MARAN – Hasrat seorang pemilik motosikal Yamaha RXZ untuk menyertai program RXZ Fighter Gathering berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di KM 166.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah menghala ke Kuantan.
Dalam kemalangan pukul 10.55 pagi itu, mangsa, Muhammad Lokman Bin Abdul Aziz, 29, yang berasal dari Kuala Kangsar Perak meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Menurut rakan-rakan mangsa di tempat kejadian mendapati semasa kejadian mangsa bersama rakan-rakannya sebanyak 14 buah motosikal yang lain berkonvoi dari Kuala Kangsar menghala ke Kuantan dan mangsa di dalam konvoi adalah di kedudukan belakang sekali. DSP Mohamad Zamri Mohamad Zaber – Ketua Polis Daerah Maran,berkata, sewaktu kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan ke tapak himpunan di RXZ Fighter Gathering .
“Hasil siasatan awal dipercayai punca kemalangan adalah daripada kecuaian penunggang motosikal yang gagal mengawal menyebabkan kemalangan jalanraya dan mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas kesebelah kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan sebelah kiri.
Akibat dari kemalangan ini , mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian ,kes disiasat Sek 41 (1) APJ 1987 RXZ Fighter Gathering julung kali di buat di Kuantan pada 2- 3 mac 2024 mengumpulkan pemilik Yamaha RXZC seluruh negara .-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
“Safety ke laut…” Hasrat orang ramai berseronok di fun fair Raub bertukar tragedi
RAUB – Hasrat orang ramai untuk berseronok di tapak permainan fun fair bertukar tragedi apabila salah satu permainan mengalami kerosakan sehingga menyebabkan beberapa orang mangsa terjatuh termasuk seorang kanak-kanak
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Raub, Pahang, apabila salah satu gerabak roller coaster di fun fair berkenaan tersasar dan jatuh daripada trek.
Rakaman video kejadian tersebut mula tersebar baru-baru ini, setelah ia dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dalam sebuah group Penduduk Raub Pahang.
Menerusi video itu, beberapa pengunjung termasuk seorang kanak-kanak dilihat sedang berada dalam keadaan tertekan dan kesakitan akibat daripada insiden itu.
Pada masa sama, kedengaran seorang wanita yang turut menjerit menahan kesakitan.
Kejadian itu mencetuskan kebimbangan orang ramai tentang tahap keselamatan dan mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa boleh memberi permit kelulusan untuk beroperasi.
Menurut seorang pengguna di TikTok, walaupun harga tiket untuk permainan tersebut agak tinggi, ia tidak memberikan apa-apa jaminan keselamatan kepada para pengunjung.
Difahamkan bahawa setiap permainan roller coaster tersebut berharga RM10 untuk dua putaran, dengan masa yang singkat kurang dari dua minit.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat seorang individu yang berkata dirinya merupakan salah seorang mangsa kejadian tersebut dan menjelaskan pihak fun fair telah mengambil tanggungjawab serta memohon maaf atas kejadian itu.
Sumber : Sengat Daily
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pemandu lori maut ditetak dua lelaki di kedai kopi
Seorang lelaki maut dipercayai akibat ditetak menggunakan senjata tajam dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai dekat Kulim hari ini.
Pemangku Ketua Polis Kulim, Safuan Md Noor, berkata dalam insiden kira-kira 1.20 tengah hari itu, mangsa yang berusia 27 tahun telah diserang oleh dua lelaki bersenjatakan parang dan sabit.
“Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori telah dikejar oleh kedua-dua suspek dari luar kedai. Mangsa yang cuba menyelamatkan diri dengan memasuki sebuah kedai kopi bagaimanapun telah ditetak sehingga rebah sebelum meninggal dunia di dalam kedai kopi berkenaan.
“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian tangan, dada, belakang badan dan muka akibat kesan serangan menggunakan senjata tajam itu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan kedua-dua suspek masih dijalankan.
