Anwar nafi didakwa agen Mossad
Anwar nafi didakwa agen Mossad
MENTAKAB – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan yang beliau didakwa seorang agen perisik Mossad, Israel dan menuntut pihak kerajaan memberi penjelasan berkaitan dakwaan tersebut.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), mahukan tahu bagaimana boleh berlaku kemasukan agen daripada agensi perisikan Israel yang didakwa bertujuan menculik seorang warga Palestin.
Katanya, susulan pendedahan dilakukan sebuah media tempatan pada Selasa mengenai kemasukan agen itu yang didakwa bertujuan menculik seorang warga Palestin.
“Semua pihak terbabit dengan keselamatan negara perlu memberikan penjelasan berkaitan isu tersebut bagaimana boleh dibiarkan beroperasi dan berlegar di sekitar negara kita khususnya di Kuala Lumpur.
“Pelik fitnah seperti ini boleh muncul, apa yang saya maklum memang ada brnama Anwar agen Mossad di kanada,” katanya ketika menyampaikan ceramah umum Pakatan harapan di sini, malam tadi.
Perkara tersebut terbongkar apabila dua rakyat Malaysia dipercayai ditahan kerana dikatakan terbabit dalam kes penculikan warga Palestin akhir September lalu.-SAHIH.