LIPIS – Bandar Lipis bakal menerima pelaburan daripada syarikat tempatan berjumlah RM 1bilion menerusi pembinaan Bandar Pertahanan Lipis.
Timbalan Menteri 1 Pembangunan Liar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, menerusi pelaburan syarikat tempatan tersebut bakal menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk di Lipis dan kawasan sekitar.
“Kerajaan Negeri Pahang menerusi Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah bersetuju untuk pelaksanaan pembangunan Bandar Pertahanan ini menerusi Perjanjian Pajakan Tanah Projek Kilang Peluru antara Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang dan Ketech Asia Sdn Bhd (Fasa 1) di Kechau Tui yang melibatkan keseluruhan kawasan seluas 40.5 hektar.
“Projek Kilang Peluru ini merupakan satu usaha menyediakan peluang pekerjaan baharu serta menjadikan sektor pertahanan sebagai salah satu sumber baru pendapatan negara tanpa kebergantungan kepada negara luar.
Beliau berkata projek mega ini akan memberi manfaat kepada aspek sosial dan ekonomi Parlimen Lipis dan tentunya akan wujudkan peluang pekerjaan yang besar kepada penduduk tempatan selain membangunkan prasarana lain di daerah ini.
“Kilang ini memerlukan tenaga kerja lebih 1,000 orang apabila siap sepenuhnya, sekaligus akan meningkatkan tenaga mahir dan kepakaran dalam kalangan anak tempatan Lipis.
“Sekali gus kawasan sekitar juga dapat dibangunkan dengan wujudnya premis-premis perniagaan dan projek perumahan baru serta memberi hasil kepada pendapatan negeri”, katanya.
Katanya, Projek Fasa 2 pula akan bermula selepas mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk pembangunan kilang peluru di kawasan Lipis.
“Ini adalah salah satu usaha dan tekad bagi merancakkan pembangunan dalam Parlimen Lipis dan usaha ini akan saya teruskan dengan membawa lebih banyak pelaburan dalam pelbagai industri,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BN Jerantut nekad ambil semula 2 kerusi DUN terlepas pada PRU-14 lalu
JERANTUT – Pastikan kemenangan calon Barisan Nasional dengan mengekalkan 2 kerusi iaitu Parlimen Jerantut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar serta merampas kembali dua kerusi yang terlepas pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 tidak berulang.
Ketua Umno Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah.
Ketua Bahagian Umno Jerantut, Datuk Nazri Ngah mengingatkan perwakilan Umno dan ahlinya jangan leka mengakibatkan kekalahan kali kedua dengan DUN Damak dan DUN Tahan terlepas ke pihak lain.
Beliau mahukan semua jentera bergerak dengan bersistematik dalam menentukan kemenangan kepada calon Barisan Nasional pada PRU ke-15 yang bakal diadakan tidak lama lagi.
“Kita mahu ambil semula DUN Damak dan Tahan yang terlepas, kedua-dua DUN ini menjadi kerusi tradisi sebelum kekalahan PRU-14, maka jentera BN perlu bergerak lebih aktif untuk memastikan kemenangan calon BN.
“Kalau terlepas kali kedua semasa PRU-15, maka sukar untuk bangkit kembali untuk menawan kedua-dua kerusi ini di masa hadapan,” katanya kepada media ketika ditemui di kediamannya, hari ini.
Nazri berkata, jentera BN Umno Bahagian Jerantut dan cawangan sudah siap sedia menghadapi PRU kali ini dengan melengkapkan ‘pasukan kerja’ dan pembahagian kerja dan peranan telah ditetapkan.
“Kini, jentera PRU telah mengemaskini Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parlimen Jerantut sebanyak 54 dan sebanyak 17 PDM dalam DUN Pulau Tawar.
“Jentera Umno jangan lupa pengundi muda dan pengundi buat kali pertama sebanyak kira-kira 23,151 pengundi yang perlu didekati, pada PRU-14 sebanyak 63,746 pengundi dan kini meningkat kepada 86,897,” katanya.
Katanya, daripada kira-kira 23,151 pengundi baharu itu, Melayu, 82 peratus; Cina-12 peratus; India-3 peratus dan Orang Asli 2 peratus.
