MARAN : Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dihempap pokok kelapa di belakang rumah datuknya di Felda Jengka 6 di sini , pada jam 5.30 petang, semalam.
Sebelum kejadian, kanak-kanak tersebut, Wan Muhammad Harith Syauqi Wan Hazizi yang berada di luar rumah bersama bapanya, Wan Hazizi Wan Kemboja (50) untuk mengutip dahan kering yang jatuh.
Ibu mangsa, Saliah Mohd Noor, 39, berkata, ketika kejadian dia dan ahli keluarganya yang lain turut berada di luar rumah.
“Saya dan suami tinggal di Felda Jengka 3 dan sering balik ke rumah keluarga mertua saya terutama di hujung minggu.
“Sebelum kejadian pokok tumbang, anak saya sedang mengutip dahan kering, terdengar bunyi pokok patah sebanyak tiga kali, pokok itu tumbang dan menghempap anak saya,” katanya.
Katanya, kejadian itu berlaku dengan pantas di depan dan mata dan tidak sempat buat apa-apa.
“Suami dan saya segera menghantar anak ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh dalam keadaan pengsan serta berlumuran darah di bahagian telinga dan hidung.
“Pihak hospital disahkan anak saya meninggal dunia ketika menerima rawatan pada jam 10.35 pagi, ini,” katanya.
Katanya, dia reda dengan ketentuan Illahi dan dianggap satu ujian, takdir yang tertulis buat kami walaupun telah kehilangan anak bongsu daripada tiga beradik.
Jenazah Wan Muhammad Harith Syauqi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Jengka 6 kira-kira jam 3.30 petang hari ini.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Jenazah ibu dan anak dibawa ke Tanah Perkuburan Felda Jengka 16 untuk disemadikan, hari ini
Ibu, anak antara tiga yang maut dalam nahas jalan raya di Jalan Jerantut-Maran
JERANTUT – Dua beranak antara tiga maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM18 Jalan Jerantut-Maran berhampiran Sungai Salan, dekat sini kira-kira jam 6.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Zukri Muhammad berkata, dalam kejadian itu, kereta jenis Perodua Bezza dinaiki tiga sekeluarga yang dalam perjalanan dari Jengka menghala ke Jerantut bertembung dengan kereta Perodua Myvi dari arah Jerantut menghala ke Felda Gelanggi 2.
“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta Perodua Myvi dipercayai secara tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan dan melanggar kereta Perodua Bezza,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, akibat kemalangan itu Nur Harina Fatihah Syaifol Bahari, 21, maut di lokasi kejadian manakala ibunya Norazlina Ismail, 44, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jerantut.
Pemandu Bezza, Syaifol Bahari Idris, 50, mengalami kecederaan di bahagian lutut dan badan.
Sementara pemandu Myvi, Suhaimi Abd Rahman, 42, juga meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jerantut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Manakala, jenazah ibu dan anak disemadikan di Tanah Perkuburan Felda Jengka 16, pagi ini. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
MB Pahang terima rawatan di IJN
KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara bermula esok sehingga satu tarikh yang akan ditentukan doktor kelak.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Pahang,
Datuk Seri Zulkifli Yaacob dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
“Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak bersama-sama mendoakan agar rawatan yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT,” katanya.
Kenyataan dari MB Pahang:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya akan mula menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, bermula esok sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan oleh doktor.
Di kesempatan ini saya mohon kemaafan andai ada sebarang kesilapan atau kekhilafan sama ada dalam pertuturan atau perbuatan saya selama ini.
Saya juga mohonkan doa agar rawatan ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Alimuddin (tengah) bergambar bersama penerima anugerah sempena sambutan Hari Guru UPSI 2024 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah.
Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani! UPSI iktiraf kecemerlangan pendidik sempena Hari Guru!
SEMPENA sambutan Hari Guru Peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2024, Tanjong Malim, Perak, universiti itu bukan sahaja memberi penghargaan terhadap kakitangan, malah alumninya yang memperlihat sumbangan besar kepada dunia pendidikan negara.
Program itu bermula dengan bacaan Ikrar Guru Malaysia yang dipimpin oleh mahasiswa seorang guru Bahasa Inggeris dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI, Mohd Syafiq Rasidi dan diikuti dengan persembahan koir Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI yang menyanyikan lagu “Kami Guru Malaysia”, pada sambutan yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, pada 29 Mei 2024.
Alimuddin Mohd Dom merasmikan Sambutan Hari Guru UPSI 2024 dan menyempurnakan majlis prapeluncuran Global Educators Award.
Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, dalam ucapan aluannya, menekankan tema sambutan tahun ini, “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani” mencerminkan peranan penting guru pada era digital sekarang sebagai pemangkin kepada pembentukan masyarakat madani yang berilmu, beretika dan berdaya saing.
“Guru bukan sahaja sebagai pendidik, tetapi juga sebagai jauhari yang menggilap bakat dan potensi pelajar, membentuk mereka menjadi warganegara yang berintegriti dan produktif.
“Cabaran yang dihadapi guru pada era digital, di mana mereka diharapkan untuk menguasai ilmu pengetahuan serta mahir dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
“Ini adalah penting untuk memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan efektif serta efisien, menarik minat dengan memenuhi keperluan pelajar yang kian berubah,” tambah beliau.
Sementara itu, Pro Canselor UPSI, Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam ucapan perasmiannya menegaskan guru harus menjadi pemimpin dalam penggunaan teknologi digital untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang interaktif serta inovatif.
“Melalui pelbagai inisiatif dan program yang dijalankan, UPSI berusaha untuk memastikan setiap guru yang dilahirkan memiliki keupayaan untuk membawa perubahan positif dalam masyarakat,” katanya.
Sempena sambutan yang mengiktiraf kecemerlangan pendidik dan sekolah, Anugerah Tokoh Pensyarah dinobatkan kepada Pensyarah Kanan dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Prof. Madya Dr Ghazali Din, Dr Intan Suria Hamzah (Fakulti Sains Kemanusiaan), Wan Mohd Syaril Annuar Wan Mohd Harith (Fakulti Muzik dan Seni Persembahan) dan Dr. Harnani Mat Zin (Fakulti Komputeran dan Meta Teknologi).
Turut menerima anugerah yang sama ialah Dr Nor Mashitah Mohd Radzi (Fakulti Pembangunan Manusia), Prof Madya Dr Yakup Mohd Rafee (Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Chm Dr Mohamad Idris Saidin (Fakulti Sains dan Matematik), Dr Siti Fairuz Yusoff (Fakulti Teknikal dan Vokasional), Prof Madya Dr Azila Abdul Razak (Fakulti Pengurusan dan Ekonomi), dan Dr Ebby Waqqash Mohamad Chan dari Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan.
Pengiktirafan Sekolah Muallim diberikan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari, SMK Proton City, SMK Bandar Behrang 2020, SMK Methodist, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik, SMK Slim, Sekolah Menengah Agama (SMA) Slim River, SMK Dato’ Zulkifli Muhammad serta Kolej Vokasional Slim River.
Tokoh Alumni dianugerahkan kepada Guru Penolong Kanan dari SMK Kuala Besut, Terengganu , Aznan Abas; Guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kut Daro, Sarawak, Muhamad Tarmizi Awang; Guru Matematik Tambahan dari SMK St John, Kuala Lumpur, Venkateswaran Ramiah; Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perak Safuan Rabaai; serta guru dari Sekolah Kebangsaan Pos Musoh Landing Zone, Tapah, Perak, Muhammad Nur Asnawi Ramly.
Manakala Anugerah Pendidik Cemerlang diberikan kepada, bekas pensyarah UPSI, Profesor Dr Ahmad Hashim; Pengarah Pendidikan Tentera Darat, Leftenan Kolonel Norlin Salleh; Pengarah Urusan Qc Group Sdn. Bhd, Tajudin Mustafa; guru di SK Mahmud, Raub, Pahang, Kathiresan A/L Moorthy; serta Guru Matematik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hua Lian 1, Taiping, Perak, Goh Kok Ming, manakala Anugerah Khas Zakaria Kasa diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Dato’ Dr Mohammad Shatar Sabran.
Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman pula dianugerahkan kepada Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan, Datuk Dr Amin Senin.
Alimuddin turut menyempurnakan majlis prapeluncuran Global Educators Award (Anugerah Pendidik Sedunia) yang mengiktiraf sumbangan pendidik pada peringkat antarabangsa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Ismail Man (tengah) menunjukkan barang rampasan memproses air ketum hasil serbuan ke atas sebuah rumah yang tidak berpenghuni di Lipis awal pagi tadi.
Lelaki proses air ketum dalam rumah terbiar
LIPIS – Seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan setelah disyaki memproses air ketum di dalam kawasan rumah yang dipenuhi semak samun di Kuala Lipis di sini hari ini.
Ketua Polis Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, lelaki berkenaan ditahan dalam serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis, pukul 12.10 tengah malam.
