ANWAR CERIA
Berita Nasional
ANWAR CERIA
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluar dari Istana Negara, di sini, selepas kira-kira sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bagi mempersembahkan sokongan Ahli Parlimen yang didakwa dimilikinya.
Bagaimanapun, Anwar yang keluar dari Pintu 2 Istana Negara sekitar jam 11.30 pagi menaiki kereta berwarna hitam jenis Jaguar, tidak memberhentikan kenderaan untuk menjawab soalan wartawan yang mahukan maklum balas mengenai pertemuan Presiden PKR itu dengan Yang di-Pertuan Agong.
Sebaliknya, Anwar hanya menurunkan tingkap dan melambai tangan sambil tersenyum kepada wartawan yang menantinya seawal jam 8 pagi.
Pada 8 Oktober lalu, Anwar memaklumkan mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, hari ini bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu.
Sumber: BH Online