“Cara kempen kali ini dengan memperkasakan dari akar umbi ke atas, kempen bersistematik dan berhemah selain menggunakan isu semasa dengan intelek,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lori gagal brek turun bukit, langgar treler dan kereta, pemandu nyaris maut
BENTONG – Sebuah lori telah terlanggar bahagian belakang treler dan bergesel dengan sebuah kereta Proton Saga yang berada di hadapannya mengakibatkan berlaku kemalangan di KM 42.9, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke timur.
Keadaan bahagian hadapan lori remuk yang melanggar belakang treler dalam kejadian itu.
Kejadian itu berlaku pada jam jam 9.20 malam, semalam, ketika lori tersebut dari Ipoh ke Kuantan yang dipandu oleh warga tempatan berusia 37 tahun bersama kelindannya sedang menuruni bukit dan brek lori yang dipandunya itu tidak berfungsi.
Superitenden Zaiham Mohd Kahar
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kemalangan itu melibatkan tiga buah kenderaan, sebuah lori dipandu oleh lelaki warganegara tempatan serta kelindan, sebuah treler dipandu lelaki warganegara tempatan berusia 42 tahun dan sebuah kereta dipandu oleh seorang lelaki warganegara tempatan berusia 32 tahun.
“Akibat kemalangan tersebut, seorang pemandu lori, kelindan serta seorang lelaki telah mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dibawa menerima rawatan di Hospital Bentong.
“Lori yang melanggar belakang treler remuk di bahagian hadapan. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Zaiham memohon kerjasama semua pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
“Dinasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah serta memastikan kenderaan yang dipandu diselenggara dengan baik dan berada dalam keadaan selamat untuk pemanduan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KPLB lancar Sahabat Komuniti Desa dengan 5,910 orang sukarelawan
LIPIS – Seramai 5,910 sukarelawan skuad bantuan banjir akan bertugas di 196 buah kawasan seluruh negara bagi menghadapi musim banjir yang dijangka mula melanda awal bulan November ini di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Jabatan Kemajuan Masyarakat
Timbalan Menteri Satu, KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sukarelawan itu dikenali sebagai Sahabat Komuniti Desa (SKoD) akan menerima peruntukan berjumlah RM490,000 menerusi pengurusan Kemas bagi kemudahan lojistik, peralatan dan pengurusan tertentu yang akan ditempatkan di kawasan yang mudah ditenggelami banjir.
“SKoD turut melibatkan kerjasama antara Kemas dengan Jawatan Kuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK), pengurusan masjid/surau serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)setempat bagi tugasan bantuan semasa musim banjir.
“Sukarelawan ini telah mula bergerak dan bertugas membantu di kawasan yang mula ditimpa bencana banjir termasuk bekerjasama menangani keselamatan, ketenteraman termasuk dan terbabit juga sebagai pasukan pengurusan jenazah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Sahabat Komuniti Desa (SKoD) peringkat Kebangsaan di Penjom, dekat sini hari ini
Menurut Abdul Rahman, sukarelawan SKoD akan dibekalkan peralatan untuk aktiviti gotong-royong dan kecemasan bagi memudahkan tugasan mereka di kawasan berkenaan.
Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Lipis menambah sukarelawan SKoD juga diharap dapat mewujudkan hubungan baik antara agensi kerajaan bersama pemimpin setempat dan penduduk ketika mereka di tempat di kawasan bencana.
“Penubuhan sukarelawan ini cukup signifikan supaya boleh memberikan kerjasama yang erat dengan masyarakat yang ditimpa bencana dan pada masa yang sama mengukuhkan perpaduan dan keharmonian Keluarga Malaysia selaras dengan aspirasi KPLB.
“Golongan muda dan NGO diminta berdaftar dengan pejabat Kemas bagi mempercepatkan pengurusan dan tugasan di kawasan masing-masing memandangkan keadaan cuaca tidak menentu dan banjir kemungkinan berlaku pada bila-bila masa,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PM mahu situasi menang-menang berkaitan isu Cikgu Fadli
BERA – Isu yang tular berkaitan seorang guru bakal berdepan dengan tindakan daripada pihak Kementerian Pendidikan akan diketahui esuk selepas mensyuarat jawatankuasa disiplin yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian itu sendiri.
Menjawab pertanyaan media, Perdana Menteri, Datuk seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan mesyuarat jawatankuasa itu memperolehi situasi menang-menang (win-win situation) dan tiada tindakan keras diambil terhadap guru itu.