“Hasil siasatan kita mendapati suspek telah menjalankan aktiviti memproses dan menjual air ketum sejak lima tahun lalu serta pernah ditahan dua kali atas kes yang sama.
”Beberapa rampasan telah dibuat antaranya periuk besar, tong gas serta dapur yang digunakan untuk merebus air ketum dan tong besar air batu yang digunakan untuk menyimpan bungkusan air ketum.
“Sebanyak 135 bungkus plastik putih air ketum yang sedia untuk dijual turut dirampas,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Ismail, suspek juga menggunakan pintu belakang bagi urusan jual beli bagi mengaburi pihak berkuasa.
Sumber : Malaysia Gazzette
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Adi Putra maut jatuh gaung di Bukit Broga. Ketika seorang remaja lelaki dari Rumah Kebajikan Keharmonian Sungai Buloh menyertai aktiviti riadah di Bukit Broga, Semenyih petang semalam bersama keluarga dan kawannya, ia berakhir dengan tragedi, semalam.
Mangsa yang awalnya dilaporkan sesat semasa mendaki akhirnya ditemui dalam keadaan tidak sedar.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail menyatakan bahawa Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.08 petang dari penjaga mangsa.
“Maklumat awal daripada penjaga melaporkan bahawa mangsa, Adi Putra Affendi, 16 tahun, sesat semasa menjalankan aktiviti riadah bersama penjaganya, Jamaluddin Wahab, berusia 40-an, dan dua rakan sebaya, Fizo dan Qayyum, masing-masing berusia 13 tahun.
“Mereka bermula pendakian seawal 8 pagi sebelum mangsa hilang dan laporan kehilangannya diterima oleh bomba.
“Bertindak balas terhadap laporan itu, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dikerahkan untuk mencari mangsa bersama agensi bantuan lain,” katanya.
Tambah Wan Md Razali, operasi mencari dan menyelamat merangkumi kawasan luas dari puncak satu hingga ke puncak ketiga seluas 1.5 kilometer.
Beliau menjelaskan bahawa kaedah operasi termasuklah penyelidikan menyeluruh dari puncak tiga ke Pusat Kawalan Bomba sebelum menghentikan pencarian pada pukul 2.30 pagi.
Pencarian juga melibatkan dua anjing K9 bomba bernama Tipo dan Aros.
“Pencarian diteruskan dan mangsa ditemui kira-kira jam 2.50 petang tadi dalam jarak 100 meter dari pintu masuk Bukit Broga.
“Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana dipercayai terjatuh dari ketinggian 10 meter dan dievakuasi dari kawasan tersebut.
“Walaubagaimanapun, pada pukul 3.42 petang, mangsa diisytiharkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian,” katanya.
Siasatan awal mendapati penjaga tidak bersama mangsa semasa kejadian berlaku kerana mereka mengambil laluan berbeza semasa trekking.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Sumber : Selayang Pandang. Net
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Polis Jerantut sudah kenal pasti guru wanita mendakwa Imam Mahdi
JERANTUT – Polis Jerantut sudah mengenalpasti menerusi siasatan mengenai seorang wanita yang mendakwa sebagai Imam Mahdi yang tular di media sosial JERANTUT VIRAL dan Info Rakyat Dalam Kelantan (IRDK) menerusi penghantar bernama Nor Farizan Shaari.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, hasil siasatan polis, suspek berkenaan, Siti Fatini Nabilah Mat Yusoff berusia 34 tahun bekerja sebagai guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jerangsong di sini.
“Wanita berkenaan sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak yang tinggal di Taman Seri Makmur, dekat sini.
“Hasil siasatan juga mendapati suami suspek yang dikenali Muhd Hanif kini tinggal di Kuala Lumpur bekerja sebagai Traffic Management Officer (TMO), Lebuh Raya DASH Kuala Lumpur, ” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.
Menurut Zukri, maklumat awal yang polis diberitahu mengenai kes ini, suspek berkenaan mempunyai masalah mental dan rekod perubatan juga menunjukkan wanita berkenaan pernah mendapatkan rawatan sebagai pesakit Psikiatri di Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Tanah Merah, Kelantan semenjak 16 November 2023.
Beliau berkata, penghantar (Nor Farhan Shaari) telah menyentuh isu berkaitan seorang seorang guru perempuan di SJKC Jeransong, Jerantut yang telah mengaku bahawa beliau adalah Imam Mahadi.
Katanya, menerusi penghantaran yang dimuatnaik menerusi dua laman sosial tersebut menyebut suspek dipilih oleh Allah untuk membimbing umat Muhamad dan menggelarkan dirinya sebagai mujaddid yang diamanahkan untuk menghentikan peperangan di Palestin.
