ARAHAN HENTI MELOMBONG EMAS DI KECHAU, LIPIS
ARAHAN HENTI MELOMBONG EMAS DI KECHAU, LIPIS
KUANTAN : Kerajaan Pahang mengarahkan kegiatan melombong emas di kawasan Kechau, Lipis dihentikan serta merta.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, arahan itu untuk memastikan kegiatan terbabit dapat dikawal sebelum menjadi lebih serius.
Katanya, tindakan tegas itu diambil bagi mengelakkan kerajaan negeri kehilangan hasil pendapatan.
“Walaupun kegiatan melombong emas itu dilakukan di atas tanah milik sendiri, hasil mineral tertakluk kepada peraturan dan hak kerajaan Pahang.
“Sebab itu saya minta mereka hentikan kegiatan itu untuk mengelak daripada dikenakan tindakan,” katanya ketika mengulas kegiatan melombong emas di Kampung Kechau, lapor KOSMO! Online.
GAMBAR HIASAN
Berdasarkan laporan, penduduk yang terbabit dalam kegiatan itu memperoleh pendapatan lumayan hasil jualan mineral berkenaan.
Difahamkan, ada penduduk yang membeli kenderaan secara tunai sekali gus mengubah nasib mereka.