Penunggang wanita warga Brunei terbabit kemalangan meninggal ketika rawatan d Hospital Bera
BERA : Seorang wanita penunggang motosikal berkuasa tinggi warganegara Brunei Darussalam meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bera selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, di KM 17 Jalan Bera – Mayam, dekat sini dengan sebuah lori pada jam 11.00 pagi, semalam
Ketua Polis Daerah Bera, Supritendan Zulkiflee Nazir berkata, wanita tersebut, Ili Aiman Abd Rahman berusia 38 tahun beralamat Jalan 32 RPN Kampung Rimba Gadong, Negara Brunei Darussalam menyertai kumpulan berkonvoi bersama 25 penunggang lain yang juga warga Brunei
Katanya, siasatan awal mendapati, penunggang wanita yang menunggang motosikal jenis Honda Rebel 500 telah hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dan masuk ke laluan bertentangan.
“Kemudian berlanggar dengan sebuah lori jenis Isuzu yang datang dari arah bertentangan.
“Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah dibawa ke Hospital Bera dan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada jam 12.30 tengah hari, semalam,” katanya.
Katanya, punca kematian disebabkan patah tulang pelvis akibat perlanggaran itu, manakala, pemandu dan penumpang lori tersebut masing-masing berusia 28 tahun mengalami kecederaan ringan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bapa sempat bawa anaknya naik ke tepi gaung sebelum meninggal dalam kemalangan di Raub.
RAUB – Seorang bapa sempat membawa naik anak perempuannya berusia lima tahun dari gaung sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan yang berlaku di berlaku di Jalan Lama Raub – Bentong di jambatan besi pertama ke Pekan Tras dekat sini, pada jam 6.00 petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Raub, Superitendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu oleh lelaki iaitu bapa kepada kanak-kanak itu yang berusia 30 tahun dalam perjalanan dari arah Tranum menuju ke Raub.
“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung.
“Akibat kemalangan tersebut, bapa kepada kanak-kanak itu yang masih sedar telah membawa naik anaknya yang duduk di tempat penduduk penumpang hadapan ketika itu sudah tidak sedarkan diri,” katanya.
Katanya, petugas perubatan dari Hospital Raub tiba di lokasi kejadian dan mengesahkan kanak-kanak itu meninggal di di lokasi kemalangan.
“Siasatan awal di tempat kejadian dapati kemalangan berpunca daripada pemandu itu telah memandu secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH : Instruktor kecergasan, K. Jey Prabakaran Thevar bertekad untuk memecah tiga rekod Malaysia Book of Records (MBOR) dengan melakukan lompat bicu (jumping jack), sambungan kaki (extension leg) dan ulangan mencangkung (squating) paling banyak dalam sehari pada 8 Mac ini.
Atlet berusia 28 tahun kelahiran Lipis itu menyasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 3,000 ulangan bagi setiap kategori dan berharap dapat menamatkan setiap percubaan dalam tempoh lima jam.
Sebelum ini, beliau sudah mempunyai rekod dunia, Asia dan Malaysia di bawah tali pinggangnya untuk sesi senaman kardio tanpa henti paling lama.
“Saya tidak mahu untuk memberhentikan prestasi saya dalam masa terdekat kerana mahu memecahkan rekod MBOR pada 8 Mac dengan melakukan disiplin seperti lompatan bicu, sambungan kaki dan ulangan mencangkung paling banyak dalam sehari.
“Saya sekali lagi mahu melakukan disiplin ketahanan fizikal dan daya tahan mental, tapi kali memberi tumpuan kepada otot kaki saya berbanding rekod sebelum ini untuk senaman kardio tanpa henti di mana saya menggunakan sepenuhnya kekuatan badan dan tangan untuk rutin termasuk sesi senaman angkat berat,” katanya di sini.
