Angkasa Bantu Kerajaan Isu Kos Import Makanan
Angkasa Bantu Kerajaan Isu Kos Import Makanan
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia ( Angkasa) menggerakkan 14,975 koperasi terlibat secara langsung dalam aktiviti pengeluaran makanan negara bagi mengurangkan kos import makanan negara.
Presiden Angkasa Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, Angkasa dengan hampir 8 juta ahli menjadi rakan kongsi kerajaan bagi menjamin bekalan mencukupi dan stabil harga di pasaran.
Menurutnya, Angkasa secara berterusan meneroka serta mencari peluang untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara.
Dalam konteks semasa angkasa bersama sama dengan koperasi sedia untuk meneruskan usaha untuk membantu kerajaan mengurangkan kos sara hidup disamping juga memastikan supaya koperasi juga dapat terus memainkan peranan untuk pastikan jaminan mengurangkan beban emport yang dijangka meningkat sehingga 100billion pada tahun 2025.
Menurutnya, satu rantaian atau ekosistem yang melibatkan koperasi penternakan, pemprosesan, pembekalan, logistik dan akhirnya kepada pengguna.
Angkasa mempunyai perancangan besar dalam usaha untuk mewujudkan ekosistem yang didominasi oleh koperasi dalam membantu rakyat mendepani kos sara hidup,” katanya.
Sebelum itu Abdul Fattah merasmikan Mesyuarat Agung Negeri ( MAN) Pahang Zon 2 ( 2023) di Pejabat Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri (JPAN) Pahang 2 ( Temerloh ,Pahang .
Menurutnya, antara fokus Angkasa ialah mengurangka kebergantungab kepada bahan import makanan negara yang boleh diusahakan di negara ini.
Sebagai contoh katanya, Angkasa melalui anak syarikat Komardi Dairy Sdn Berhad menjayakan ternakan lembu tenusu.Projek ini turut melibatkan koperasi penternak tenusu, kilang susu segar milik koperasi dan pusat penghasilan produk -produk tenusu koperasi.
” Angkasa mempunyai 81 ekor lembu baka Holstein genetik dari Korea Selatan yang boleh menghasilkan 45 liter sehari berbanding hanya 15-20 liter baka tempatan,” katanya.
Justeru itu tegasnya, JPAN dan juga koperasi dapat menjalin hubungan rapat bersama agensi dan jabatan kerajaan bagi melihat projek yang berpotensi membangunkan industri makanan negara.
Dalam pada itu tambah Abdul Fattah, tanaman jagung bijian di tanah-tanah pertanian yang terbiar perlu digiatkan sebagai alternatif jangka panjang kepada makanan ternakan ayam yang kini banyak diimport.
Abdul Fattah berkata, Angkasa diberi keyakinan tinggi untuk menggerakkan sinergi makanan negara khususnya dalam kalangan anggota Angkasa yang kini mencecah hampir 8 juta orang.
tamat-SAHIH