ANWAR IBRAHIM NAFI TERBABIT DALAM AUDIO TULAR
ANWAR IBRAHIM NAFI TERBABIT DALAM AUDIO TULAR
KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menafikan terbabit dalam audio tular perbualan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Penafian itu dibuat Anwar ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Bilik Gerakan Utama PKR Selangor, sebentar tadi.
Pada Rabu, satu rakaman audio berdurasi 4 minit 17 saat antara dua individu yang didakwa mirip suara Anwar dan Ahmad Zahid tular di media sosial, lapor Awani.
Melalui audio berdurasi 4 minit 17 saat di akaun Facebook Insider Malaysia, turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam PAU2020 menerusi panggilan telefon.