anak pokok durian.
“Sampai di tempat kejadian, lorinya dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebuah lori Nissan dari arah belakang yang hendak masuk ke simpang kanan menuju ke Tokong Cina Penjom.
” Akibat dari pelanggaran tersebut, Muhammad Redzuan telah masuk ke laluan bertentangan lalu dirempuh oleh kenderaan Perodua Aruz dari arah bertentangan,” katanya.
Azli berkata, pemandu lori itu telah maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori Nissan dan seorang penumpang mengalami cedera ringan.
“Manakala, pemandu dan penumpang Perodua Aruz hanya mengalami cedera ringan.
“Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah dari kecuaian pemandu lori Izuzu yang gagal mengawal kenderaan,” katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Ustaz Alias Ahmad (kiri) mengetuai perarakan berselawat warga emas dan penduduk kampung sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M, Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), Beranang, baru-baru ini.
Sikap tolong menolong antara penghuni, tiga dipilih tokoh Maulidur Rasul
KAJANG – Sikap ringan tulang dan suka membantu rakan senasib tanpa jemu menjadi pilihan tepat tiga warga emas di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih dan Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), Beranang, dekat sini apabila terpilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul 2023 bagi kategori penghuni.
Pemilihan Elias Othman berasal dari Johor, Faridah Isa dari Kelantan iaitu penghuni di PJMM dan Muhammad Adam Wong Abdullah dari PJNH diumumkan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M PJMM, baru-baru ini.
Elias, 67, yang ditemui, berkata kerajinan dia membantu rakan senasib di pusat jagaan itu bukanlah berniat untuk memenangi mana-mana anugerah atau disanjung sebaliknya melakukan dengan ikhlas membantu rakan yang sebahagian besar berada dalam keadaan keuzuran.
Katanya, dia mengenali semua rakan sepenghuni di PJMM dan apabila selalu duduk berborak bertanya khabar, hubungan antara mereka semakin rapat dan saling membantu dalam melakukan pelbagai perkara sudah menjadi rutin hariannya yang masih mampu berjalan walaupun menghadapi masalah sakit dalaman.
“Saya membantu menyorong kerusi roda rakan yang lumpuh atau terkesan dengan penyakit tiga serangkai khususnya kencing manis, dia turut memberikan tunjuk ajar melakukan senaman ringan kepada rakan-rakan.
“Selepas lima tahun menjadi penghuni di PJMM saya bersyukur kerana berjaya khatan al-Quran sebanyak lima kali malah tidak pernah berasa jemu mengikuti kelas mengaji serta fardu ain yang dipimpin ustaz dan ustazah bertauliah di samping menunaikan solat tahajjud berjemaah,” katanya yang melahirkan rasa gembira menerima anugerah itu.
Faridah, 67, pula berkata, selepas kematian suaminya dan terlantar di hospital tanpa ditemani anak, dia berasa bertuah apabila dihantar ke PJMM untuk meneruskan kelangsungan hidup apabila tiada tempat untuk berteduh sejak hampir dua tahun lalu.
Dia yang mendakwa mempunyai dua anak perempuan tidak lagi bergantung harapan kepada mereka selepas disisihkan kerana keuzuran namun kini kembali sihat dan dapat membantu rakan-rakan perempuan yang uzur dan terlantar di atas katil.
Menurutnya, di samping membantu petugas mengagihkan makanan, dia turut membantu membersihkan meja makan serta mengemaskan barangan atau menyusun kitab serta al-Quran di dalam surau.
“Saya berasa tidak selesa hanya duduk sahaja tanpa melakukan apa-apa kerja memandangkan keadaan kesihatan semakin pulih bagi membantu rakan-rakan yang uzur atau lemah untuk bergerak atau membersihkan diri,” ujarnya yang sudah dua kali khatan al-Quran dan tidak pernah lupa menunaikan solat tahajjud setiap hari.
Manakala Muhammad Adam, berkata rakan senasib dengannya di PJNH diibarat sebagai ahli keluarga kerana itu dia sentiasa membantu petugas menyediakan hidangan makanan dan minuman untuk warga emas setiap hari.
Menurutnya, bagi rakan yang berkerusi roda dia akan membantu menyorong mereka untuk ke meja makan atau ke surau bagi menunaikan solat berjemaah di samping memapah untuk baring di atas katil apabila tiba masa untuk tidur atau sebagainya.