“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian untuk menghubungi ASP Azmirul Abd Aziz di talian 019-4446 521 atau IPD Kulim di talian 04-4906 222,” katanya sambil menambah siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber : Sengatdaily
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Guru dipecat dipecat dan faedah pencen hilang, gara-gara secawan kopi
TOKYO: Hanya kerana berkira untuk membayar kopi RM5.74, pengetua sebuah sekolah di Jepun bukan sahaja dipecat, malah tidak menerima manfaat pencen kerana dakwaan mencuri minuman itu dari mesin layan diri.
Kopi bersaiz biasa di kedai berharga 110 yen (RM3.51) dan pilihan yang lebih besar berharga 180 yen (RM5.74).
Dia dilaporkan hanya membayar untuk kopi bersaiz biasa di mesin layan diri kedai serbaneka, selepas didakwa mengambil kopi dengan saiz cawan besar.
Pengetua itu ditangkap di Takasago, sebuah bandar kira-kira tujuh jam pemanduan dari sini, selepas seorang pekerja melihatnya menekan butang untuk mengambil kopi bersaiz cawan besar pada 21 Disember lalu.
Dia dipecat, manakala lesen mengajarnya ditarik balik, juga tidak menerima faedah pencen dianggarkan 20 juta yen (kira-kira RM637,928), lapor akhbar harian Jepun, Asahi Shimbun pada 16 Februari lalu.
Dalam siasatan dengan pegawai lembaga pendidikan di peringkat wilayah, pengetua berusia 59 tahun itu, berkata dia bertindak secara melulu dan sangat menyesal atas perbuatannya.
Dia mengakui, menukar saiz cawan kopinya tanpa membayar sebanyak tiga kali di kedai sama dan empat kali di kedai lain dengan secara keseluruhan, dia membayar kurang 490 yen (RM15.63).
Pendakwa raya memutuskan untuk tidak mendakwanya selepas menerima laporan kes kecurian itu, tetapi pemecatan adalah tindakan paling berat untuk mendisiplinkan penjawat awam diikuti gantung kerja, pemotongan gaji dan amaran.
Seorang pegawai Lembaga Prefektur memberitahu Asahi Shimbun, mereka membuat kesimpulan pemecatan wajar untuk kesalahan berulang selepas mengkaji kes terdahulu dan tindakan tatatertib.
Bagaimanapun, pengkritik mempersoalkan keputusan lembaga pendidikan di peringkat wilayah susulan hukuman yang diumumkan pada 30 Januari lalu itu, menyifatkan ia ibarat ‘hukuman mati’ untuk kesalahan yang hanya membabitkan sedikit kerugian kewangan.
Profesor di Universiti Wanita Jepun, Takashi Sakata berkata, hukuman itu tidak seimbang berat kerana kerugian dialami yang kecil.
Sumber : Berita Harian
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Majoriti berbelanja awal cari harga promosisambut Aidilfitri 2024
SHAH ALAM, 16 Februari 2024 – Pengguna dijangka akan membeli-belah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dalam penuh kesederhanaan dengan faktor harga menjadi pendorong utama untuk mereka berbelanja.
Ketua Pegawai Eksekutif Modachi Sdn. Bhd., Faizal Zakaria berkata, 92 peratus responden memberi keutamaan terhadap harga sebelum melihat kepada kualiti (80 peratus) manakala 74 peratus lagi mencari promosi harga murah sebagai pendorong utama berbelanja.
“Ada pengguna akan melihat kepada produk berjenama terkenal (46 peratus) namun ia menjadi faktor keempat dalam memuat keputusan berbanding godaan promosi jualan murah. Hanya 22.6 peratus menjelaskan mereka setia terhadap jenama pilihan yang telah mereka gunakan sebelum ini.
“Peratusan tinggi terhadap keutamaan harga ini menyaksikan orang ramai akan kembali membeli-belah secara dalam talian (62.5 peratus) berbanding 37.5 peratus mengakui selesa untuk berurusan dengan kedai fizikal,” katanya.
