ANGKASA PILIH LAGU
Berita Nasional
ANGKASA PILIH LAGU
PETALING JAYA: Pencarian Juara Pertandingan Mencipta Lagu Rasmi Semangat Koperasi sempena Ulang Tahun ANGKASA ke-50 diteruskan menerusi
penjurian awam.
Melalui penjurian awam ini, sebanyak 20 peratus markah keseluruhan diambil kira dan akan ditentukan barisan juri profesional di peringkat akhir.
Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sebanyak 11 buah lagu daripada 44 penyertaan telah dipilih untuk mara ke peringkat seterusnya menerusi penjurian peringkat awal yang telah dilaksanakan pada 2 Oktober lalu oleh juri profesional dan Kepimpinan Tertinggi ANGKASA.
“Penjurian awam dibuka secara rasmi bermula hari ini (8 Oktober) sehingga 18 Oktober 2020 jam 5.30 petang.
“Orang ramai boleh mendengar lagu yang dipilih di laman rasmi Facebook Final Pertandingan Cipta Lagu Semangat Koperasi Angkasa
(https://www.facebook.com/semangatkoperasi/) di pelayar internet (browser),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Pengundian boleh dijalankan dengan menekan pada pautan yang disediakan untuk ke laman web pengundian.
Hanya satu lagu sahaja yang boleh dipilih
Penjurian Pertandingan Mencipta Lagu Rasmi Semangat Koperasi diketuai oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzik, Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk
Mokhzani Ismail dan komposer, Jaffar Abd Rahman @ Idris atau lebih dikenali sebagai JARI, Muhammad Yuri Mohamed Edris serta beberapa orang juri dari Kepimpinan Tertinggi ANGKASA.