Jelas beliau yang berusia 69 tahun, tiada yang menyuruh atau memaksa dia melakukan pelbagai kerja membantu rakan penghuni di PJNH sebaliknya dilakukan secara sukarela malah salah satu cara bagi menghilangkan rasa bosan apabila hanya duduk sahaja.
“Kesempatan ini juga saya gunakan untuk bersenda gurau dengan rakan warga emas yang masing-masing mempunyai pelbagai kisah suka duka masa silam sama ada dibuang oleh ahli keluarga atau hidup sebatang kara tanpa waris.
“Alhamdulillah saya gembira menerima anugerah ini selepas empat tahun memeluk agama Islam dan sudah tujuh tahun menjadi penghuni PJNH selepas dihantar pihak hospital kerana tiada tempat untuk berteduh apabila discaj dari wad,” ujarnya.
Sementara itu, dua petugas menerima anugerah Maulidur Rasul bagi kategori kakitangan iaitu Suhaimi Kamarul Ghani (PJMM) dan Norfathiah Izyan Norman (PJNH) di samping beberapa sukarelawan menerima bagi kategori berkenaan termasuklah Muhd Azizan Abdullah dan Zamila Majlis. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Empat puluh ahli Kelas Al-Quran Masjid Punggor Darat, Rengit, Batu Pahat bersama-sama barangan keperluan asas yang disumbangkan untuk Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Semenyih, Selangor, baru-baru ini.
Warga Emas PJMM teruskan kelangsungan hidup
SEMENYIH – Warga emas yang menghuni di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih, Selangor dinasihatkan untuk terus mengharungi kelangsungan hidup dengan tabah serta sabar walaupun diselubungi kesedihan kerana disisih oleh ahli keluarga atau hidup sebatang kara tanpa waris.
Pengerusi Kelas Al-Quran Masjid Punggor Darat, Rengit, Batu Pahat, Johor, Nuriah Anuar, berkata dia bersama-sama 40 ahli yang melawat PJMM berasa amat terharu dan sebak apabila Pengerusi PJMM, Azman Rasman menceritakan pelbagai kisah silam warga emas terbabit.
Menurutnya, dalam ucapan ringkas Azman yang menyambut kedatangan kami itu memang menyentuh perasaan ahli semua yang rata-rata sudah berusia seperti warga emas yang berlindung di PJMM.
Tambahnya, antara kami ada mempersoal sikap sesetengah ahli keluarga khususnya anak-anak yang sanggup mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga ibu atau bapa selepas membesarkan mereka dan berjaya dalam kehidupan.
“Alasan seperti mengatakan sukar atau membebankan mereka untuk menguruskan ibu atau bapa yang uzur tidak boleh diterima kerana perkara ini boleh dilakukan dengan cara terbaik dengan duduk berbincang bersama-sama ahli keluarga lain.
“Paling menyedihkan apabila mengambil sikap lepas tangan tanpa bertanya khabar langsung selepas ibu atau bapa mereka dihantar oleh pihak hospital serta pihak berkenaan ke pusat jagaan apabila discas selepas menerima rawatan,” katanya ketika berucap pada majlis lawatan ke PJMM bersama-sama ahli pada 7 September 2023.
Selain Azman menyambut kedatangan mereka turut Setiausaha PJMM, Muhammad Shafiq Mohiadin. Dalam kunjungan itu ahli kelas berkenaan menghulurkan sumbangan termasuk pelbagai makanan dan keperluan asas.
Nuriah berkata, kunjungan ke PJMM itu merupakan aktiviti pertama kelas berkenaan melawati pusat jagaan bagi menyelami nasib mereka yang ditimpa musibah dan memerlukan sokongan serta pembelaan daripada mereka berkenaan untuk meneruskan kehidupan.
Menurutnya, kunjungan itu juga diharapkan membuka minda ahli untuk melihat secara dekat kegigihan pengurusan PJMM serta sukarelawan mereka menyantuni warga emas dengan penuh kasih sayang dan sabar walaupun tidak mempunyai kaitan persaudaraan.
“Kami menguar-uarkan kewujudan PJMM ini kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sekitar Batu Pahat untuk turut sama menghulurkan bantuan bagi
Manakala seorang ahli jawatankuasa kelas berkenaan yang ditemui, Siti Salmiah Abdul Hamid, berkata mereka merancang untuk mengusulkan cadangan menjadikan PJMM sebagai keluarga angkat supaya dapat terus mengikuti perkembangan serta menghulurkan bantuan.