Untuk rekod, Modachi merupakan syarikat perunding penjenamaan dan penerbitan kandungan strategik korporat yang memberi tumpuan terhadap strategi penceritaan lestari (sustainable storytelling).
Hampir sepertiga responden (28.6 peratus) menyatakan mereka akan berbelanja bawah RM1,000 untuk sambutan hari raya sebelum ini manakala hampir suku (24 peratus) akan berbelanja bawah RM5,000.
Ketika diminta untuk menjelaskan bagaimana mereka akan meraikan hari raya tahun pada tahun hadapan, 84.4 peratus menyatakan Aidilfitri akan disambut dengan berbusana baharu.
“Responden juga menyatakan, mereka akan meneruskan tradisi berkunjung ke rumah rakan mahupun keluarga terdekat dan sudah pasti, juadah tradisi tetap akan diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini,” kata Faizal.
Berhubung pertembungan Aidilfitri yang didahului pembukaan penggal baharu persekolahan 2024, lebih 51 peratus responden menjelaskan mereka akan membuat pembelian hari raya lebih awal.
“Walaupun responden menyatakan mula berbelanja awal, sebanyak 70.6 peratus responden menyatakan mereka akan mengikut kemampuan masing-masing dan ‘apa yang ada’ sahaja.
“Bagi sebahagian lagi, responden menyatakan sumber perbelanjaan mereka akan banyak ditentukan oleh jumlah simpanan yang dibuat secara berkala manakala 25.6 peratus mahu menggunakan ‘bonus dan dividen’,” katanya.
Jelas Faizal, kaji selidik secara rawak mudah dalam talian melibatkan 359 itu mendapati hanya separuh mahu berbelanja secara dalam talian kerana berpendapat harga yang ditawarkan lebih murah (40.2 peratus) berbanding kedai fizikal.
“Analisis mendalam bagaimanapun mendapati, kelompok ini terdiri daripada kalangan pengguna dengan umur 30 hingga 40 tahun terutamanya wanita. Sebanyak 67.9 peratus responden menyatakan mereka akan membeli pakaian secara dalam talian.
“Hampir dua pertiga (60.4 peratus) menyatakan mereka lebih selesa membuat pembayaran untuk pembelian dalam talian menggunakan kaedah pemindahan bank berbanding kad kredit atau kad debit (48.2 peratus),” katanya.
Menyentuh mengenai inspirasi berbelanja untuk hari raya, kata Faizal, majoriti (77.3 peratus) menyatakan keadaan semasa akan banyak mempengaruhi minat mereka untuk berbelanja.
“Menariknya, mereka menyatakan selebriti, pensohor (influncer) atau artis, tidak akan mempengaruhi mereka dalam membeli jenama tertentu (74.1 peratus),” katanya.
Ketika ditanya isu berhubung strategi perniagaan apakah yang mungkin boleh dilaksanakan oleh usahawan, Faizal menjelaskan:
“Secara keseluruhan kaji selidik ini mendapati sentimen berbelanja agak sederhana dan ‘mod’ pengguna akan banyak disokong oleh iklim ekonomi semasa. Pengguna akan lebih berhati-hati dan kebanyakannya akan memburu jualan harga murah.
“Saya nasihatkan usahawan terutama fesyen dan makanan untuk menyuai padan strategi kepada ‘pratempah.’ Melalui pratempah ini, stok akan dapat dirancang dengan lebih baik dan aliran tunai akan menjadi lebih baik.
“Memandangkan penggal baharu persekolahan bermula pada awal Mac 2024 dan Aidilfitri disambut pada minggu kedua April 2024, kempen jualan berkembar ‘raya-sekolah’ mungkin jalan terbaik dengan mengoptimumkan kos,” kata Faizal.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Hilux warna putih terbabas dan terbalik, dua suspek di dalam sempat melarikan diri ke dalam hutan, semalam.
