BENTONG – “Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan kepada saya kejayaan ini, terima kasih kepada semua warga Bentong telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menggalas tugas sebagai ahli parlimen anda,” kata Young Syefura Othman selepas memenangi Parlimen Bentong, malam tadi.
Calon Parlimen Bentong (P089) yang menerima 25,075 undi menewaskan Liow Tiong Lai (BN) yang menerima undian sebanyak 24,383 undi dan Roslan Hassan (PN) dengan undian 16,233 serta dua calon bebas, Wong Tack dan Achik Khalil masing-masing menerima 798 dan 168 undi.
Beliau sebelum ini menyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari telah diletakkan di parlimen Bentong dan bersaing dengan lawannya dengan majoriti tipis 692 undi.
“Bukan mudah, majoriti yang diperolehi oleh saya adalah rendah tetapi, ini menjadi pembakar semangat saya untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh memperolehi kepercayaan dari pengundi Bentong.
“Sebagai wakil rakyat kepada semua warga Bentong, saya akan menjalankan tanggunjawab sebaik mungkin agar matlamat dan visinya untuk Bentong akan tercapai dan suara pengundi akan di bawa ke Dewan Rakyat tidak kira agama, bangsa mahupun pegangan politik,” katanya
Katanya, terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah membantu saya sepanjang kempen ini, terima kasih khas buat kumpulan sukarelawan yang datang dari luar Bentong untuk membantu semua calon-calon Pakatan Harapan Bentong pada PRU15 kali ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BN yakin menang di Lipis, calon lawan tiada modal berkempen
LIPIS – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lipis (P079) dan Dewan Undangan Negerinya (DUN), Padang Tengku (N03), Cheka (N04) dan Benta (N05) dianggap kubu kuat bagi Barisan Nasional (BN) dan Umno pada PRU15 kali ini.
Jentera parti BN (Umno dan MCA) telah menjalankan tugas dengan baik dan terancang serta sering mendekati pengundi di kawasan masing-masing dan calon lawan tiada isu besar untuk dibawa ketika berkempen.
Calon DUN Benta, Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak (kiri), DUN Padang Tengku, Datuk Mustapha Long dan calon DUN Cheka, Ho Fong Mee (kanan)
Keyakinan tersebut disuarakan oleh Ketua Umno Bahagian, Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dengan melihat persediaan dan simulasi yang telah diadakan sebelum ini menunjukkan kecenderungan pengundi memilih Barisan Nasional bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Lipis.
“Selain itu, kecenderungan ini berasaskan maklum balas yang diberikan terhadap perkhidmatan serta kebajikan yang dihulurkan oleh kepimpinan BN di Lipis selain kerap turun padang bertemu masyarakat di sini.
“Saya melihat gerak kerja yang ditunjukkan oleh semua lapisan kepimpinan sama ada peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pada tahap yang tinggi. Ini sekaligus menunjukkan kita bersedia mempertahankan parlimen dan DUN di bawah Lipis,” katanya ketika ditemui di Lipis, hari ini.
Seorang aktivis politik Parlimen Lipis, Illias Said yang ditemui sepakat berkata, amat mustahil untuk menggantikan Abdul Rahman dengan calon baharu untuk kerusi Parlimen Lipis (P079) kerana menunjukkan prestasi yang terbaik sepanjang perkhidmatannya sebagai wakil rakyat.
“Malah beliau bertuah digandingkan dengan calon DUN Cheka, Ho Fong Mee, seorang yang sangat dedikasi dalam menjalankan tugasnya serta mempunyai wawasan tersendiri utnuk memajukan Dun Cheka,” katanya.
Seorang lagi aktivis yang enggan nama disiarkan berkata, penyandang Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamed sentiasa memainkan peranannya sebagai wakil rakyat dengan baik dan peka setiap isu yang timbul dan ditangani dengan baik.
“Penyandang ini (Abdul Rahman) masih releven dan dianggap calon boleh menang kerana disenangi oleh pengundi di parlimen ini, malah, tiada isu di kalangan penyokongnya dan terus memberi mandat dan sokongan yang tidak berbelah bahagi,” katanya.
