ANWAR BERI KETERANGAN ESOK
KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, esok bagi memberi keterangan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed melalui satu kenyataan media, pagi tadi.
Ketua Pembangkang itu dipanggil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah.
Huzir berkata, setakat ini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 112 laporan polis berkaitan satu penyebaran nama 121 Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong Anwar.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.