TEMERLOH : Pasukan polis mengejar dua buah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux berwana putih dan kelabu yang disyaki melakukan kes curi kabel di hadapan Stesen Minyak Petronas, KM 4 Jalan Maran, Temerloh, pada jam 3.53 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, atas maklumat diterima daripada orang awam, kedua-dua kenderaan tersebut telah melarikan diri dari tempat kejadian ketika kenderaan polis (MPV) tiba sehingga ke Kampung Paya Jauh, sejauh kira-kira 15 kilometer, dekat sini.
Katanya, MPV telah mengejar dan cuba menghalang dua kenderaan itu sehingga masuk ke persimpangan Kampung Charuk Puting.
“MPV pertama yang mengejar kenderaan itu turut memohon minta bantuan sebuah lagi MPV dan Unit Rondaan Bermotosikal dan sampai di kebun kelapa sawit berdekatan Kampung Batu Bor, Chenor.
“Sebuah Hilux berwarna putih telah merempuh pagar dawai di kebun tersebut menyebabkan hilang kawalan dan terbabas serta terbalik,” katanya hari ini.
Katanya, dua suspek lelaki yang berada di dalam Hliux putih telah melarikan diri ke dalam hutan, manakala sebuah lagi kenderaan Hilux berwarna kelabu gagal diekori.
“Pemeriksaan lanjut ke atas Hilux yang terbabas itu telah ditemukan 50 batang kabel optik yang telah dipotong dan berukuran sepanjang satu meter setiap satu bertaburan di atas tanah.
“Turut dijumpai beberapa peralatan untuk mencuri seperti pemotong kabel berada di dalam kenderaan itu,” katanya.
Mazlan berkata, manakala siasatan di tempat berlaku kecurian terdapat sebatang kabel yang telah ditarik sepanjang kira-kira 100 meter yang tidak sempat diambil.
“Tiada kesan cap jari yang ditemui di dalam Hilux yang terbabas kerana keadaan kenderaan itu kotor serta berminyak.
“Unit anjin pengesan K9 telah dipanggil untuk membantu mengesan suspek yang telah melarikan diri,” katanya.
Katanya, pihak polis menemukan 43 kabel besar, 43 kabel kecik, sebuah Hilux berwarna putih,pemotong kabel, satu kad peneganalan suspek, sebuah telefon bimbit dan satu tali pita merah dan dianggarkan kerugian RM10,000.
“Semakan ke atas dua buah hilux tersebut tidak dilaporkan dicuri dan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu.
“Pihak polis sedang memburu semua suspek yang terbabit dengan kes ini. Kes diklasifikasi di bawah seksyen 379 KK,” katanya.
Sumber : Berita Harian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Sebahagian serpihan pesawat yang terhempas di Klang, semalam.
Pesawat ringan terhempas, terbakar di Klang
KLANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan sebuah pesawat ringan terhempas dan terbakar di kawasan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Muda, Kapar di sini, semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.56 tengah hari tadi.
“Kita sampai di lokasi kejadian dan mengesahkan pesawat ringan jenis ‘Air Craft Aviation Safety Technology’ itu terhempas dan terbakar.
“Kerja mencari mangsa sedang dijalankan dan jumlah mangsa masih belum diketahui,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Sebahagian murid yang terbabit dalam majlis khatam al-Quran Kafa Integrasi Al-Waani, baru-baru ini.
HASIL usaha bertungkus-lumus guru Sekolah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Integrasi Al-Waani, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor, berjaya memacu sekolah itu berada dalam kelompok suasana persekolahan yang amat konsisten bagi mencipta dan mengekalkan kejayaan khusus dalam kalangan murid mereka.
Kejayaan itu dibuktikan dengan kecemerlangan yang direkodkan saban tahun menerusi peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang sentiasa konsisten berada pada tahap peratusan cemerlang iaitu melebihi 90% ke atas seperti keputusan PSRA bagi tahun 2023 diumumkan pada 14 Disember 2023 lalu.
Dalam keputusan yang diumumkan itu, daripada 78 calon yang menduduki PSRA, 21 mendapat pencapaian Mumtaz, Jayyid Jiddan (36), Jayyid (14), Maqbul Lulus (7) dan tiada yang meraih Musaadah.