Anak bongsu daripada empat beradik itu, Jey Prabakaran menyifatkan cabaran luar biasa beliau untuk mencipta rekod baharu Malaysia dalam tiga kategori kecergasan yang meletihkan sebagai menguji ketahanan, kekuatan dan ketabahannya.
“Persediaan telah bermula pada akhir tahun lalu termasuk melalui diet ketat untuk mengurangkan berat badan saya, sebelum ini hanya berfokus kepada stamina seperti rekod lepas, kali ini ke arah membina kekuatan kaki supaya saya mampu bertahan melalui ketiga-tiga rutin itu.
“Saya telah melatih otot-otot kaki dengan berlari secara condong beberapa jam sehari dan ketika ini, saya menjalani latihan empat jam sehari dan sesi latihan akan ditingkatkan kepada tempo yang lebih tinggi minggu depan,” katanya.
Beliau penerima Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam kerja sosial di Dayspring Theological University di Amerika Syarikat pada 2022 berkata, sejak dia sudah menjalani tiga pembedahan, pasukan bimbingannya telah merangka perancangan rapi untuk memastikan dia bebas daripada kecederaan menjelang Mac depan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Sebahagian pelajar SPM 2025 bergambar kenangan.
PROGRAM Anak Kita: SPM 2025
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kewangan Malaysia yang diselaraskan oleh Yayasan Hasanah bersama USM bagi menjayakan Program Anak Kita: SPM 2025.
Program peringkat negeri Kedah itu diluncurkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahsuri, Langkawi, serta beberapa lokasi lain termasuk Dewan Al-Farabi, Zon B, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah; Bilik Kenangan Blok Ibnu Sina (SSTP) Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan SMK Pinang Tunggal bermula 19 hingga 22 Januari lalu .
Dr Nur Anuar (duduk tengah) bersama pegawai JPNK dan USM serta ibu bapa pelajar yang menerima bantuan tablet.
Ketua Pegawai Pendidikan Yayasan Hasanah, Dr Nur Anuar Abdul Muthalib, menegaskan bahawa Program Anak Kita: SPM 2025 USM merupakan bukti keberkesanan sinergi kerjasama dalam sektor pendidikan.
Menurutnya, yayasan berharap program itu dapat memperkasakan pelajar yang kurang berkemampuan serta membawa impak positif kepada pembangunan pendidikan negara.
“Selain itu, program berkenaan turut memanfaatkan hasil penyelidikan universiti melalui pemindahan ilmu dan inovasi akademik, memastikan pendekatan pembelajaran yang lebih efektif serta menyesuaikan keperluan pelajar secara individu.
“Program itu tidak hanya memberi impak kepada pelajar, tetapi juga mengukuhkan penglibatan komuniti melalui kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat serta membuka ruang kepada pelajar daripada pelbagai latar belakang mencabar untuk memperoleh pendidikan yang inklusif dan berkualiti,” katanya.
Katanya, semua pihak berharap inisiatif itu akan membantu mencorak masa depan pelajar dengan lebih cerah, sekali gus melahirkan generasi pewaris negara yang berilmu dan berakhlak mulia.
Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Pengarah Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK), Malek Abu Hassan; Felo Penyelidik (Perunding), Syed Yusof Syed Kechik; Ketua Projek USM, Dr Leelany Ayob; serta Ketua Jualan Perusahaan Wilayah, CelcomDigi Berhad, Lau Choon Wei.
Dr Nur Anuar berkata, program berkenaan bertujuan menyediakan intervensi sokongan pembelajaran bagi pelajar yang memerlukan, menangani isu keciciran, meningkatkan pencapaian akademik serta memperkukuh kadar kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Sebagai sebahagian daripada program nasional Program Anak Kita, yang membabitkan 83,752 pelajar dari 3,458 sekolah di seluruh negara, USM diberi mandat untuk melaksanakan Tuisyen SPM 2025 yang merangkumi 10 negeri termasuk Wilayah Persekutuan, membabitkan 10,000 pelajar dari 410 sekolah.