Dakwa suspek itu, Allah telah pusing (memesong) fakta mengatakan Imam Mahdi adalah seorang lelaki, tetapi hakikat sebenarnya adalah seorang perempuan dan dia mengaku dirinya adalah Imam Mahadi itu.
“Difahamkan kes tersebut tercetus akibat perbalahan dengan beberapa orang sahabat suspek berkaitan hal melibatkan dalaman keluarga serta beberapa hal peribadi yang lain.
“Oleh sebab itu suspek telah berasa tertekan dengan tohmahan dan fitnah sahabat suspek berkaitan tuduhan dianggap tidak berasas dengan menghantar beberapa posting melibatkan pengakuan bahawa dirinya sebagai Imam Mahadi,” katanya.
Zukri menambah, suspek juga mengaku tiada sebarang rujukan atau belajar daripada mana-mana guru agama atau orang perseorangan dan hanya mengaku dirinya terpilih (terbuka hijab) untuk memiliki ‘Ilmu Allah’ dan diangkat darjatnya oleh Allah kerana beliau seorang yang jujur.
Beliau berkata, isu yang melibatkan suspek wanita itu yang dikatakan mengaku sebagai seorang mujaddid serta Imam Mahadi adalah ekoran terdapat beberapa artikel milik suspek yang dimuatnaik oleh Nor Farizan Shaari di laman FB beliau.
Zukri menjelaskan suspek yang masih bertugas di SJKC Jerangsong merupakan seorang yang mempunyai masalah tersendiri serta penyakit mental kini masih menerima rawatan di unit psikiatri.
“Diharapkan isu tersebut tidak diperbesarkan dan tindakan susulan telah dibuat oleh Pejabat Agama Daerah Jerantut sebagai langkah pencegahan serta pemulihan,” ujarnya.
Sumber : Utusan Malaysia
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Keluarga Razak (3 dari kiri) berdoa sebelum berangkat ke Sepang bersama isteri, dan empat anaknya.
JERANTUT- Hasrat pasangan warga emas, Abdul Razak Ismail, 63, dan isterinya Rohana Johan, 60, untuk menunaikan haji serentak bersama empat anaknya termakbul apabila menjadi tetamu Allah, pada musim haji tahun ini.
“Saya bersyukur kepada Allah kerana hajat, impian dan doa termakbul apabila saya, isteri dan empat anak termasuk menantu dapat bersama menunaikan haji.
“Malah anak lelaki dapat duduk sebilik dengan saya manakala anak perempuan duduk sekali dengan ibunya,” katanya.
Pasangan pesara guru yang menetap di Perumahan LKNP di sini, mendaftar menunaikan haji bersama empat anaknya 15 tahun lalu, iaitu pada 2009 ketika mereka masih belajar.
Empat anaknya adalah Muhamad Asyraf , 32; dan isterinya Nurul Farhana Azis, 29; anak kembar
Khairun Athirah, 31; dan Khairun Amirah , 31; dan Muhamad Afham, 24.
Beliau menggalakkan semua anaknya untuk menabung dalam simpanan Tabung Haji apabila mereka mula bersekolah rendah.
“Saya sering menggalakkan mereka menyimpan duit raya pemberian saudara mara ke dalam simpanan Tabung Haji, selain membuat tabungan apabila sudah bekerja supaya dapat pergi haji bersama ayah dan emak.
Anak sulung, Muhamad Asyraf , berkata, beliau bersyukur kerana hasrat ayah dan ibunya untuk menunaikan haji bersama tercapai.
Katanya, mereka empat beradik sering mengikut nasihat ibu bapanya sejak di sekolah rendah untuk menabung.
“Setiap kali selepas raya, kami adik-beradik akan mengikut ayah ke pejabat Tabung Haji untuk menyimpan wang yang dikumpul. Kami juga membuat potongan gaji ketika mula bekerja.
“Ayah dan emak sering berpesan supaya kami empat beradik tidak boros berbelanja dan wang yang disimpan digunakan untuk menunaikan haji.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada ayah dan emak kerana mendaftarkan kami ketika usia masih muda,” katanya ditemui sebelum sebelum ke Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA, di Sepang, semalam.
Mereka dijadualkan berlepas dengan penerbangan KT 43B ke Madinah, pada jam 1 pagi.