Seorang aktivis di Kampung Kerambit berkata, beliau sebagai Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menunjukkan peranannya yang sangat baik dan berkesan.
“Sering membantu anak-anak B40 melalui bantuan Mara, Risda, Felcra, Felda dan apa jua bantuan yang sangat diperlukan oleh golongan ini, bantuan pembangunan insan seperti bantuan awal pendidikan samada persekolahan atau ke pengajian tinggi, selain itu beliau juga sering mengikuti perkembangan politik setempat dan pembangkang gagal mencari isu di kalangan penyokong di kawasan ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Felcra Berhad akan membina ladang ternakan ayam secara bersistematik dan boleh mengeluarkan 1.8 juta ekor ayam setahun di Sungai Damak, Tanjung Besar, dekat sini.
Selain membekalkan daging ayam segar, projek yang bakal dibangunkan itu turut memberi peluang pekerjaan dan peningkatan sosio ekonomi setempat.
Ketua Umno Bahagian Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kerjasama dan penglibatan rakyat dalam program serta aktiviti sosio-ekonomi yang dianjurkan oleh Felcra akan membuahkan hasil yang lebih lumayan di masa hadapan demi kelangsungan dan kemajuan negeri ini.
“Pembinaan ladang ayam di Lipis sebagai menyokong Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melaksanakan projek ternakan ini berjumlah RM60 juta dalam Rancangan Malaysia ke-12 yang berskala besar dengan sistem yang sama di Tanjung Seratus, Rompin, Pahang.
“Pelaksanaan projek Felcra Berhad itu seiring dengan apirasi kerajaan untuk memperkasakan Agenda Keselamatan Makanan Negara (Food Security),” katanya, di Majlis Santuni Pemimpin Institusi Felcra Berhad Wilayah Pahang, di Kuala Lanar, dekat sini, semalam.
Katanya, selain itu kepimpinan tempatan khasnya di luar bandar dan di kampung merupakan institusi yang sangat penting dalam perencanaan aktiviti pembangunan luar bandar kerana mereka merupakan pemudahcara kepada urusan serta aktiviti-aktiviti pembangunan yang dilaksanakan di kawasan setempat.
“Kepimpinan itu, terdiri Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek (JKKP), Koperasi Peserta Felcra (KPR), Wanita Dinamis Felcra (WADIRA) dan Belia perlu terus didokong kerana sokongan mereka dalam menjayakan aspirasi kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar dengan lebih baik.
“Dianggarkan jumlah keseluruhan keanggotaan institusi kepimpinan peserta Felcra Berhad adalah berjumlah 39,796 orang, tahun 2022 sahaja Felcra telah memperuntukkan sejumlah RM300,000.00 bagi program pembangunan wanita, RM200,000.00 bagi pembangunan koperasi, RM100,000.00 bagi pembangunan JKKP dan RM150,000.00 bagi pembangunan belia dan remaja dengan jumlah keseluruhan RM750,000.00,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DUN Pulau Tawar dapat tonik tambahan 742 pengundi Felda Lepar Utara 2
JERANTUT – Seramai 742 pengundi di Felda Lepar Utara 2 bersatu hati memberi sokongan penuh untuk kemenangan Calon N11, Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ini.
Calon N11, DUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah
Kedudukan Felda Lepar Utara 2 yang bukan dalam DUN Pulau Tawar sebaliknya berada dalam Parlimen Paya Besar memberi tonik tambahan kepada calon DUN itu dan calon Parlimen Jerantut.
Penyandang dan Calon DUN Pulau Tawar itu, Datuk Nazri Ngah berkata, 742 pengundi itu yang tinggal di Felda Lepar Utara 2 tidak berbelah bagi untuk memberi undi kepada calon.
“Saya terharu dengan sokongan padu yang diberi kepada saya, selepas pilihan raya, saya berhasrat akan menubuhkan cawangan UMNO di situ kerana penyokong parti ini serta sekurang-kurangnya ada tempat untuk mereka ‘mengadu’.
“Selain itu, sekiranya saya dipilih dan masih memegang portfolio yang sama, Insya Allah saya akan membantu generasi kedua di situ samada menyediakan Perumahan Generasi Kedua Felda atau Skim Tanah Rakyat,” katanya ketika ditemui.
