ASKAR MAUT SELEPAS TEMBAK IBU MERTUA
ASKAR MAUT SELEPAS TEMBAK IBU MENTUA
KUCHING: Seorang anggota askar berusia 20an yang bertugas di Kem Tondong, Bau bertindak menembak dirinya sendiri selepas dikatakan melepaskan beberapa das tembakan di Kampung Kolong 1, di sini sekitar tengah hari tadi.
Sumber di tempat kejadian memberitahu suspek yang pulang ke rumah keluarga isterinya sekitar jam 12 tengah hari dikatakan tiba-tiba melepaskan tembakan senjata dipercayai senapang jenis M4 yang dibawanya dari tempat bertugas dan sebelum bertindak menembak dirinya sendiri di bahagian kepala.
Ibu mentua suspek yang berusia 50an turut terkena tembakan di bahu kiri dan kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan. Anggota polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Sumber: Kategory Sarawak