“Cuma, kakitangan dan pegawai sewajarnya menghormati pihak kementerian mengikut peraturan tertentu sebagai penjawat awam.
“Apa yang digambarkan dalam surat itu diharap tidak akan berlaku, namun saya tidak mahu mendahului jatankuasa disiplin yang akan dipengerusikan oleh KSU. Semoga yang positif akan didengari esuk selepas mesyuarat tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian di Program Mengeteh Bersama Komuniti India parlimen Bera, semalam..
Katanya, kementerian juga tidak membenarkan sesiapa sahaja termasuk staff dan pegawai membuat komen yang bertentangan dengan kementerian dan pada masa yang sama tindakan hukuman tidak boleh terlalu keras terhadap kakitangan, pegawai dan sebagainya.
“Saya mengetahui isu ini pagi tadi dan difahamkan telah ditularkan dan mendapat reaksi dan komen daripada netizen , malah terdapat komen negatif sekiranya tindakan keras diambil terhadap guru tersebut.
“Saya juga pesan kepada Ketua Pengarah Pendidikan perlu juga mendapatkan pandangan dari guru tersebut dan juga reaksi masyarakat,” katanya.
Sementara itu, Kesatuan Kebangsaan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) mengalu-alukan cadangan Menteri Kanan Pendidikan untuk bertemu seorang guru, Mohd. Fadli Salleh dalam masa terdekat.
Presidennya, Mustafa Kamal Husin berkata, pertemuan dengan guru tersebut adalah cara terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi guru itu yang didakwa berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat.
“Cikgu tersebut meluahkan pandangan sesuatu bertujuan berkaitan membaiki atau meningkatkan sistem pendidikan sedia ada ke arah lebih bagus,” katanya ketika dihubungi.
Manakala, Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Jasni Md Kechik berkata, sewajarnya isu itu mungkin boleh diselesaikan di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) terlebih dahulu.
“Mungkin perkara ini sudah sedia maklum oleh pihak PPD dan JPN termasuk di bahagian terbabit di KPM.
“Oleh itu, keperluan yang lebih jitu wajar diberi perhatian agar tiada pihak menjadi mangsa keadaan dan juga memberi ruang yang secukupnya,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penduduk menunggu naiktaraf di laluan Simpang Paya Garok
Foto atas : Laluan ke Kuala Tahan, di persimpangan Kampung Paya Garok yang kerap dinaiki air bila musim tengkujuh.
JERANTUT – Kira-kira 15,000 orang penduduk mukim Tembeling Tengah dan mukim Ulu Tembeling daerah ini masih menunggu projek menaiktaraf oleh kerajaan di laluan berdekatan di Simpang Paya Garok, Jerantut Feri dekat sini.
Kebanyakan penduduk sudah tahu bencana terjadi antara bulan November hingga Disember kawasan itu kerap ditenggelami banjir selama dua minggu malahan keadaan bertambah besar sejak bah merah 2014.
Kawasan laluan Paya Garok yang rendah mudah ditenggelami air Sungai Pahang dan anak sungai berdekatan setiap kali musim tengkujuh bermula pada bulan November hingga Disember setiap tahun.
Sampai bila pengguna jalan raya dari Jerantut ke Taman Negara Kuala Tahan kerana fenomena banjir setiap kali pada penghujung tahun kerap menenggelamkan laluan sepanjang setengah kilometer dan sedalam lebih dua meter akibat air Sungai Pahang termasuk anak sungai berdekatan melimpah masuk.
Semua perhubungan ke Taman Negara serta dua buah mukim tersebut terputus hampir dua minggu dan keadaan itu menyukarkan penduduk berulang alik ke bandar Jerantut untuk berurusan dan menangani kes kecemasan seperti rawatan di hospital.
Malah, laluan yang ditenggelami air ke kawasan penempatan Paya Garuk terletak berdekatan dan menimbulkan kesusahan penduduk di situ yang kebanyakannya bekerja di kilang, penoreh getah dan buruh ladang.
Difahamkan, kerja menaiktaraf laluan itu sudah ada dalam perancangan kerajaan membabitkan peruntukan bernilai RM20 juta selepas bah merah 2014, tetapi menurut kenyataan seorang wakil rakyat di sini kerja menaiktaraf laluan tersebut tidak dapat dilakukan apabila peruntukan berkenaan dialihkan untuk pembangunan projek di tempat lain.