Pengerusi Kafa Integrasi Al-Waani, Alias Ahmad, berkata dengan keputusan yang diumumkan itu sebagaimana yang dimaklumkan pihak pengurusan kepada beliau, Kafa Intergrasi Al-Waani sekali lagi berjaya mengekalkan peratusan cemerlang serta mencapai kelulusan 100 peratus iaitu bermaksud tiada murid yang gagal.
Menurutnya, keputusan itu secara tidak langsung menzahirkan usaha serta kegigihan guru dalam memastikan kejayaan cemerlang murid tanpa memikirkan penat lelah yang terpaksa digalas setiap hari demi bagi memenuhi cita-cita anak didik mereka dan ibu bapa.
Katanya, di samping itu kejayaan sesebuah institusi pendidikan tidak dapat mengelak daripada hasil usaha dan kerjasama ibu bapa dalam memastikan khususnya anak mereka sentiasa bersemangat hadir ke sekolah untuk mengikuti pengajian dengan tekun serta menghormati guru.
“Saya ucap syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus mencipta kejayaan ini termasuk murid berusaha gigih mengulang kaji pelajaran dan kepada yang gagal meraih keputusan baik tidak perlu berasa kecewa kerana peperiksaan itu peringkat awalan sahaja.
“Masih belum terlambat lagi untuk anak-anak menggandakan usaha bagi memperoleh kejayaan pada masa yang akan datang, bukan sahaja daripada sudut akademik, malah kecemerlangan dalam pembentukan sahsiah yang murni dan kokurikulum cemerlang kerana banyak lagi peringkat-peringkat perlu dilalui dan ianya akan memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kelemahan diri,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ihtifal dan Khatam Al-Quran 2023 Kafa berkenaan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor pada 4 Februari 2024.
Turut hadir pada majlis itu, Penyelia Kafa Daerah Sepang, Selangor, Mahayunizam Mohamed Yusof; Ketua Guru Kafa Integrasi Al-Waani, Hariezul Ismail; dan ibu bapa murid.
Majlis itu bagi menyempurnakan penyampaian beberapa anugerah seperti prestasi cemerlang, sahsiah, kehadiran dan tokoh murid disamping diserikan dengan persembahan nasyid dan qasidah oleh murid.
Alias berkata, majlis yang diadakan itu amat perlu dilaksanakan bagi memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan negara dan ummah kelak berlandaskan prinsip-prinsip al-Quran yang sebenarnya.
Jelasnya, berikutan saban tahun pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis berkenaan bagi meraikan kejayaan murid dalam bidang kurikulum, kokurikulum mahupun sahsiah malah ia juga bertujuan untuk meraikan ibu bapa dan penjaga yang sentiasa meletakkan kecemerlangan serta kejayaan anak-anak sebagai agenda utama dalam kehidupan mereka.
Tambahnya, selepas berjaya mencipta kejayaan ibu bapa atau penjaga sudah pasti akan sibuk pula untuk mencari sekolah yang terbaik untuk anak-anak mereka menyambungkan pengajian ke tingkatan satu dengan harapan dapat meneruskan kecemerlangan pada peringkat menengah.
Justeru beliau menasihatkan ibu bapa, supaya mendapatkan maklumat tepat mengenai pilihan sekolah untuk anak mereka ke tingkatan satu serta memahami prosedur yang ditetapkan termasuk mendapat nasihat daripada penyelia Kafa daerah.
Sehubungan itu juga Alias menyeru kepada ibu bapa serta penjaga supaya dapat terus berganding bahu meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak, sihat yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan juga kesihatan minda mereka.
Jelasnya, kedua-dua bentuk kesihatan itu amat penting untuk dijaga dan dipelihara supaya harapan di samping impian kita dapat direalisasikan sekali gus memenuhi harapan serta impian yang termaktub di dalam falsafah pendidikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.
“Bagi murid yang sudah khatamkan bacaan al-Quran, jadikan intipati kandungan yang terdapat dalam al-Quran sebagai pendoman diri mengatur jalan hidup di dunia ini, supaya kehidupan yang dijalani menuju ke arah keredaan Allah SWT, bukannya ke arah kemurkaanNya.
