KESUMA tingkat kebolehpasaran graduan dalam industri 4.0
LIPIS : Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) mengatur langkah meningkatkan kebolehan pasaran graduan dalam sektor teknologi industri 4.0 yang semakin kompetetif.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, Kesuma komited dengan pelbagai kemahiran di bawah kementerian itu untuk keboleh pasaran graduan dan pekerja selaras kehendak industri semasa.
“Ini bagi menangani guna tenaga kerja tidak penuh graduan baharu dan pekerja tempatan dengan menyediakan pelbagai latihan.
“Antara program yang diadakan seperti latihan sistem insuran pekerjaan Perkeso , skim Latihan bakal pekerja yang lebih memfokus kepada industri 4.0,” katanya di sini, hari ini.
Sementara itu katanya, setakat ini Perkeso mencatatkan 575,044 pencari kerja aktif direkodkan sejak Januari hingga 27 September 2024, berbanding 125,956 kekosongan jawatan yang diiklankan melalui portal Myfuturejob.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
394 kertas siasat, 628 ditangkap dalam Operasi Bersepadu Khazanah
JERANTUT : Sepanjang lima tahun Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) mulai tahun 2019 – 2023, sebanyak 394 kertas siasatan telah dibuka melibatkan 628 tangkapan jenayah yang terdiri 470 warga tempatan dan 158 orang warga asing.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupkan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata sebanyak 2,128 jerat hidupan liar telah berjaya dimusnahkan dengan jumlah keseluruhan nilai sitaan adalah sebanyak RM 256.3 juta.
“Selain itu dalam OBK itu telah berjaya menahan tiga orang lelaki warganegara Myanmar, seorang lelaki warganegara Thailand dan dua orang lelaki warganegara Malaysia.
“Dalam operasi itu turut merampas bersama jentera dan peralatan melombong dan hasil rampasan dalam operasi ini dianggarkan bernilai RM700,000,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Mesyuarat Operasi Bersatu Khazanah (OBK) di Kuala Tahan, semalam.
Katanya, OBK turut diperluaskan bukan sahaja bertumpu kepada aktiviti membanteras jenayah hidupan liar dan alam sekitar, turut melindungi semua elemen-elemen khazanah negara termasuk unsur nadir bumi (REE) dan galian,” katanya hari ini.
“Operasi ini juga turut membanteras dan menangani isu pencerobohan, pembalakan haram, mencuri hasil hutan negara serta pemburuan hidupan liar dan lain-lain kesalahan jenayah di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] serta lain-lain perundangan bertulis.
“OBK turut melibatkan kerjasama antara Jabatan PERHILITAN, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ).
Katanya, turut serta dalam OBK, Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP), lain-lain agensi berkaitan serta turut melibatkan kerjasama NGO berkaitan seperti Wildlife Conservation Society Malaysia (WCS). Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia (Pelindung). Malaysian Conservation Alliance for Tiger (MyCat), Panthera dan World Wide Fund for Nature (WWF).
“Kejayaan yang diperolehi dalam OBK ini adalah hasil kerjasama erat pelbagai agensi yang terlibat bersama menangani penjagaan hasil bumi negara yang bernilai tinggi agar tidak dirobek oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.
“Jabatan PERHILITAN mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan menyeru semua pihak berganding bahu memperhebatkan usaha dalam membanteras jenayah hidupan liar,” katanya.
Katanya, sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan. kepada Jabatan PERHILITAN melalui talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : FazsFaozi (berdiri di tengah empat dari kiri) bersama warga emas (duduk) yang telah disolek.
Jangan biarkan wajah usia emas ditepek bedak sejuk
Di usia warga emas tidak seharusnya dibiarkan dengan tepekkan bedak sejuk yang diperbuat daripada beras sebagai bedak muka semata-mata dan tidak salah wajah perlukan juga sentuhan solekan kosmetik moden terkini.
Bukan bertujuan untuk melawa bagi menarik perhatian orang, tetapi warga emas itu sekadar mengisi kesunyian hati apabila terperap sepanjang masa di pusat jagaan selepas saban hari memendam rasa kerana tersisih daripada ahli keluarga, waris dan hidup sebatang kara.