Katanya, penduduk Felda Lepar Utara 2 mempunyai hubungan kekeluargaan di Gugusan Felda Wilayah Jengka berdekatan, oleh itu mereka masih mahu mengundi dalam parlimen Jerantut dan DUN Pulau Tawar.
“Keadaan ini menambah kekuatan BN di kawasan DUN ini dan Parlimen dan tonik tambahan, tidak menghairankan kerana tali persaudaraan peneroka di situ memang ramai di kawasan Jerantut, Felda berdekatan dan Jengka.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Menyantuni peniaga di Pekan Sehari di Felda Sungai Tekam Utara.
Menziarah Makjang Milah, semoga diberi kesihatan yang baik.
Bersama veteran Umno di Pulau Tawar
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Tan Sri Rozali Ismail di Majlis Ramah Mesra bersama Peneroka Felda Jengka 12, semalam.
JERANTUT – Presiden Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) Tan Sri Rozali Ismail mengingatkan peneroka Felda khususnya generasi kedua dan ketiga meletakkan keyakinan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negara.
Katanya, pentadbiran kerajaan 22 bulan, banyak menghimpit kehidupan peneroka yang telah termakan janji yang tidak ditunaikan antaranya seperti harga minyak turun dan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Banyak kawasan Felda saya kunjungi di seluruh negara, saya yakin berdasarkan sambutan yang hebat terhadap calon BN/Umno semakin meningkat malah majoriti warga Felda telah buat “u Turn” menyokong BN.
“Kehadiran saya turun padang di rancangan Felda seluruh negara jelas mendapati trend sokongan terhadap calon BN di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN) meningkat hasil kempen berfakta tanpa janji dan harapan menggunung,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Ramah Mesra bersama Peneroka Felda Jengka 12, semalam.
Katanya, kira-kira hampir 135,000 ahli berdaftar di 317 tanah rancangan Felda dari sebelas wilayah mahukan menyokong BN yang didokongi UMNO dan mampu menang dengan menyapu bersih kesemua 54 kerusi majoriti peneroka dalam Pilihan Raya Umum ke-15 ( PRU-15) Sabtu ini.
“Sasaran kita supaya BN mendapat jumlah kerusi yang selesa dan dapat membentuk kerajaan sendiri tanpa gabungan dengan parti lain dan memudahkan semua agenda pembangunan yang dirangka untuk membela masyarakat Felda di seluruh negara.
“ Sekali lagi, GWGF mengambil ketetapan tegas dan jelas menyokong BN dalam PRU15 setelah mengambil kira rekod buruk kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan ( PH) yang banyak menyusahkan rakyat dan masyarakat peneroka Felda,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Calon kitar semula dan ‘test-market’ perlu ditolak pengundi Parlimen Lipis
LIPIS – Calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding bagi kerusi Parlimen Lipis dianggap sebagai calon kitar semula serta turut membawa isu lama yang dikitar semula.
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, calon PN itu, Dr. Shahrum sebelum menyertai PN adalah ahli UMNO dan pernah memenangi kerusi Parlimen Lipis dua penggal, iaitu pada 2004 (PRU11) dan 2008 (PRU12).
“Calon kitar semula yang diguna oleh PN wajar ditolak oleh pengundi di parlimen Lipis pada 19 November ini kerana membawa isu basi yang dikitar semula.
“Hairan juga PN sudah ketandusan calon yang lebih berwibawa dan pengundi di Lipis sudah tahu dan boleh menilai semasa Dr Shahrum berkhidmat sebagai Ahli parlimen dua penggal lalu,” katanya katanya kepada media selepas Program Sehari Bersama Penduduk Orang Asli di Kampung Dada Kering dekat sini hari ini.
Katanya, begitu juga Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, calon PN yang bertanding DUN Cheka wajar ditolak oleh pengundi kerana beliau cuma mencuba nasib atau ‘test market’ untuk berada di kawasan itu sebaliknya menggunakan situasi populis ketokohannya selama ini dengan mewakili parti Pas.