Penduduk Kampung Pagi, Ulu Tembeling, Mohd Yusof Mat Si, 60, berkata, setiap kali musim tengkujuh akhir tahun, laluan di Simpang Paya Garuk terputus hubungan kerana ditenggelami air sedalam lebih dua meter.
“Kita berharap kerajaan dapat menaiktaraf segera dengan meninggikan laluan ini dan membaikpulih sistem saliran anak sungai dan sebagainya bagi mengelakkan banjir berulang dan seboleh-bolehnya sebelum musim monsoon timur laut melanda tidak lama lagi.
“Ramai penduduk tertanya-tanya bilakah projek menaiktaraf laluan berdekatan Simpang paya Garuk akan menjelma sedangkan mereka mula dilanda kebimbangan kerana musim tengkujuh sudah hampir akhir tahun dan tanda-tanda banjir akan melanda kawasan kampung di pesisir Sungai Tembeling dan Sungai Pahang daerah ini,” katanya.
Penduduk Tembeling Tengah, Roslan Hassan, 36, meminta kerajaan mempercepatkan projek menaiktaraf laluan tersebut supaya penduduk dan kenderaan tidak lagi tidak terkandas ke bandar Jerantut setiap kali musim pejur penghujung tahun.
“Saya mendapat tahu selepas banjir 2014, ada wakil rakyat yang menguar-uarkan projek menaiktaraf laluan ini, tetapi sehingga ini masih belum ‘menjelma’ dan kami mula dihantui kebimbangan kerana musim pejur sudah hampir tiba.
“Setiap kali laluan itu terkandas, penduduk tidak dapat membawa hasil kampung termasuk sawit dan getah ke bandar Jerantut menyebabkan kerugian malahan ada pengusaha yang kehilangan pendapatan,” katanya.
Katanya, selain itu turut menghubungkan penduduk di Felda Padang Piol, Felda Sungai Retang dan juga beberapa kampung tradisional.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang mengambil pendekatan serius dalam menghadapi bencana banjir dengan mengadakan Latihan Kesiapsiagaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) Bersama Media di Esplanade, Kuantan hari ini.
Latihan melibatkan seramai 10 pegawai dan 40 anggota serta beberapa wakil media turut dihadiri Pengarah Pertahanan Awam Negeri Pahang, Kol.(PA) Che Adam A. Rahman.
Latihan yang diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran anggota pasukan serta menguji Kesiapsiagaan aset bagi kegunaan semasa bencana di samping menjalinkan kerjasama erat bersama pihak media.
Latihan kemahiran untuk siapsiaga menghadapi Monsun Timur Laut di Kuantan.
Che Adam turut menyatakan bahawa langkah sama turut dilaksanakan diperingkat daerah selain latihan Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) dalam meningkatkan daya tahan komuniti dalam menghadapi bencana.
Turut diadakan pada majlis yang sama adalah penyampaian sumbangan bekalan bahan mentah dan aset drone oleh Pegawai Bersekutu Pertahanan Awam Datuk Ngoh Wai Cheng dan Ts. Dr. Lee Leong Weng bagi meningkatkan kecekapan APM Pahang dalam pengurusan bencana.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Muhammad Fakhrullah Mohd Rumaize berada di tengah-tengah himpunan pelajar SMK Permas Jaya 2, Pasir Gudang, Johor yang menyambut kedatangan beliau ke sekolah itu selepas dinobatkan Olahragawan Kebangsaan Sukma 2022.
Olahragawan Sukan Sukma 2022 balik SMK Permas Jaya 2
PASIR GUDANG – Olahragawan Kebangsaan Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Muhammad Fakhrullah Mohd Rumaize turut berkongsi kejayaan dengan menyuntik semangat kesukanan kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permas Jaya 2 (SMKPJ2), Pasir Gudang, Johor dalam Majlis Wawancara Tokoh Sukan, baru-baru ini.
Fakhrullah yang berasal dari Kampung Bakar Batu, Johor dinobatkan untuk merangkul anugerah itu selepas berjaya meraih sembilan emas dalam acara individu dan berkumpulan sukan kanu.
