ASTRAZENECA BERKESAN PADA WARGA EMAS
ASTRAZENECA BERKESAN PADA WARGA EMAS
WASHINGTON – Vaksin AstraZeneca dihasilkan bersama Oxford University didakwa 80 peratus berkesan mencegah Covid-19 dalam kalangan warga emas dan tidak meningkatkan risiko pembekuan darah, menurut syarikat farmaseutikal itu pada Isnin.
Laporan ujian fasa ketiga itu juga menunjukkan tahap keberkesanannya adalah 79 peratus untuk mencegah asimptomatik dan 100 peratus efisien untuk mencegah penyakit teruk dan individu dimasukkan ke hospital.
https://34fdb95a5451785ecfae4c517db56ea7.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html
Ujian klinikal terakhir itu membabitkan 32,449 sukarelawan dan kira-kira 20 peratus daripadanya adalah individu berusia 65 tahun dan ke atas manakala kira-kira 60 peratus lagi adalah mereka yang berdepan masalah kesihatan seperti diabetes, obesiti atau penyakit jantung, lapor AFP.
GAMBAR HIASAN
“Laporan itu mengesahkan keputusan sebelum ini. Ia menunjukkan keberkesanan sama ke atas golongan warga emas buat pertama kali,” kata penyelidik bersama, Profesor Ann Falsey di University of Rochester School of Medicine.
Ketika ini, beberapa negara Eropah menarik balik langkah penggantungan sementara ke atas vaksin AstraZeneca-Oxford selepas Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) mengesahkan ia selamat dan efektif pada minggu lalu.