“Pengundi perlu menolak Tuan Ibrahim kerana tokoh Pas itu dipercayai tidak mampu untuk mentadbir dua kawasan, iaitu di Dun Cheka (Lipis) dan Parlimen Kubang Kerian (Kelantan) dalam jarak yang jauh dan mengambil masa untuk sampai kedua tempat ini.
“Diharapkan pengundi di Lipis tolak kedua calon PN ini dan pilihlah calon BN yang ada di depan mata dan setiap hari berjumpa ketika susah dan senang.
“Kedua calon tersebut tidak ada tempat di hati pengundi dan yakin BN akan sapu bersih di Parlimen Lipis, DUN Cheka, DUN Padang Tengku dan DUN Benta pada PRU15.
Katanya, sudah banyak pembangunan melibatkan sektor ekonomi dan sosial termasuk kemudahan asas sudah dan akan akan diteruskan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memenuhi kebajikan rakyat.
“Kerajaan BN Pahang tidak boleh berjanji seperti mana yang dimomokkan oleh calon pembangkang, tetapi (BN Pahang) akan memperlihatkan bukti selepas memenangi PRU15 ini,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Serik kerajaan 22 bulan, GWGF yakin menang 50 kerusi Parlimen dalam kawasan Felda
JERANTUT – Serik dengan keadaan pentadbiran kerajaan 22 bulan, Gabungan Wawasan Generasi Felda ( GWGF) berikrar menyokong Barisan Nasional ( BN) yang didokongi UMNO dan mampu menang di 50 kerusi daripada 54 kerusi seluruh negara yang majoriti peneroka dalam Pilihan Raya Umum ke-15 ( PRU-15) Sabtu ini.
Presiden GWGF Tan Sri Rozali Ismail
Presiden GWGF Tan Sri Rozali Ismail berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan terhadap calon semakin meningkat malah majoriti warga Felda telah buat “u Turn” menyokong BN setelah menolaknya pada PRU14.
Menurutnya, satu ketika dulu menjadi ` deposit tetap` UMNO/BN hanya menang 27 kerusi Parlimen berbanding 48 kerusi pada PRU13, manakala pada PRU15 sokongan padu berptah balik berpihak kepada BN.
“ Kehadiran saya turun padang di rancangan Felda seluruh negara jelas mendapati trend sokongan terhadap calon BN di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN) meningkat hasil kempen berfakta tanpa janji dan harapan menggunung.
“ Justeru itu warga Felda yang terdiri generasi pertama, kedua dan ketiga Felda termasuk pengundi baru perlu memberi undi solid kepada calon BN yang menjadi harapan kita orang Felda,” katanya.
Calon DUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah (kanan sekali), Calon Parlimen Jerantut, Datuk Zukarmi (2 dari kini).
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kelab Permotoran Strorm Rider Junior Peringkat Negeri Pahang di Felda Jengka 12 hari ini .
Turut hadir, Calon BN Parlimen Jerantut Datuk Zukarmi Abu Bakar dan Calon BN Dewan Undangan Neferi Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah.
Rozali berkata, sasaran kita supaya BN mendapat jumlah kerusi yang selesa dan dapat membentuk kerajaan sendiri tanpa gabungan dengan parti lain dan memudahkan semua agenda pembangunan yang dirangka untuk membela masyarakat Felda di seluruh negara.
Katanya, GWGF mengambil ketetapan tegas dan jelas menyokong BN dalam PRU15 setelah mengambil kira rekod buruk kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan ( PH) yang banyak menyusahkan rakyat dan masyarakat peneroka Felda.
“ Warga Felda jangan mudah melupakan BN yang banyak berjasa kepada warga Felda dari dulu dan kini hanya kerana satu dua isu yang dibangkit individu yang memfitnah,” katanya.
Presiden GWGF itu merayu lebih 135,000 ahli berdaftar dari 317 rancangan dengan sebelas Wilayah terus mengundi calon BN sekali gus menyumbang pembentukan kerajaan yang kukuh dan kuat.
Tegasnya, sokongan tidak berbelah bahagi terhadap BN dan UMNO juga mengambil kira faktor dan rekod parti disamping pencapaian yang telah dilaksanakan dari dulu pasca merdeka hingga kini.