Muhammad Fakhrullah bersama sebahagian guru SMK Permas Jaya 2 yang banyak memberi semangat dan berbangga di atas kejayaan beliau.
Beliau merupakan bekas pelajar SMK Permas Jaya 2 yang mula aktif dalam sukan berkenaan selepas menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Atlet kanu yang berusia 21 tahun itu yang mewakili Johor Darul Takzim itu turut mencipta sejarah apabila berjaya mencatat dua rekod baharu kebangsaan.
Pingat emas yang diraihnya menerusi acara K2 500m (rekod kebangsaan), K2 1,000m (rekod kebangsaan), K1 200m, K2 200m, TBR 1,000m, TBR 500m, TBR 500 campuran, TBR 200m dan TBR 200m campuran.
Katanya, dia tidak menjangkakan mampu memenangi sembilan acara yang disertai dan meraih sembilan pingat emas yang melayakkan dirinya mendapat bonus apabila disytiharkan sebagai Olahragawan Kebangsaan Sukma.
“Ketika berjaya mendapat emas ketujuh, wartawan media ada memaklumkan kepada saya bahawa kemungkinan akan dinobatkan Olahragawan Sukma, tapi saya menggangap perkara ini sebagai satu bonus supaya tidak terlalu tertekan untuk memberi tumpuan kepada acara seterusnya.
“Apabila nama disebut untuk naik ke atas pentas, saya tidak menjangkakan akan menerima trofi daripada seorang pelumba basikal trek professional Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang, kerana ketika itu di belakang tabir hanya kelihatan Datuk Nicol David dan Datuk Lee Chong Wei, pada masa sama saya berasakan aura ‘champion’ ketika bersama Datuk Azizulhasni,” katanya.
Roszaidi Ramlee berswafoto bersama Muhammad Fakhrullah.
Dia bermula berjinak dengan sukan itu ketika berusia 15 tahun selepas selesai menduduki PT3 dan seorang rakan mengajak dia untuk bersama-sama berlatih kanu.
“Pada ketika itu, saya berminat sukan bola sepak, bagaimanapun semuanya berubah apabila rakannya itu tidak dapat meneruskan perjuangan dalam sukan kanu kerana beberapa masalah serta kesan kemalangan menimpanya.
“Oleh itu, saya bersama rakan lain mengambil keputusan untuk teruskan tekun berlatih sehingga mampu menjadi wakil SMK Permas Jaya 2 dalam pertandingan yang diadakan di samping fokus kepada semi pro dan profesional ketika berusia 16 tahun sudah menyertai Sukan Peringkat Negeri Johor serta berjaya menang emas pertama,” katanya.
Tambahnya, tanpa disedari dia hampir lapan tahun menjadi atlet kanu dan sudah lima tahun sebagai atlet semi pro yang menfokus pada ketika itu ke arah sprint.
Seawal usia 18 tahun dia sudah mewakili negara dalam pertandingan Asia Tenggara di Thailand serta berjaya mendapat pingat emas sulung iaitu dua emas dan sembilan gangsa.
Katanya, dia mendapat peluang untuk menjalani latihan di luar negara iaitu pada tahun 2021 di dua negara, Portugal dan Monteno Ovenho selama dua minggu dan turut menyertai pertandingan semi final pada Kejohanan Dunia Junior kedua di Hungary bersama-sama 13 atlet bertaraf dunia manakala program latihan sangat berlainan di Malaysia.
“Sokongan dan dorongan khusus daripada ibu bapanya serta ahli keluarga, jurulatih dan individu di sekeliling banyak menyuntik semangat untuk saya melakukan sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh termasuklah Majlis Sukan Negeri Johor menyarankan untuk menjadi atlet semi pro.
“Sukma ini merupakan permulaan dan tapak untuk diserapkan dalam kumpulan kebangsaan seterusnya mewakili negara dalam kejohanan besar dan berprestij yang akan menguji serta membuka cabaran lebih besar dan hebat.
Katanya, dia hadir ke SMK Permas Jaya 2 ini dan kebetulan hasrat itu tercapai dengan diiringin kejayaan besar sebagai atlet kanu untuk dikongsikan bersama-sama guru, warga sekolah dan rakan pelajar kerana turut penyuntik semangat untuk memburu kecemerlangan.