Sumber : Berita Harian
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Memiliki air ketum, dua lelaki ditahan di Kuala Krau
TEMERLOH : Dua lelaki berusia 27 dan 35 tahun ditahan kerana dipercayai memiliki air ketum di kawasan rumah, Jalan Paya Luas, Kuala Krau dekat sini.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Polis Mazlan Hassan
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Polis Mazlan Hassan berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh berjaya melakukan tangkapan tersebut pada jam 10.00 malam, semalam.
“Pihak polis berjaya menemui dan merampasan tong plastik berpenutup berwarna oren mengandungi 50 bungkusan plastik berisi cecair warna hijau disyaki air ketum dalam anggaran isipadu 50,000 mililiter.
“Cecair air ketum ini dianggarkan bernilai RM500 dan ketika dirampas air berkenaan telah diisi ke dalam plastik serta diikat,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.
Katanya, kedua suspek lelaki ini merupakan penganggur dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau serta mereka akan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Nor Yahati (empat dari kiri) melakukan gimit perasmian Karnival Masjid Bestari, di Masjid Al- Hidayah Bandar Behrang 2020, Perak, baru-baru ini.
Program Rumah Ibadat Hijau! NRES sokong usaha jadikan masjid sebagai pusat kelestarian alam sekitar
KONSEP masjid hijau harus dilaksanakan secara proaktif oleh pihak masjid di negara ini supaya institusi itu menjadi pusat kelestarian alam sekitar dalam memupuk budaya hijau dalam kalangan semua ahli kariah.
Ketika berucap merasmikan Karnival Masjid Bestari anjuran Masjid Al-Hidayah Bandar Behrang (BB) 2020, Behrang dengan kerjasama Malaysia Green Technology and Team Change Progression (MGTC) dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Nor Yahati Awang berharap institusi masjid memperkasakan masjid hijau di bawah program Rumah Ibadat Hijau yang digerakkan oleh MGTC.
Nor Yahati bersama ahli Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) yang turut hadir memberi penerangan mengenai kanser payudara.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup hijau dan amalan bestari secara berjemaah di samping istiqamah di masjid dan surau sekali gus dapat menyumbang ke arah Malaysia yang lebih hijau serta mampan.
Menurutnya, premis masjid yang sedia ada dianggap sebagai cekap air, cekap tenaga dan rendah karbon, malah mesra alam dalam mengurangkan impak kepada persekitaran seperti pencemaran serta pelepasan gas rumah hijau.
“Gaya hidup hijau sebegini bukan sahaja mendatangkan manfaat seperti penjimatan kos utiliti bahkan meningkatkan produktiviti masyarakat dan pendekatan teknologi hijau boleh dimanfaatkan dengan optimum,” katanya pada perasmian karnival berkenaan di Behrang, baru-baru ini.
Nor Yahati turut mengalu-alukan sumbangan dan kolaborasi daripada pelbagai pihak supaya program masjid hijau dapat dikembangkan selain NRES menyokong program anjuran masjid kerana ia membantu agenda ke arah kelestarian alam.
“Masjid boleh melaksanakan program masjid hijau setiap tahun atau setahun dua kali kerana ramai orang Islam yang berkemampuan ingin menyumbang secara sukarela kepada masjid.
“Sebagai contoh, projek penukaran lampu, penghawa dingin yang cekap tenaga, pemasangan sistem panel solar, pemasangan bilik cekap air, projek kitar semula serta pembangunan komuniti oleh pihak masjid boleh dimanfaatkan daripada wang sumbangan ahli jemaah atau masyarakat Islam,” ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Masjid Al-Hidayah, Rusli Ahmad, berkata masjid yang sudah mencapai dua dekad penubuhannya tercetus untuk menyertai Rumah Ibadah Hijau di bawah MGTC, Bank Rakyat serta PSAS sebagai rakan strategik sehingga berjaya menganjurkan Karnival Masjid Bestari untuk kali pertama.
Pengarah program berkenaan, Fauzi Ghani, pula berkata antara aktiviti yang dijalankan dalam karnival masjid bestari itu seperti solat berjemaah; kuliah maghrib, isyak dan subuh serta qiamullail; pertandingan mewarna kanak-kanak; pertandingan memanah; majlis pelancaran karnival masjid bestari; slot ceramah kelestarian alam; dan cekap tenaga.
Terang beliau, pelajar dan komuniti setempat didedahkan mengenai program kesedaran kesihatan oleh Klinik Kesihatan Tanjung Malim dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan termasuk Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) untuk memberi informasi kesihatan.
“Saya berharap program ini dapat memperkasakan peranan masjid dan membentuk minda ahli kariah supaya lebih berminat untuk mengimarahkan masjid sama ada melakukan ibadah wajib atau aktiviti kebajikan lain,” katanya lagi.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!