Jadikan majlis khatam pada hari ini sebagai titik permulaan untuk mengkhatamkan lagi bacaan al-Quran pada masa akan datang, teruskan membacanya sehingga akhir hayat kita disamping cuba pula membaca sambil tadabbur supaya dapat memahami lagi keindahan ayat suci al-Quran al-Karim,” ujarnya lagi. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
UMNO Raub buat laporan polis terhadap Tony Pua mesej orang Melayu bangkit pertahankan Raja
RAUB: Meskipun Tony Pua telah disiasat mengikut Akta Hasutan 1948, namun UMNO Bahagian Raub terus membuat laporan polis berikutan kebiadapan bekas Setiausaha Publisiti DAP berhubung kenyataannya yang menghina Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Raub, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, orang Melayu bagaikan terhiris hatinya apabila Tony Pua dengan sengaja mempertikaikan kuasa Agong dalam memberi pengampunan Diraja terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, ekoran kenyataan biadap itu, UMNO Raub menyatakan pendirian tegas membuat laporan polis terhadap Tony Pua di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Raub, hari ini.
“ Saya bersama-sama Setiausaha UMNO Bahagian Raub, Datuk Tengku Abd.Rahman Tengku Perang Jawatankuasa Bahagian, wakil Wanita, Pemuda dan Puteri menyatakan pendirian membidas salah laku biadap Tony Pua.
Tony Pua cuba mempersoalkan kuasa mutlak kepada Yang di- Pertuan Agong memberi keampunan kepada pesalah yang menjalani hukuman oleh mahkamah di negara ini.
DATUK ABDULLAH ABU BAKAR….
Abdullah menyifatkan tindakan bekas Ahli Parlimen DAP itu mempersoalkan keputusan Lembaga Pengampunan sebagai biadap dan kurang cermat yang mencetuskan suasana yang tidak selesa dengan pihak istana..
Beliau turut menyokong kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Naib Presiden UMNO yang membidas tindakan Tony Pua itu.
Merujuk kenyataan itu, Wan Rosdy menyifatkan Tony Pua seperti sengaja mencari jalan untuk mendapat publisiti murahan setelah nama semakin dilupakan oleh ahli DAP sendiri.
UMNO Raub sependapat dengan Naib Presiden UMNO itu yang menolak gangguan seorang dua pemimpin yang bercakap dalam perkara sensitif yang boleh menggugat keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan.
“ Tony Pua telah terperangkap dalam jerat yang dipasang sendiri kerana telah melanggar Akta Hasutan 1948 berhubung mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong.
“ Sepatutnya semua pihak menghormati keputusan itu dan melihat ke depan untuk mencari jalan menuntut supaya keadilan diberikan kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Izinkan aku memberi sedikit luahan dan pandangan sebagai seorang guru sempena tahun ke-10 perkhidmatan.
TL;PR (Too Long; Please Read)
1. Sebelum ni kita ada LINUS. Di hujung penilaian, mesti lepaskan semua budak. Tak boleh budak tak lepas semua konstruk.
2. Datang menteri baru, hapuskan LINUS. Cubaan memperkasa PBD.
3. Datang menteri baru lain pulak, hapuskan UPSR terus. Masih mahu memperkasa PBD, meletakkan PBD sebagai satu-satynya instrumen utama dalam penilaian murid.
4. PBD pun ada pincangnya. Secara dasarnya, memang boleh letak deskripsi sekian TP sekian tahap yang harus dicapai oleh murid.
5. Tapi, pengisian data oleh setiap panitia pun berbeza.
6. Contoh, dalam BM takde kolum nilai dan sikap murid. Dalam MT ada.
7. Makna kata, sungguh pun budak tu tak pandai dan menguasai kemahiran kognitif, asalkan sikapnya bagus dalam kelas dan menyiapkan kerja rumah yang diberi dengan tekun, mash boleh dinilai dengan TP yang tinggi pada kolum nilai dan sikap tersebut.