Syarikat Fazsfaozibeaute menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sentuhan Kasih di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Kampung Sungai Purun, Semenyih, Selangor, apabila membuat kelainan iaitu menyerikan wajah warga emas perempuan dengan solekan kosmetik terkini baru-baru ini.
Mohiadin Bahado (dua dari kiri), Muhammad Syafiq dan Sazali Mohiden menerima sumbangan dari Syarikat Fazsfaozibeaute.
Menggunakan produk keluaran syarikat itu, beberapa warga emas diberi pilihan untuk memilih bentuk solekan idaman mereka selama ini yang akan disempurnakan sendiri oleh pengasas dan juga pengarah syarikat berkenaan, Fazlina Mohd Faozi atau FazsFaozi.
Berucap pada program berkenaan, Fazsfaozi, berkata program itu yang diadakan sempena Hari Warga Emas Kebangsaan merupakan layanan Istimewa syarikat kepada warga emas perempuan di PJMM antara usaha memenuhi impian mereka di samping memberi sokongan emosi serta inspirasi untuk berasa disayangi.
Menurutnya, program itu juga diharapkan dapat membantu meningkatkan keyakinan diri serta menyuntik motivasi dalam kalangan warga emas untuk ceria dan menerima hakikat hidup apabila dapat beramah mesra bertukar-tukar cerita pengalaman hidup dilalui.
Tambahnya, selepas lima tahun beroperasi syarikat ingin berkongsi rezeki keuntungan dengan warga emas di PJMM supaya dapat menyantuni dan menggembirakan hati mereka supaya tidak berasa tertekan walaupun bertahun-tahun menjadi penghuni di pusat jagaan.
“Dalam program ini solek ubah suai atau ‘makeover’ merupakan acara menjadi tumpuan kerana ramai warga emas perempuan yang mahukan wajah mereka disolekkan seperti gadis remaja sekarang dan melupakan seketika menggunakan bedak sejuk.
“Sumbangan barangan keperluan asas dan wang menjadi pencetus kepada syarikat untuk berbincang semula bagi mengadakan peruntukan khas supaya dapat disalurkan setiap bulan kepada tabung infak PJMM sebagai membantu meringankan kos operasi mereka,” ujarnya yang merupakan juruselok profesional.
Turut hadir pada program itu, Pengerusi PJMM, Azman Rasman; setiausahanya, Muhammad Syafiq Mohiadin; penasihat serta pengurus PJMM, Mohiadin Bahado dan Sazali Mohiden.
Turut memeriahkan acara beramah mesra dengan warga emas dalam program itu barisan lembaga pengarah syarikat berkenaan termasuklah Mohd Faozi Mukhlas dan Pengurus Penjenamaan dan Komunikasi Korporat, Suffiah Hakikin Mohd Faozi.
Sementara itu, Suffiah Hakikin berkata, program CSR itu merupakan kali pertama diadakan dengan membabitkan warga emas di pusat jagaan sebagai tanda kesyukuran apabila syarikat semakin berkembang dalam perniagaan barangan kosmetik bebas daripada bahan kimia terlarang.
Jelasnya, selain dapat menggembirakan hati warga emas itu yang mungkin terlalu rindu kepada ahli keluarga selepas tersisih sehingga terdampar di pusat jagaan sebagai jalan terakhir untuk berlindung, pihak syarikat amat menagihkan doa mereka untuk kejayaan pada masa depan.
“Walaupun pertemuan kami itu hanya beberapa jam sahaja dan berakhir dengan jamuan makan tengah hari, namun ia meninggalkan rasa yang amat terharu apabila dapat menyantuni warga emas ini sebagai seorang ibu atau bapa tersayang.
“Kehadiran kami diharapkan memberi semangat baharu serta keyakinan diri kepada warga emas ini terutama untuk bersabar meneruskan kehidupan walaupun uzur kerana menghidap pelbagai penyakit berikutan usia yang sudah lanjut,” katanya lagi. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Liu (empat dari kiri) ketika menerima anugerah Sepuluh Belia Ulung Malaysia (TOYM) kategori pencapaian kebudayaan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, baru-baru ini.