“Di Kedah sahaja, program itu memberi manfaat kepada 1,200 pelajar dari 29 sekolah dengan pelaksanaan selama 15 bulan bermula Mac 2025 hingga Ogos 2026,” katanya.
Beliau berkata, sebagai langkah pemerkasaan pembelajaran digital, setiap pelajar dalam program itu diberikan tablet pendidikan yang dilengkapi dengan pelan data percuma selama 13 bulan bagi menyokong pembelajaran dalam talian serta akses kepada sumber pendidikan digital.
“Usaha itu dilaksanakan dengan kerjasama CelcomDigi Berhad, yang menyediakan akses internet tanpa had bagi memastikan pelajar dapat mengikuti pembelajaran tanpa halangan,” katanya.
Sementara itu, Felo Penyelidik (Perunding), Malek Abu Hassan ketika berucap pada majlis berkenaan, menekankan kepentingan penggunaan teknologi secara bijak dan bertanggungjawab selain memanfaatkan tablet pendidikan yang diberikan untuk pembelajaran dan tidak menyalahgunakannya untuk perkara tidak berfaedah.
“Gunakan kemudahan ini untuk meningkatkan prestasi akademik dan membina masa depan yang lebih cerah. Jangan sia-siakan peluang diberikan.
“USM sebagai pelaksana program komited dalam memperkasakan pelajar melalui pendekatan holistik dan intervensi berstruktur. Program ini bukan sahaja menumpukan kepada peningkatan prestasi akademik tetapi juga pembangunan diri dan persediaan pelajar menghadapi kehidupan selepas sekolah,” katanya. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Seorang pemilik kedai makan nasi lemak yang terletak di Jalan Inderapura 17, Bandar Inderapura dekat sini terselamat daripada dirempuh sebuah kereta Myvi pada jam 9.30 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Zukri Muhammad berkata, pemilik itu hanya mengalami kesakitan di bahagian bahu dan mendapatkan rawatan di Hospital Jerantut.
Katanya, sebelum itu pemandu kereta Myvi itu turut merempuh sebuah kereta Perodua Viva milik pengusaha kedai makan itu yang sedang diletakkan di hadapan kedai makan tersebut.
“Dalam kejadian itu, pemandu Perodua Myvi wanita berusia 22 tahun mengalami penyakit sawan telah merempuh sebuah Perodua Viva dan terus terdorong masuk ke dalam kedai itu.
“Pemandu wanita itu mengalami kecederaan ringan dan pengsan di tempat kejadian telah dibawa ke Hospital Jerantut untuk menjalani pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan,” katanya.
Sementara itu, pemilik kedai itu, Wan Azmi Wan Ibrahim (42) difahamkan sedang berada di dalam kedai untuk berkemas dan bersiap sedia untuk menutup kedainya dan ketika itu tiada pelanggan.
Katanya, semasa kejadian rempuhan itu berlaku dia mendengar dentuman kuat dan terkejut kereta miliknya ditempuh kereta Myvi sebelum terperosok ke dalam kedainya dan dia mengalami kesakitan di bahagian bahu dan mendapatkan rawatan di Hospital Jerantut.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA : Mayat seorang lelaki penduduk Orang Asli yang dipercayai lemas telah ditemui oleh pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin Temerloh di Pengkalan Putat di Tasik Bera, Kemayan dekat sini.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, anggota PPDA telah menemukan mayat mangsa, Sabri A/L Juaram berusia 49 tahun pada jam 10.05 pagi hari ini dalam jarak tiga kilometer dari tempat kejadian di Pengkalan Putat yang berlaku pada jam 6.30 petang semalam.
“Seramai lima orang anggota polis dan dua anggota bomba dengan menggunakan bot tiba di lokasi mayat ditemui pada jam 11 pagi dan kemudiannya membawa mangsa ke Pengkalan Kampung Putat untuk dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera pada jam 11.45 pagi ini,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera di sini hari ini.