Sementara itu, seorang guru sekolah berkenaan, Roszaidi Ramlee menyifatkan kehadiran Fakhrullah selepas merangkul anugerah olahragawan berkenaan amat bermakna kepada SMK Permas Jaya 2 kerana menyuntik motivasi kepada pelajar untuk turut berjaya dalam sukan seperti beliau.
“Belajar bersungguh-sungguh bagi menjadi pelajar cemerlang dan menjadi kebanggaan ibu bapa serta guru bukanlah penghalang turut berjaya dalam bidang sukan asalkan bijak membahagikan masa untuk belajar serta mengulang kaji pelajaran,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Parlimen Lipis (P079) dan Dewan Undangan Negerinya (DUN), Padang Tengku (N03), Cheka (N04) dan Benta (N05) dianggap kubu kuat bagi Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sehingga dibubarkan oleh Perdana Menteri pada 10 Oktober, Parlimen Lipis dan 3 DUNnya mengekalkan rentak yang konsisten dalam menangani kebajikan dan sentiasa cakna dengan kawasan masing-masing.
Ketua Umno Bahagian, Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Keyakinan tersebut disuarakan oleh Ketua Umno Bahagian, Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dengan melihat persediaan dan simulasi yang telah diadakan sebelum ini menunjukkan kecenderungan pengundi memilih Barisan Nasional bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Lipis.
“Selain itu, kecenderungan ini berasaskan maklum balas yang diberikan terhadap perkhidmatan serta kebajikan yang dihulurkan oleh kepimpinan BN di Lipis selain kerap turun padang bertemu masyarakat di sini.
“Saya melihat gerak kerja yang ditunjukkan oleh semua lapisan kepimpinan sama ada peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pada tahap yang tinggi. Ini sekaligus menunjukkan kita bersedia mempertahankan parlimen dan DUN di bawah Lipis,” beliau berkata demikian menerusi ucapan ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis yang dihadiri 500 perwakilan di mesyuarat yang diadakan di Wisma Umno di sini.
DUN dan Perlimen Lipis kubu kuat yang ditunjangi Wanita, Pemuda dan Puteri Umno.
Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lipis, Dato’ Sri Ir Mohd Soffi, Naib Ketua UMNO Bahagian Lipis, Dato’ Mustapa Long, Ketua Pemuda Bahagian, Saudara Farid Mohd Nor serta barisan kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Lipis.
Beberapa orang aktivis politik Parlimen Lipis yang ditemui sepakat berkata, amat mustahil untuk menggantikan Abdul Rahman dengan calon baharu untuk kerusi Parlimen Lipis (P079) kerana menunjukkan prestasi yang terbaik sepanjang perkhidmatannya sebagai wakil rakyat.
Seorang aktivis yang enggan nama disiarkan berkata, penyandang Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamed sentiasa memainkan peranannya sebagai wakil rakyat dengan baik dan peka setiap isu yang timbul dan ditangani dengan baik.
“Penyandang ini (Abdul Rahman) masih releven dan dianggap calon boleh menang kerana disenangi oleh pengundi di parlimen ini.
“Malah, tiada isu di kalangan penyokongnya dan terus memberi mandat dan sokongan yang tidak berbelah bahagi,”katanya.
Seorang aktivis di Kampung Kerambit berkata, beliau sebagai Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menunjukkan peranannya yang sangat baik dan berkesan.
“Sering membantu anak-anak B40 melalui bantuan Mara, Risda, Felcra, Felda dan apa jua bantuan yang sangat diperlukan oleh golongan ini.
“Bantuan pembangunan insan seperti bantuan awal pendidikan samada persekolahan atau ke pengajian tinggi,” katanya.
Katanya, beliau juga sering mengikuti perkembangan politik setempat dan pembangkang gagal mencari isu di kalangan penyokong di kawasan ini.
Abdul Rahman yang memenangi PRUI ke-14 dengan mendapat undi sebanyak 13,995 dan menang dengan majoriti 6,569, manakala lawannya Datuk Badarudin Abd Rahman (PKR) yang mendapat undi 7,426 dan Sobirin Duli (PAS) menerima undi 6,671.
Mengikut rekod ini, Abdul Rahman tidak menghadapi masalah berdepan calon lain buat penggal ketiga.
Manakala, penyokong BN di Kawasan Padang Tengku mahu penyandang DUN Padang Tengku (N03), Datuk Mustapa Long dikekalkan kerana tidak terkecuali kerana sering mengambil tahu akan kebajikan kawasan pengundinya.