Alumni UPSI terima anugerah 10 terbaik kategori pencapaian kebudayaan
ALUMNI Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, Ts Liu Cheng Hua, 39, mendapat pengiktirafan sebagai penerima anugerah Sepuluh Belia Ulung Malaysia atau Ten Outstanding Young Malaysians (TOYM) dalam kategori pencapaian kebudayaan.
TOYM berasal daripada program Sepuluh Belia Ulung Dunia atau Ten Outstanding Young Persons of the World (TOYP) yang dijalankan oleh Junior Chamber International (JCI) dan dibangunkan oleh Durwood Howes (Presiden Jaycees, Amerika Syarikat) pada tahun 1930 dan diadopsi oleh JCI pada tahun 1982.
Liu yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Seni Halus dan Pensyarah Kanan di Institut Seni Lukis Malaysia (MIA), berjaya membuktikan dirinya sebagai seorang pendidik dan seniman yang berkaliber tinggi, memberikan sumbangan yang luar biasa dalam dunia seni visual.
Liu berkata, sebagai seorang seniman, beliau mencapai kejayaan yang mengagumkan dengan pameran karyanya di pelbagai negara termasuk Perancis, Monaco, United Kingdom, Singapura, Indonesia, Filipina, Jepun, Bulgaria, Mauritius, Hong Kong dan China.
Katanya, pameran yang dilakukannya bukan sahaja menunjukkan bakat kreatif, tetapi juga mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam peta seni antarabangsa.
Karya Liu yang dipamerkan menonjolkan pelbagai tema dan teknik, menggambarkan kedalaman pemikiran serta kepekaan terhadap isu-isu sosial dan budaya.
Karya beliau turut menjadi koleksi tetap di institusi seni yang berprestij seperti Balai Seni Negara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong dan Macao serta Galeri Seni Johor.
Pengiktirafan berkenaan mencerminkan nilai seni Liu yang tidak hanya disukai masyarakat tempatan tetapi juga diiktiraf oleh peminat seni pada peringkat global.
Karya Liu sering menggabungkan elemen tradisional dan moden, memberikan satu dimensi baharu kepada seni Malaysia dan menjadikannya relevan dalam konteks semasa.
Selepas mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni Visual pada 2009, Liu seterusnya melanjutkan pengajian peringkat sarjana hingga tamat pada 2013.
Pada November 2023, beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Alumni Seni UPSI.
Naib Canselor , Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff melahirkan rasa bangga atas pencapaian alumni UPSI itu, UPSI melahirkan ramai graduan dan alumni yang mengukir kejayaan luar biasa selepas bergraduat sekali gus menggambarkan kejayaan pensyarah dalam melahirkan mahasiswa berketrampilan.
“Pencapaian yang diraih oleh Liu seharusnya menjadi inspirasi kepada mahasiswa seni visual yang sedang mengikuti pengajian mereka,” katanya. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mangsa terlibat dan ditempatkan di PPS terus meningkat di Temerloh
TEMERLOH : Laporan terkini kejadian banjir di Negeri Pahang menerusi laman sesawang Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencatatkan bilangan mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semakin meningkat pada 12.00 tengah hari di daerah itu.
Menurut laporan itu sebanyak 1,481 orang mangsa telah meningkat kepada 1,552 orang dan satu PPS dibuka menjadikan sembilan telah dibuka.
“Manakala, sebanyak 440 keluarga turut meningkat kepada 471 keluarga dicatatkan pada laporan pada jam 12.00 tengah hari,” lapornya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KEMPEN Jom Sihat Sepanjang Hayat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antara lain adalah usaha meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup tidak sihat.
Kempen berkenaan penduduk di komuniti terbabit berpeluang membuat saringan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan tidak menghidap penyakit berbahaya di samping itu untuk menggalakkan mereka mengamalkan amalan dan cara hidup mempromosi kesihatan.