Beliau berkata, parti UMNO dan BN terus menerus menjaga kepentingan peneroka dan generasi baharu semasa menjadi kerajaan..
” Janganlah lupa jasa dan pengorbanan pemimpin UMNO dan BN dalam kerajaan yang telah mewujudkan Felda dan mengangkat martabat warganya setanding dengan masyarakat moden negara ini, ” kataanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penyandang dan calon Parlimen Lipis (P079), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
LIPIS – Penyandang dan calon Parlimen Lipis (P079), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berikrar untuk meneruskan khidmatnya untuk membawa lebih banyak pembangunan, perkhidmatan serta kemudahan sosial seterusnya mewakili rakyat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.
Katanya, sejak berada di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), beliau telah membawa peruntukan berjumlah RM15.5 juta untuk dimanfaatkan 15 buah kampung di Pahang.
“Dana ini bagi membolehkan projek daripada enam sektor ekonomi utama iaitu perkhidmatan, pelancongan, pertanian, penternakan, pembuatan dan peruncitan dapat dilaksanakan dengan efisien.
Beramah mesra dengan penduduk setempat dalam kunjungan ramah mesra.
“Peruntukan di bawah Projek Desa Lestari itu sekaligus memberi manfaat kepada seramai 4,500 orang komuniti setempat dalam penyediaan peluang pekerjaan dan seramai 1,180 orang komuniti kampung termasuk Ketua Isi Rumah (KIR) menganggotai koperasi yang mampu memberikan pulangan dalam bentuk dividen kepada ahli-ahlinya,” katanya.
Tambahnya, Pahang adalah negeri kedua tertinggi menerima peruntukan di bawah Program Desa Lestari dalam usaha kerajaan merapatkan juang sosio ekonomi antara bandar dan luar bandar.
Datuk Seri Abdul Rahman dalam satu program di Lipis.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sehari Bersama Pekebun Kecil Makmur dan bersama Masyarakat Orang Asli di Sungai Maran, Lipis, hari ini.
Katanya, selain itu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus menjadi agensi kerajaan yang memfokuskan pembangunan sosio-ekonomi luar bandar menerusi kemudahan yang disediakan di bawah agensi tersebut.
“Menerusi inisiatif di bawah agensi ini, banyak program ke arah meningkatkan sistem penyampaian kepada usahawan dan masyarakat luar bandar terus dilaksanakan bagi memastikan manfaat yang disediakan oleh kerajaan terus dinikmati.
“MARA menawarkan bantuan geran sebanyak RM 97,500 bagi Program Pembangunan Usahawan dan Pendidikan bagi daerah Lipis dari tahun 2020 sehingga 2022, seramai 116 usahawan daerah ini telah menerima bantuan Pembiayaan Perniagaan MARA berjumlah RM 13.6 juta,” katanya.
Abdul Rahman menambah, keperluan itu bagi meningkatan perniagaan, digitalisasi, standardlization & pensijilan agar usahawan di daerah Lipis menjadi lebih kompetitif dalam hadapi cabaran perniagaan masa kini.
“Di bidang pendidikan, MARA turut memfokuskan kepada pendidikan masyarakat luar bandar dengan sumbangan kepada pelajar di daerah Lipis sebanyak RM 395,130 bagi membantu anak-anak Bumiputera.
“Sehingga kini, seramai 1.35 juta pelajar telah mendapat manfaat tajaan bagi mengikuti pengajian di dalam dan luar negara sekaligus mampu mencapai matlamat meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat Bumiputera,” katanya
Ketua Muno Bahagian Lipis itu menambah, Felcra Berhad akan membina ladang ternakan ayam secara bersistematik dan boleh mengeluarkan 1.8 juta ekor ayam setahun di Sungai Damak, Tanjung Besar, dekat sini.
“Selain membekalkan daging ayam segar, projek yang bakal dibangunkan itu turut memberi peluang pekerjaan dan peningkatan sosio ekonomi setempat.