Menurut Zulkiflee, mangsa merupakan penduduk Orang Asli bekerja sebaga penoreh getah bersama isterinya dan seorang anak ketika kejadian menaiki bot dalam perjalanan dari Pengkalan Kampung Putat ke Pengkalan Kampung Benal pada jam 6.30 petang semalam.
“Menerusi aduan isteri mangsa, Maziah A/P Ne, 42, tiba-tiba suaminya telah terjatuh daripada bot ke dalam Tasik Bera. dan dia bersama anak cuba mencari mangsa namun gagal ditemui. Isteri mangsa telah datang ke Balai Polis Kemayan untuk membuat laporan polis pada pukul 12.35 pagi,” katanya.
Zulkiflee berkata, dengan penemuan mayat Orang Asli itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah ditamatkan pada pukul 12.30 tengah hari ini.
Katanya, operasi tersebut membabitkan seramai lapan anggota Polis Di Raja Malaysia, Bomba dan Penyelamat (9 anggota), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (6 anggota) dan penduduk setempat (8 orang) serta dibantu lapan buah bot agensi tersebut termasuk milik penduduk.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Siti Nabilah Suhaimi menunjukkan surat rujukan hospital.
Pembantu klinik swasta alami jantung bengkak, berlubang perlu bantuan kos perubatan
TEMERLOH : Seorang klinik swasta mengalami masalah jantung yang bengkak serta turut disahkan mengalami jantung berlubang sejak 2022.
Pembantu klinik di bandar ini, Siti Nabilah Suhaimi,34, berkata, mengakui segalanya bermula selepas disahkan positif Covid-19 pada 16 Mac 2022.
“Ketika itu saya sedang sarat mengandung dan terpaksa melakukan pembedahan bersalin pada hari berikutnya selepas disahkan positif.
‘Pemeriksaan X-ray bagi melihat keadaan paru-paru, saya terkejut disahkan pula mengalami jantung bengkak dan dua bulan kemudiannya, saya turut disahkan mengalami jantung berlubang,” katanya di sini, hari ini.
Ibu kepada empat anak itu berkata, keadaan kesihatannya mula terjejas selepas disahkan berdepan penyakit tersebut, malah sering sakit dan pening kepala melampau selain mengalami tekanan darah rendah yang tidak normal.
“Saya juga selalu pitam dan tidak boleh melakukan kerja berterusan dan ini banyak menjejaskan kehidupan seharian.
“Saya terkejut apabila doktor menyatakan jantung sudah berlubang sebesar dua sentimeter, memang sedih tetapi saya perlu teruskan hidup dan sabar berdepan ujian,” katanya.
Katanya, pihak doktor memaklumkan pembedahan perlu dilakukan jika kesihatan terus terjejas namun mengakui perlu berdepan risiko ekoran faktor usia.
“Saya hairan, macam mana jantung bengkak dan berlubang berlku sedangkan saya tidak mengalaminya sejak lahir.
“Memikirkan kos besar dianggarkan lebih RM65,000 hingga RM100,000 yang perlu dihadapi untuk melakukan pembedahan tersebut dan perlu membayar separuh daripada kos ini.
Katanya, pada masa ini dia hanya bergantung kepada pendapatan sebagai pembantu klinik swasta, selain suaminya hanya bekerja sendiri bagi menampung perbelanjaan sekeluarga termasuk persekolahan tiga anaknya.
“Orang ramai yang ingin membantu mengurangkan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank (156020527606) atas nama Siti Nabilah Suhaimi.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Sebahagian 30 bakul makanan yang akan diserahkan kepada penduduk yang memerlukan bantuan menerusi Pusat Khidmat Masyarakat.
Pusat Khidmat Masyarakat Kampung Salak untuk NGO hulur bantuan.
Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Kampung Salak, Trong di Taiping menjadi perhatian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menghulurkan sumbangan pelbagai barangan keperluan asas.