Sehubungan itu, Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dewan Undangan Negeri (DUN) N24 Semenyih dan Klinik Kesihatan Semenyih menganjurkan program ‘Jom Sihat Sepanjang Hayat’ Senamrobik dan Pemeriksaan Kesihatan di Dewan Komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Taman Sri Tanjung, Semenyih, baru-baru ini.
Program dianjurkan bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatanj Semenyih itu mendapat kerjasama Komuniti Madani Semenyih Sentosa, KRT Pekan Semenyih dan KRT Taman Sri Tanjung, Semenyih.
Pengerusi KRT Taman Sri Tanjung, Semenyih yang ditemui, Karim Rabu, berkata program julung kali itu diadakan untuk menarik perhatian serta tumpuan lebih 200 penduduk di taman berkenaan dan sekitarnya apabila datang awal pagi untuk melakukan saringan kesihatan.
Menurutnya, ini secara tidak langsung menunjukkan penduduk makin sedar akan kepentingan melakukan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka benar-benar sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya.
Tambahnya, bagi gerakan KRT sentiasa mengambil berat kehidupan serta kesejahteraan penduduk dan memberi galakan untuk mereka mengambil inisiatif melakukan pemeriksaan kesihatan apatah lagi apabila ia diadakan secara percuma berbanding bayaran yang dikenakan sesetengah hospital atau klinik swasta.
“Di samping pemeriksaan kesihatan penduduk diberikan penerangan atau kaunseling ringkas mengenai langkah menjaga kesihatan, pemilihan makanan sihat, cara pemakanan ubat yang betul dan sebagainya untuk mengelak melakukan kesilapan,” ujarnya.
Katanya, selain itu turut diadakan pemeriksaan untuk wanita iaitu pap smear/HPV, klinikal payu dara, pemeriksaan kanak-kanak, teknik urutan, mengawal stres, ceramah kesihatan, kuiz dan pameran berkaitan kesihatan.
Program yang turut mendapat kerjasama serta sokongan Jawatankuasa Kejiranan KRT taman berkenaan turut mengadakan pertandingan gubahan bunga, membuat pulut hiasan dan mewarna membabitkan kanak-kanak berusia antara empat tahun dan lima tahun. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
195 orang dipindahkan ke lima PPS akibat banjir di Temerloh
TEMERLOH : Seramai 195 orang mangsa daripada 54 buah keluarga di kawasan Lanchang dan Mentakab telah dipindahkan ke lima buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dilaporkan dibuka pada jam 11.15 pagi hari ini.
Kenyataan Portal Info Bencana Jabatan Kebjikan Masyarakat (JKM)melaporkan PPS yang dibuka semalam di kawasan Lanchang, iaitu di dewan SMK Seri Semantan seramai 110 mangsa daripada 32 keluarga, PPS SK Lanchang 36 mangsa (12 keluarga), PPS Balai Raya Mempateh seramai 30 orang mangsa (6 keluarga).
Turut dilaporkan, dua lagi PPS yang dibuka pada hari ini di kawasan Mentakab, iaitu Masjid Kampung Bongsu menempatkan seramai 19 orang mangsa (empat keluarga) dan SK Desa Bakti (jumlah mangsa belum diperolehi).
Portal tersebut turut melaporkan, mangsa yang dipindahkan ke lima buah PPS iaitu seramai 78 orang lelaki, wanita 53 orang, kanak-kanak lelaki (26 orang), kanak-kanak perempuan (33 orang), manakala bayi lelaki (2 orang) dan bayi perempuan tiga orang.
Sementara itu, laman sesawang info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab, Temerloh mencatat paras kenaikan 35.42 meter, berbanding sebelum ini 33.5 meter.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Ahmad (tiga kanan) mendengar taklimat daripada Pengarah JKR Negeri Perak, Zamri Mat Kasim (dua kanan) ketika hadir Lawatan Projek Pembaikan Cerun dan Membaik Pulih Jalan di Laluan FT185 Seksyen 44.1, Jalan Simpang Pulai hari ini. – Gambar Bernama
Pembaikan cerun dan membaik pulih jalan di Cameron Highlands telan belanja RM122 juta
CAMERON HIGHLANDS : Projek Pembaikan Cerun dan membaik pulih jalan persekutuan FT185 Seksyen 44.1 Jalan Simpang Pulai – Blue Valley Daerah Kinta, Perak akan dijalnkan dengan menelan belanja sebanyak RM 122 juta.
Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, laluan itu yang kerap digunakan pengguna jalan raya untuk berulang alik ke Cameron Highlands perlu diselenggarakan.
“Di kawasan Blue Valley ini telah dikenalpasti awal sebagai lokasi berisiko di sepanjang Jalan Persekutuan dalam dokumen Pemetaan Bahaya dan Risiko Cerun.
“Sebagaimana diketahui, satu kejadian runtuhan tanah cerun berlaku di jalan ini di Seksyen 44.1 dan anggaran kedalaman runtuhan setinggi 250 meter dan sepanjang 600 meter,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Pelancaran Garis Panduan Pemetaan bahaya dan risiko cerun di sini, hari ini
Katanya, secara ringkasnya, skop kerja yang terlibat bagi projek ini adalah kerja ukur tanah, siasatan tanah, kerja-kerja pengukuhan cerun menggunakan ‘contiguous bored pile wall with anchor dan rockfill’.
“Selain itu, kerja-kerja sistem perparitan, kerja-kerja pencegahan dan amaran awal tanah runtuh.
“Kerja pembaikan cerun telah dimulakan pada 1 Julai 2022 dan dijangka siap pada Disember 2025. Sehingga 25 September 2024 kemajuan kerja fizikal di tapak telah mencapai 33.31 peratus,” katanya.
Katanya, komitmen Kerajaan Perpaduan dalam meningkatkan kualiti infrastruktur jalan raya yang selamat lagi selesa terutamanya di lokasi yang terancam bencana seperti kegagalan cerun.
“Ini selari dengan hasrat Program MYJalan yang diwujudkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).
“Kementerian berharap pasukan pembinaan dapat mengekalkan momentum penyiapan projek ini dengan menepati mutu yang ditetapkan dari segi kualiti, kos dan masa,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penduduk Kuala Tahan akan alami gangguan bekalan air sementara
JERANTUT – Penduduk kawasan Kuala Tahan akan mengalami gangguan air sementara ketika melakukan kerja pengalihan injap paip.
Pengalihan itu perlu dilakukan kerana injap pili bomba berada di atas paip utama menyebabkan gangguan air sering belku kepaada masyarakat setempat.
Tangki sudah sedia untuk membekalkan air kepada masyarakat setempat
Jawatankuasa Penyelaras Komuniti Bandar Kampung Kuala Tahan telah ke lokasi, langkah awal tangki air disediakan untuk kegunaan sementara menunggu kerj pengalihan itu siap.
Kerja itu dilakukan susulan aduan yang diterima semalam melalui laman Facebook oleh seorang penduduk https://www.facebook.com/share/p/sDgewNn3ub78wfAw/ maka langkah awal dilakukan untuk memastikan isu tersebut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kakitangan Perhilitan maut, pesara polis wanita cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan.
TEMERLOH : Kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kuala Tahan, Jerantut meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di KM20 Jalan Temerloh – Jerantut pada jam 1.36 tengah hari, semalam.
Pemandu lelaki tersebut meninggal dunia di tempat kejadian itu, berusia 33 tahun dan tinggal di Rumah Kakitangan Perhilitan, Jerantut.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, mangsa yang maut memandu kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan dari Temerloh ke Jerantut.
“Manakala, sebuah lagi kenderaan jenis Proton X70 dipandu oleh seorang pesara polis wanita berusia 64 tahun yang datang dari laluan bertentangan.
“Tiba di tempat kejadian, pemandu kenderaan Proton X70 gagal mengawal kenderaannya lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Perodua Viva,” katanya di sini, hari ini.
Katanya, pemandu wanita itu beralamat di Kampung Baru Kuala Tekal, Kuala Krau, Temerloh mengalami kecederaan tulang pinggul dan peha sebelah kanan dan dirawat di Zon Kuning di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh, “ katanya hari ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!