“Kerjasama dan penglibatan rakyat dalam program serta aktiviti sosio-ekonomi yang dianjurkan oleh Felcra akan membuahkan hasil yang lebih lumayan di masa hadapan demi kelangsungan dan kemajuan negeri ini,” katanya.
Katanya, daerah Lipis akan muncul sebagai sebuah Bandar Pertahanan Lipis dengan pelaburan berjumlah RM 1 Bilion dan bakal menyediakan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk di Lipis dan kawasan sekitar.
“Kerajaan Negeri Pahang menerusi Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah bersetuju untuk pelaksanaan pembangunan Bandar Pertahanan ini menerusi Perjanjian Pajakan Tanah Projek Kilang Peluru antara Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang dan Ketech Asia Sdn Bhd (Fasa 1) di Kechau Tui yang melibatkan keseluruhan kawasan seluas 40.5 hektar.
“Projek mega ini akan memberi manfaat kepada aspek sosial dan ekonomi Parlimen Lipis dan tentunya akan wujudkan peluang pekerjaan yang besar kepada penduduk tempatan selain membangunkan prasarana lain di daerah ini,” tambahnya.
Katanya, oleh itu diharapkan demi kemajuan daerah Lipis, sebuah kerajaan stabil wajar dipertahankan, seterusnya beliau mahu terus berkhidmat untuk rakyat dan membawa banyak pelabur dan meningkatkan peluang pekerjaan di daerah itu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Nazri bawa pembaharuan dan kesejahteraan rakyat DUN Pulau Tawar
JERANTUT – Penyandang dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar berhasrat membawa pembaharuan dan kesejahteraan rakyat di kawasannya.
Antaranya meneruskan dan memperbanyakan bilangan rumah secara percuma menerusi Rumah Rakyat Pahang (RRP)selain memperluas Skim Tanah Warisan (STW) ke seluruh Negeri Pahang.
Calon N11 itu, Datuk Nazri Ngah
Calon N11 itu, Datuk Nazri Ngah turut berhasrat mengambil alih dan membaikpulih projek rumah generasi baru FELDA melalui Skim Rumah Pahang, meneruskan Skim Rumah PRIMA Pahang, Rumah Makmur Pahang dan Rumah Mesra Pahang (RMP), selain turut mahu menerus dan memperluas penerima manfaat Bantuan Prihatin Pahang.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerantut, turut memperkasakan Institusi agama di di DUN dan negeri Pahang.
“Ini terus menjamin kemakmuran antara kaum dan agama seperti yang dinikmati sekarang, memantapkan fungsi dan peranan intitusi agama di Negeri Pahang, perkasakan institusi pengajian Islam di Negeri Pahang sebagai agenda Pahang sebagai negeri paling banyak melahirkan tahfiz professional.
Datuk Nazri beramah mesra dengan penduduk di majlis di Dewan Galeri Mat Kilau, baru-baru ini.
“Tidak lupa memperkukuhkan tadbir urus kerajaan negeri dengan mengawal ketirisan hasil kerajaan Negeri dan mengamalkan pentadbiran berintegriti tinggi, Inovasi dan berdaya maju,” katanya.
Nazri menambah, berhasrat memperkasa pengupayaan bakat masa hadapan, memperkasa ekosistem pendidikan tahfiz dari kecil hingga pendidikan tinggi, meneruskan inisiatif Pahang Pride.
“Turut mencipta lebih banyak peluang kerja baharu untuk golongan muda menerusi peningkatan pelaburan Negeri Pahang dan meneruskan bantuan dan program pengupayaan usahawan muda.
“Untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi negeri, terus meningkatkan hasil kerajaan negeri tanpa membebankan rakyat selain kestabilan pelaburan dari dalam dan luar negeri.
Katanya, untuk menjaga kesejahteraan rakyat, beliau berhasrat kerajaan dapat memastikan bekalan air terawat yang mampan dan perlaksanaan projek-projek di seluruh Negeri Pahang bagi mengatasi isu bekalan air.
“Kalau boleh menyelesaikan 90% masalah bekalan air di Negeri Pahang dalam tempoh 5 tahun dan projek penggantian paip dari Bukit Rang ke Bukit Nikmat dengan kos RM15 juta,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!