Barangan yang terkumpul di pusat itu diagihkan kepada penduduk miskin, asnaf, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik demi untuk kebahagiaan serta kesejahteraan hidup dalam satu komuniti selepas dibuka beberapa tahun lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Trong, Muhammad Faisal Abdul Rahman, berkata atas inisiatif bersama penduduk kampung, pusat berkenaan diwujudkan untuk berfungsi menyantuni penduduk yang memerlukan bantuan khusus makanan harian bagi dinikmati bersama keluarga.
Muhammad Faisal (dua dari kiri), Penasihat KESUMA’24 , Azman Rasman (tiga dari kiri) dan penduduk kampung mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang serta penginfak bakul makanan untuk Pusat Khidmat Masyarakat.
“Tiada peraturan atau syarat ditetapkan kepada penduduk yang menghadapi masalah atau kesempitan hidup, mereka boleh datang ke pusat berkenaan dengan berjumpa petugas untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan asas amat mereka perlukan.
“Barangan yang disumbang oleh NGO-NGO ke pusat itu adalah satu amanah untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan bantuan terutama apabila tidak dapat keluar bekerja kerana sakit atau keadaan cuaca buruk seperti hujan dan dilanda banjir,” katanya.
Muhammad Faisal berkata, pusat berkenaan juga menjadi tempat untuk menyantuni warga emas uzur, gelandangan, mualaf dan sebagainya yang tersisih daripada keluarga untuk dirujuk kepada hospital bagi mendapatkan rawatan atau pusat jagaan warga emas untuk berlindung.
Sementara itu, seorang penduduk yang menerima bantuan bakul makanan berkenaan, Hashim Mat Ayaa, berkata dalam keadaan yang semakin uzur memang sukar untuk dia keluar bekerja setiap hari dan amat berharap mendapat sumbangan daripada NGO.
Menurutnya, dia yang bekerja kampung dengan berkebun sudah lama terpaksa menjual hasil tanaman seperti rambutan kepada peraih atau pembeli yang datang sendiri mengambil buah itu terus daripada pokok untuk dipasarkan.
“Hendak mengharapkan orang muda mereka semua sudah berhijrah keluar ke bandar besar termasuk Kuala Lumpur untuk berkerja kilang dan sebagainya, yang tinggal hanya ibu bapa lanjut usia dan menghidap macam-macam penyakit,” ujarnya.
Setiausaha KESUMA’24, Rozita Yaakob, pula berkata NGO itu akan terus menabur bakti kepada mereka yang memerlukan bantuan terutama untuk menyara keluarga kerana ditimpa pelbagai musibah seperti uzur, hilang tempat bergantung, menganggur selepas dibuang kerja dan sebagainya.
“Kami akan menguar-uarkan sesuatu projek atau program amal kebajikan melalui media sosial di samping memaklumkan kepada individu prihatin, dermawan dan syarikat korporat untuk menginfak bagi membantu menjayakannya,” ujar beliau.
Kepada mereka yang ingin bersama KESUMA’24 membantu mereka yang ditimpa musibah bencana alam seperti banjir atau meringankan bebanan operasi pusat jagaan warga emas, anak yatim, asnaf, keluarga miskin dan pusat pengajian agama boleh menyumbang terus ke akauan KESUMA’24 bernombor 100 7621 0000 12282 (Kelab Sukarelawan Mahmudah) Agro Bank, Semenyih, Selangor.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi nombor telefon Rozita (013-447 3585) dan Aizam Ambak (016-276 6584). -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Belajar membuat masakan seperti kuih-muih pelbagai bangsa turut dipraktikkan dalam aktiviti anjuran PWB DUN N24 Semenyih.
PWB DUN Semenyih aktifkan komuniti.
MENYAHUT usaha Kerajaan Madani untuk memperkasa rakyat, Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN N24 Semenyih, akan terus aktif mengadakan pelbagai aktiviti bersama-sama komuniti di kawasan DUN berkenaan terutama bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga melalui wanita pada 2025.