“Mustapha sering menziarahi melalui program ziarah cakna penduduk di kawasannya yang ditimpa musibah.
“PRU-14, Mustapa mendapat 5,691 undi dengan menewaskan calon PKR, Alias Abd Rahman dengan undi 1,303 dan hilang wang deposit, menakala Roslan Harun (PAS) hanya mendapat 4,447 undi,” katanya.
Manakala, penyandang Cheka (N04), Lee Ah Wong bekas seorang guru dan PRU-14 adalah penggal pertama beliau mendapat undi 3,475, lawannya, Rasid Muhamad (PAS) mendapat undi 2,930 dan Saludin Endol (PAS) mendapat 3,273 undi.
Penyandang DUN Benta (N05), Datuk Seri Ir Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak pula menang tipis dengan 3,261 menewaskan Sabaruddin Mohd Yasim (PKR) – 2,921 undi dan Anuar Kassim, (PAS) dengan undi 739 undi dan hilang wang deposit.
Seorang lagi penyokong BN berkata, kalau dilihat majoriti tipis di N04 dan N05 tidak menghairankan kerana ketika kempen PRU-14, keadaan masa itu sangat sengit dengan parti lain memainkan isu yang boleh mencetuskan kegelisahan pengundi setempat.
“Tapi PRU-15 yang bakal diadakan, situasi tidak sama dengan peranan yang dimainkan semua wakil rakyat dengan prestasi yang baik di kawasan masing-masing di dalam parlimen Lipis tidak ada isu besar untuk calon dari parti lain untuk mencari kelemahan.
“Kalau ada muka baharu BN pastikan calon itu boleh menang bagi memastikan dalam Parlimen Lipis menang dengan 4-0, iaitu 1 parlimen 3 DUN,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Persiapan UMNO dan Barisan Nasional berada di tahap tertinggi hadapi PRU-15
LIPIS – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Lipis kini berada pada tahap persiapan yang tinggi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU-15) yang dijangka diadakan pada bulan November ini
Keyakinan tersebut disuarakan oleh Ketua Umno bahagian, Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Sebahagian daripada 500 perwakilan yang hadir di mesyuarat tersebut.
Katanya, persediaan dan simulasi yang telah diadakan sebelum ini menunjukkan kecenderungan pengundi memilih Barisan Nasional bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Lipis.
“Kecenderungan ini berasaskan maklum balas yang diberikan terhadap perkhidmatan serta kebajikan yang dihulurkan oleh kepimpinan BN di Lipis selain kerap turun padang bertemu masyarakat di sini.
“Saya melihat gerak kerja yang ditunjukkan oleh semua lapisan kepimpinan sama ada peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pada tahap yang tinggi. Ini sekaligus menunjukkan kita bersedia mempertahankan parlimen dan DUN di bawah Lipis,” katanya.
Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, berkata demikian menerusi ucapan ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis yang turut dihadiri seramai 500 orang perwakilan..
Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lipis, Dato’ Sri Ir Mohd Soffi, Naib Ketua UMNO Bahagian Lipis, Dato’ Mustapa Long, Ketua Pemuda Bahagian, Saudara Farid Mohd Nor serta barisan kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Lipis.
“Tahniah saya ucapkan kepada semua perwakilan kerana catatkan 100 peratus kehadiran dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian hari ini.
“Tiada yang lebih menggembirakan daripada menyaksikan sendiri pejuang-pejuang bangsa ini hadir penuh ikhlas menjalankan amanah, memenuhi syarat dalam perlembagaan parti,” katanya.
Katanya, tidak ada masa yang banyak namun, beliau yakin persiapan UMNO dan BN berada di tahap tertinggi dalam menghadapi PRU-15.
Mengulas mengenai kerjasama dengan PAS, beliau berkata BN sudah bersedia untuk bergerak bersendirian tanpa bergabung dengan mana-mana parti.
Abdul Rahman turut menyatakan tekad untuk menyumbangkan 1 kerusi Parlimen BN dan 3 kerusi Dun dalam PRU-15 dengan majoriti yang lebih besar.
Sebagai rekod, Barisan Nasional Parlimen Lipis telah memenangi semua kerusi Dun dan Parlimen dalam PRU-14 yang lalu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!