“Selain itu kami akan berusaha bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain untuk sama-sama terus membantu PJMM di samping pelbagai rumah kebajikan atau pusat jagaan anak yatim serta tahfiz,” katanya.
Sementara itu, Azman berkata, PJMM tidak dapat menerima jumlah warga emas melebihi 50 orang berikutan kekangan mencari dana untuk menampung kos operasi seperti bayaran bil utility, kos rawatan dan pengangkutan ke hospital atau pusat kesihatan, perbelanjaan bagi barangan basah serta kering dan sebagainya.
Sehubungan itu, katanya, PJMM sentiasa mengalu-alukan pelbagai pihak seperti korporat, agensi kerajaan serta NGO untuk mengadakan aktiviti amal kebajikan di situ di samping menghulurkan sumbangan barangan keperluan makanan asas dan kewangan.
Mereka yang ingin membantu termasuk untuk mengeluarkan zakat boleh menghubungi nombor telefon Azman Rasman 019-977 7419 dan Sazali Mohiden (019-368 8142) sementara sumbangan wang boleh disalur ke Akaun CIMB Islamic bernombor 8603160021 (Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia) atau ke Akaun Maybank Islamic bernombor 562384521053 (Persatuan Kebajikan Mahmudah Malaysia). – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Sebahagian AJk UMNO Jerantut bergambar di Felda Kemasul, semalam.
AJK UMNO Bahagian Jerantut berkampung di Felda Kemasul
BENTONG – Seramai 45 jentera UMNO Bahagian Jerantut telah berkampung di kawasan Pilihan Raya Kecil (PKR) Pelangai untuk memastikan kemenangan calon BN, Datuk Amizar Abu Adam sejak dua minggu sebelum hari penamaan calon Sabtu lalu.
Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jerantut, Razak Daud berkata, 15 AJK bahagian, 10 orang AJK sayap wanita, 10 pemuda dan 10 orang pergerakan puteri.
Katanya, UMNO Bahagian Jerantut telah menyusun pelbagai program di kawasan Felda Kemasul melibatkan pelbagai peringkat usia penduduk setempat.
“Antaranya telah melakukan ziarah kasih penduduk yang dianggap memerlukan bantuan.
“Selain itu akan diadakan sukan rakyat di situ serta Alam Cintai Rasul sempena hari Mulidur Rasul,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kompaun letak kereta RM10, cukai tanah tertunggak dikecualikan denda
JERANTUT – Majlis Daerah Jerantut menawarkan harga runtuh pengurangan kadar kompaun meletak kenderaan kepada RM10.00 sahaja bagi setiap kesalahan sempena Karnival Tanah Peringkat Daerah Jerantut Tahun 2023.
Kadar kompaun yang dikenakan adalah RM100 tetapi hanya dikenakan adalah RM10 sahaja pada 21 September ini.
Prasyarat kelayakan mendapatkan kadar kompaun yang istimewa ini adalah pemohon perlu mengemukakan bukti pembayaran cukai tanah dan cukai taksiran tanpa tunggakan.
Karnival Tanah Peringkat Daerah Jerantut Tahun 2023 diadakan pada 21 September 2023 (Khamis) bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Dewan Utama, Majlis Daerah Jerantut.
Selain itu, kerajaan negeri Pahang turut berbesar hati mengecualikan denda lewat kepada pemilik-pemilik tanah yang mempunyai cukai yang tertunggak. Insentif pengecualian denda lewat ini bermula pada 22 Julai 2023 sehingga 16 Oktober 2023.
Karnival ini juga adalah sebahagian daripada libat urus kerajaan negeri Pahang dalam memberikan advokasi kepada penduduk Jerantut berkaitan isu-isu pengurusan tanah.
Beberapa sesi taklimat akan diadakan melibatkan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Unit Pembahagian Pusaka, Pejabat JKPTG Pahang dan Unit Penguatkuasaan Bersepadu Negeri Pahang yang akan disampaikan oleh pakar dalam bidang masing-masing.
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung seperti Jualan Rahmah, Jualan Agro Madani selain pameran agensi kerajaan dan korporat serta gerai jualan.
Oleh itu orang ramai dijemput hadir dan rebut peluang mendapatkan pengurangan kompaun letak kereta dan pengecualian denda lewat Cukai Tanah.
Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Jerantut 2023, bertemakan, “Syukuri nikmat, laksana tanggungjawab, jelaskan cukai tanah anda”.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pekan Sehari Chemomoi diwarnai sambutan Harir Malaysia
BENTONG : Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang Tahun 2023 diwarnai dengan pelbagai persembahan bercorak patriotik dan kenegaraan yang diadakan di Tapak Pekan Sehari FELDA Chemomoi, hari ini.
Penduduk Felda Chemomoi dan sekitar telah membanjiri kawasan tersebut untuk bersama menyambut sambutan itu yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy berkata, Persembahan Perpaduan Malaysia Madani yang menhiburkan orang ramai turut disertai dengan empat artis jemputan berbilang kaum sebagai tanda kesepaduan di kalangan masyarakat majmuk di negeri ini.
“Saya berbesar hati apabila dapat bersama-sama masyarakat di Bentong khususnya di Pelangai bagi meraikan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang Tahun 2023 di sini.
“Kehadiran masyarakat berbilang kaum yang membuktikan keharmonian dan kemakmuran di bumi Pahang ini terus subur. Semoga kita semua terus mempertahankan kedaulatan negara dan merayakan perpaduan serta jadi diri bangsa Malaysia kukuh buat selama-lamanya,” katanya.
Katanya, kumpulan pergendangan pelbagai kaum yang menyerikan majlis itu seperti gendang dan tarian singa Cina, kompang dan Gendang India selain persembahan oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina, Triang dengan tarian tiga kaum iaitu tarian Melayu, Cina dan India membuktikan negara ini makmur dan harmoni.
Menurut Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man berkata, acara sambutan ini bertepatan dengan corak sosiopolitik negara dengan mengajak rakyat mengukuhkan perpaduan dalam menghadapi pelbagai cabaran.
Tema sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia iaitu “Malaysia Madani : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” jelas melambangkan kepentingan perpaduan dalam memacu pembangunan ekonomi negara dan mengangkat martabat rakyat ke tahap yang lebih tinggi. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Orang ramai di daerah Jerantut dijemput menonton filem Mat Kilau yang bakal ditayangkan di Dataran Feri Waterfront pada jam 8.30 malam pada 15 September ini.
Tayangan berkonsep wayang pacak itu sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Jerantut. Jom datang beramai-ramai mengimbau kembali nostalgia wayang pacak pada satu ketika dahulu sangat popular.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (2 dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada sebahagian penuntut IPTA
126 penuntut IPTA kawasan DUN Pelangai terima Bantuan Prihatin Pahang
BENTONG: Seramai 126 orang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai bersyukur dan berterima kasih menerima wang saku sebanyak RM300 seorang di Majlis Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Kluster Siswa/Siswi 2023 di Felda Kemasul, Bentong.
Sumbangan itu merupakan inisiatif di bawah BPP insentif Kerajaan Negeri yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM37,800 telahpun disempurnakan penyampaiannya oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di dewan Felda tersebut.
Seorang penuntut, Puteri Nor Elisya Balqis yang berasal dari Simpang Pelangai dekat sini, berkata, inisiatif wang sebanyak RM300 itu merupakan galakan kepada penuntut kawasan Pelangai tanpa mengira kaum bagi meningkat kecemerlangan akademik di IPTA khususnya bidang yang berorientasikan teknologi maklumat, kejuruteraan dan sebagainya.
“Wang ini dapat menampung belanja peralatan belajar dan makanan lebih lagi meringankan keluarga saya masih menanggung persekolahan yang ramai termasuk keperluan kebajikan lain,” katanya di majlis tersebut.
Seorang penuntut Ijazah Kejuruteraan Teknologi Maklumat, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Puteri Nor Elisya Balqis Salmizan, 23, berkata, dia berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana wang yang diterimanya untuk perbelanjaan mengikuti pengajian semester lima mulai bulan Oktober ini.
“Hal ini menunjukkan kerajaan negeri amat endah serta prihatin masalah kewangan penuntut IPTA yang tinggal di luar bandar seperti di kawasan DUN Pelangai ini serta tempat lain di Pahang bagi meringankan beban keluarga yang kebanyakannya berpendapatan rendah,” katanya.
Aida Sabrina merupakan penuntut Sarjana Muda Pengurusan Sistem, UiTM Jengka menambah, bantuan RM300 itu merupakan kali pertama diterima dan diharap sebagai wang saku untuk perbelanjaan harian di IPTA pada pengajian semester tidak lama lagi.