8. Tapi harus dingat, tak semua panitia ada kolum tersebut dalam penilaian dan pengisian data.
9. Datang menteri baru lagi, kita dihidangkan dengan UASA, instrumen tambahan untuk menilai kognitif murid.
10. Sebelum ni, alasan yang diberi semasa pemansuhan UPSR adalah taknak melahirkan generasi yang exam oriented.
11. Sudahnya, generasi yang lahir bukan sekadar tidak exam oriented, malahan adab dan akhlak mithali yang ingin dicapai dengan pelaksanaan PBD pun semakin sayup dari pandangan.
12. UASA hadir bersama idme. Pengisian data dalam idme terbahagi kepada PBD dan UASA.
13. PBD mengikut TP, dan UASA mengikut jumlah markah yang dimasukkan oleh guru mata pelajaran per 50.
14. Apa yang kita tak tahu adalah, markah per 50 tadi rupa2nya ditukarkan menjadi TP (yang tidak dimaklumkan langsung tentang julat penggredan) pada dashboard guru kelas.
15. Makna kata, guru mata pelajaran nampak sebagai markah yang dimasukkan, tapi guru kelas akan nampak sebagai TP.
16. Persoalannya, apa rasional menjadikan markah tersebut dalam TP yang sangat subjektif untuk difahami? Kenapa tak boleh kekalkan je markah tersebut dalam bentuk angka?
17. Sungguh begitu, dalam segala macam kekalutan, orang atasan di langit ketujuh nun sana pula hadir dengan keinginan dan kemahuan data yang cantik.
18. Cuba kita fikir sejenak. Cerita nak data cantik ni dah zaman berzaman pun. Tak pernah berubah. Data yang sampai pada orang atasan semuanya data yang cantik yang telah diubah mengikut selera mereka supaya sekolah tidak dipersoalkan dan guru tidak dipersalahkan.
19. Tapi sampai bila kita nak hidup dalam kepura-puraan? Data yang cantik tidak akan dapat menafikan masalah anak2 kita di peringkat akar umbi.
20. Cikgu2 tersepit, antara integriti sebagai seorang guru dan kepatuhan sebagai seorang pekerja.
21. Bayangkan, kalau kita sentiasa nak hidangkan data yang cantik pada orang awam dan orang atasan, bukankah maknanya kita sebenarnya menipu?
22. Jadi cikgu ni katanya pekerjaan yang mulia, tapi kalau dah sampai menipu data, mana letaknya maruah dan integriti kita sebagai seorang guru?
23. Bila cikgu2 mengeluh dengan sikap sambil lewa pelajar sekarang, kononnya satu jari tuding orang empat jari tuding diri sendiri.
24. Pusing punya pusing, cikgu jugak yang salah bila anak murid malas dan tak pandai.
25. Orang pernah tahu tak struggle yang cikgu tu hadapi? Orang pernah berhadapan tak dengan murid yang kita sentiasa kena suap dengan jawapan untuk setiap soalan?
26. Benar, peperiksaan bukanlah satu2nya instrumen untuk menilai tahap kognitif murid.
27. Tapi, kita tak boleh nafikan peperiksaan adalah instrumen yang paling berkesan dalam menilai tahap kognitif murid.
28. Nak nilai adab, sahsiah apa semua tu jangan campur adukkan dengan penilaian kognitif.
29. Benar, bukan semua gajah boleh diuji berenang, bukan semua ikan boleh diuji terbang.
30. Tapi, pada aku, sebenarnya semua memang ikan dan boleh berenang cuma mungkin ada yang berenang laju, ada yang berenang perlahan, ada yang power berenang kuak lentang, ada yang berenang kupu-kupu . Semua pun ikan dengan tahap kemahiran yang berbeza.
31. Yang penting, kita kena buat sesuatu dengan keadaan pendidikan kita yang semakin membimbangkan. Kalau perlu U-Turn pada sistem. SAHIH.
Sumber : FB
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!