APA YANG LELAKI MUDAH TERTARIK DENGAN PEREMPUAN?
APA YANG LELAKI MUDAH TERTARIK DENGAN PEREMPUAN?
Untuk suka seseorang tak perlukan perkara yang spesifik atau terlalu details. Cukup hanya sedap mata memandang dan hatinya baik.
Selalunya kita akan terfikir, apakah perkara yang lelaki pandang pada seorang perempuan sampai membuatkan mereka jatuh cinta dengan mudah?
Untuk pandangan pertama, tanpa tahu hati budi seorang perempuan, lelaki boleh tertarik hanya melihat zahirnya. Kalau secara luaran sudah lulus untuk memulakan langkah, barulah mereka akan cuba kenal hati budi pula. Apa yang menjadi tanda aras seorang lelaki kepada seorang perempuan?
Bentuk Badan
Ini bergantung pada pendapat seseorang. Ada lelaki suka badan yang chubby, ada pula suka yang curvy, ada pula suka yang kurus. Tapi rata-rata lelaki sukakan perempuan berbadan terletak elok. Tidak terlalu berisi dan tidak terlalu kurus. Kepada perempuan, jaga badan bukan untuk nampak cantik saja, pastikan kesihatan korang pun terjaga.
Suara Nyaring
Perempuan suka lelaki yang bersuara rendah, garau dan dalam. Lain pula untuk lelaki. Mereka sukakan perempuan yang bersuara halus, mempunyai ton yang tinggi dan kecil. Kadang-kadang saiz badan pun mempengaruhi suara.
Makeup
Yes! Ramai perempuan yang menegaskan mereka makeup bukan untuk menarik perhatian lelaki. Tapi makeup yang dikenakan setiap hari akan membuatkan mata lelaki menilai. Ada sesetengah lelaki tidak suka perempuan heavy makeup. Ada juga yang suka lihat perempuan mengenakan makeup yang tebal. Dan ada juga yang suka perempuan tak makeup langsung! So, ikut taste masing-masing la kan?
Pakai Merah
Uuuu, lelaki suka perempuan pakai merah ye. Kenapa? Merah adalah melambangkan keghairahan, berani dan garang. Lagipun merahkan warna yang terang dan mudah nampak. Orang kata bold. Kalau ada dua perempuan berjalan, seorang pakai kelabu dan seorang lagi pakai merah.
Yang merah tu akan nampak lagi menonjol.