Seorang penuntut Ijazah Sains Marin, Universiti Malaysia Terengganu, Mohd Zaim Danish Mohd, 21, dari Felda Chemomoi berkata, wang RM300 yang diperoleh untuk sekurang-kurang dapat menampung melunaskan yuran semester baharu pengajian bermula tidak lama lagi.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Merakam kenangan di hadapan Pejabat UDA, Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Angsana Mall, Ipoh, baru-baru ini.
Badan Didikan Islam UDA Holdings Berhad berjaya menyantuni kakitangan UDA di Angsana Mall sempena hari kebangsaan
Program Ride Amal Badan Didikan Islam UDA Holdings Berhad (BADIM) sempena Hari Kebangsaan berjaya menyantuni kakitangan UDA di Angsana Mall dan rumah anak yatim serta miskin buat kali-3 di Ipoh, baru-baru ini.
Program konvoi bermotosikal dari Kuala Lumpur diketuai Yang Dipertua BADIM, Mohd Isa Ali adalah sebagai kunjungan badan itu kepada rakan setugas UDA di negeri berkenaan di samping memeriahkan sambutan kemerdekaan negara yang ke 66.
Timbalan Yang Dipertuanya, Azhar Yop, berkata sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam pelbagai aktiviti kerja amal kebajikan, BADIM tidak abaikan untuk menyantuni rakan setugas.
Katanya, walaupun tidak duduk satu pejabat mereka sentiasa berhubung dalam menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawab selain berkongsi pengalaman untuk memacu nama UDA dalam pembangunan negara.
“Setiba di Angsana Mall itu konvoi berkenaan disambut oleh rakan setugas yang memberi peluang antara mereka beramah mesra supaya dapat mengenali dengan lebih rapat diikuti makan tengah hari bersama-sama.
“Kesempatan berkumpul ini, kami mengambil kesempatan menyampaikan tazkirah ringkas mengenai solat jamak dan qasar apabila bermusafir yang secara tidak langsung memberi panduan kepada 20 peserta konvoi,” katanya.
Azhar berkata, selepas itu konvoi berkunjung ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Ar-Ridwani, di Manjoi, Ipoh bagi menyampaikan sumbangan barangan dapur serta menyerahkan zakat wakalah.
“Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan bebanan dan keperluan pusat serta pertubuhan berkenaan dalam memberi pelindungan di samping memelihara anak yatim terbabit dengan penuh keprihatinan.
“Langkah BADIM menyantuni anak yatim dan miskin ini bersesuaian dengan slogan ‘Berilmu, Berkebajikan dan Berlandaskan Islam’ dan diharapkan mampu menjadi contoh kepada pelbagai NGO lain untuk turun padang membantu mereka yang memerlukan pembelaan atau sokongan,” katanya. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penduduk Felda Jengka 24 pasang bendera hayati kemerdekaan
JERANTUT : Penduduk Felda Jengka 24 berganding bahu menceria dan menaikan semangat sambutan kemerdekaan dan hari kebangsaan ke-66 dengan memasang bendera di sekitar Felda tersebut.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, penduduk di sini bersetuju memasang bendera di rumah masing-masing selain di jalan utama ke Felda itu bagi memberi semangat sambutan hari kebangsaan.
“Bagi generasi lama, perkara yang dilakukan sebagai membangkitkan semangat sayangkan negara, bagi generasi muda pula yang tidak ‘nampak’ hasil perjuangan orang lama menuntut kemerdekaan dahulu wajar diterapkan nilai ini.
“Oleh itu dengan sekadar memasang bendera di rumah masing-masing, ia menunjukkan rasa cintai negara bertapak kukuh,” katanya.
Katanya, tahun ini hampir 5,000 bendera di pasang di rumah dan laluan tertentu termasuk di jalan masuk ke Felda itu.
Penduduk Felda Jengka 24, Zulmi Abd Rahman berkata, penduduk di sini menjadikan memasang bendera di kediaman masing-masing selain menceriakan rumah menjelang hari kebangsaan ia turut menjadikan situasi sambutan bertambah meriah.
“Saya sendiri memasang hampir 500 bendera pelbagai saiz di rumah dengan bantuan anak dan menantu.
“Dengan cara ini, ia menjadikan sambutan sebagai penghargaan kepada orang lama yang memperjuangkan kemerdekaan dari tangan penjajah,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!