Ia juga selaras objektif strategik PWB yang berperanan sebagai medan bagi memberdayakan serta menggalakkan wanita untuk bergiat aktif selain melaksanakan aktiviti yang boleh menjana pendapatan komuniti terbabit dengan memberi ilmu bermanfaat seperti kelas jahitan, masakan, kraf tangan dan sebagainya.
Penyelia PWB DUN N24 Semenyih, Normala Abd Malik, berkata usaha itu akan dipraktikkan dengan sebaik mungkin supaya objektif PWB untuk memantapkan aspek kepimpinan wanita disamping menggalakkan pembabitan dalam sosioekonomi dan politik tercapai.
Menurutnya, langkah itu juga diharapkan dapat membina jati diri wanita yang dinamik, memupuk sifat kerjasama untuk kerja berpasukan supaya setiap usaha atau aktiviti yang diceburi berjaya memberi manfaat diri dan keluarga supaya hidup lebih sempurna.
Kaum wanita turut didedahkan dengan masakan yang boleh menjana pendapatan keluarga.
Tambahnya, selepas dilantik untuk mengemudi PWB dia bersama ahli jawatankuasa berjaya melaksanakan aktiviti seperti kelas kraf tangan, jahitan dan masakan di 14 lokasi dalam kawasan DUN itu di samping mengadakan ‘team building’ serta melawat industri kecil dan sederhana (IKS) sekitar Selangor bermula Julai sehingga November 2024.
Jelasnya, kelas yang diadakan itu akan diseliakan antara dua dan empat ahli jawatankuasa PWB bagi membantu melancarkan aktiviti berkenaan yang membabitkan kaum wanita sekitar DUN Semenyih tanpa mengira fahaman politik selain ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Setiap kali kelas atau aktiviti membabitkan komuniti diadakan akan mendapat sambutan memberangsangkan antara 30 dan 40 peserta bagi satu tempat khusus dalam kalangan kaum wanita untuk menimba ilmu serta pengetahuan secara percuma yang membuka peluang menjana pendapatan.
“Keberkesanan setiap aktiviti atau kelas diadakan itu menyebabkan ramai kaum wanita terbabit meminta ia diadakan lagi atau memperbanyak kelas yang boleh menjana pendapatan termasuk dalam kalangan generasi muda di komuniti terbabit,” ujarnya.
Normala berkata, paling penting usaha yang dilaksanakan oleh PWB itu bukan sesuatu yang sia-sia malah sudah diatur dengan begitu baik selain mendapat sokongan daripada Penyelaras DUN Semenyih, Datuk Wira Johan Abd Aziz di samping memberi keyakinan bahawa Kerajaan Madani akan mengadakan lebih banyak program sebegini untuk membimbing kaum wanita.
Menurutnya, untuk tahun 2025 dia bersama-sama ahli jawatankuasa akan mempertingkat lagi usaha mengadakan lebih banyak kelas bagi membimbing kaum wanita sebagaimana memenuhi saranan mereka di samping akan turun padang memantau program dilaksanakan itu setiap masa selain berkongsi maklumat terkini mengenai Kerajaan Madani.
“Saya berharap lebih ramai lagi kaum wanita terutama yang baru mengetahui mengenai peranan PWB untuk turun ke lokasi bagi mengambil bahagian dalam kelas menjana pendapatan diadakan kerana ia akan banyak membantu menjana pendapatan keluarga di samping mengisi terluang dengan aktiviti bermanfaat,” jelas beliau lagi.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Taman Sri Tanjung, Semenyih, Aizam Ambak, berkata aktiviti yang dianjurkan oleh PWB DUN N24 Semenyih itu memang bermanfaat dan memberi banyak faedah kepada komuniti terutama mereka dalam kalangan B40 untuk menjana pendapatan.
Jelasnya, seperti kelas jahitan atau kraf tangan kalau mengikuti program yang dianjurkan pihak tertentu mungkin tidak mampu apabila dikenakan yuran, tetapi di bawah kelolaan PWB Kerajaan Madani diadakan secara percuma setiap minggu sehingga seseorang itu mahir melakukan sendiri.
Tambahnya, melalui sesuatu aktiviti itu juga hubungan komuniti dengan semangat perpaduan berjaya dipupuk apabila disertai kaum wanita pelbagai bangsa malah menyeronokkan seperti dalam kelas masakan mereka akan belajar memasak makanan atau kuih muih orang Melayu, Cina dan India.
“Aktiviti PWB ini juga membuka peluang kepada NGO, agensi kerajaan atau swasta mengadakan program bersama seperti berkaitan meningkatkan taraf kesihatan, menabung, menceburi bidang perniagaan yang boleh menjana pendapatan dan sebagainya,” katanya. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Alias (berdiri di tengah, belakang) merakam kenangan bersama-sama pelajar cemerlang Kafa Integrasi Al-Waani, BTHO, Cheras, Selangor.
Ilmu agama amat perlu diterapkan
PENERAPAN Penerapan ilmu agama berlandaskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sejak kecil kepada anak amat perlu kerana dunia sekarang semakin tenat dengan fahaman liberal terhadap Islam oleh memastikan mereka menjadi sebahagian warna kegembiraan negara pada masa hadapan dan bukanlah secalit warna kehancuran atas kealpaan serta kelekaan.
Pengerusi Ahli Lembaga Pengurusan Sekolah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Integrasi Al-Waani, Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Cheras, Selangor, Alias Ahmad, berharap ibu bapa dan penjaga supaya terus dapat bersama-sama berganding bahu meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak mereka.
Katanya, sihat yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan juga kesihatan minda kerana kedua-dua bentuk kesihatan itu amat penting untuk dijaga dan dipelihara supaya harapan dan impian ibu bapa dapat direalisasikan sekali gus merealisasikan juga harapan dan impian yang termaktub di dalam falsafah pendidikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.
“Apabila berbicara berkenaan kejayaan, sememangnya kita amat bersyukur serta berbangga menjadi sebahagian dari warga Al-Waani kerana diberi keizinan Allah swt untuk berada dalam kelompok suasana persekolahan yang amat konsisten bagi mencipta dan mengekalkan kejayaan pelajar.
“Kejayaan ini dibuktikan dengan kecemerlangan yang direkodkan saban tahun melalui peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) apabila sentiasa konsisten berada pada tahap peratusan cemerlang iaitu melebihi 90% dalam keputusan PSRA bagi tahun 2024 yang diumumkan beberapa hari lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ihtifal dan Khatam Al-Quran Kafa Integrasi Al-Waani bagi tahun 2024 di Dewan Masjid BTHO, baru-baru ini.
Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menzahirkan kejayaan itu sebagaimana dimaklumkan Kafa Integrasi Al-Waani sekali lagi berjaya mengekalkan peratusan cemerlang iaitu 97.4 peratus.
“Saya menzahirkan jutaan syabas dan tahniah kepada pelajar yang berjaya peroleh keputusan cemerlang di dalam peperiksaan PSRA dan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) kerana ia menyerlahkan kepuasan maksimum di dalam diri pelajar selepas bertungkus-lumus serta bekerja keras untuk meraih kejayaan.
“Bagi pelajar yang peroleh keputusan kurang memberangsangkan, janganlah berasa kecewa dan berputus asa kerana perperiksaan itu merupakan peringkat awalan sahaja masih belum terlambat untuk memperbaiki kelemahan, “ katanya.
Katanya, banyak lagi peringkat-peringkat yang perlu dilalui yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki kelemahan diri dengan memberi mendoakan supaya pelajar sekalian berjaya memperoleh kejayaan bukan sahaja di dunia, malah di akhirat jua. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!