Anggur pelbagai variety produk subur di Jerantut
Anggur pelbagai variety produk subur di Jerantut
JERANTUT: Tahukah anda bahawa pokok anggur pelbagai variety boleh ditanam dan berbuah lebat yang rasanya manis dalam iklim Malaysia?.
INI dibuktikan Syed Norhaimi Syed Zin,60, dari dari Taman Perumahan Batu Embun yang menanam 20 variety anggur dari pelbagai negara seperti Ukraine di Pusat Pertanian Temin ( PPT), dekat ini.
Katanya, variety anggur di tanam ialah Heliodor, Jubilee, Velez, Dixon, Rumba, Baikonur, Jupiter, Lorano, Beauty Krasotka, Krasava, Ninel, Banana, Golden Musqat, Faith, Monte Cristo dan beberapa variety lagi.
Menurutnya, projek tanaman anggur di PPT bermula April 2022 dan kini pokok berusia setahun sembilan bulan sudah dua kali berbuah dengan rasa manis yang dijadual masak awal April ini.
Syed Norhaimi Syed Zin…
`
Terdapat tiga rumah perlindungan hujan yang menempatkan 76 pokok yang hidup subur seperti negara asal
katanya kepada media hari ini selepas majlis pembukaan projek anggur di Pusat Pertanian Temin ( PPT), hari ini.
Menurut Syed Norhaimi produk anggur berpotensi menjadi tanaman tempatan yang popular tarikan pelancong domestik kerana produktif sepanjang tahun.
Menurut beliau, ini berbeza dengan negara asalnya tanaman anggur hanya satu musim sahaja atas faktor peredaran empat musim negara berkenaan.
Mengulas lanjut, beliau mula meminati tanaman anggur ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19 tahun 2021 kerana tidak boleh bergerak ke mana-mana.
“ Untuk menghilangkan jemu, saya banyak layari Facebook dan teruja ada orang boleh membuahkan anggur di negara ini dengan mudah.
Justeru saya mengikuti kursus secara bersemuka dan secara dalam talian bagi meningkatkan ilmu.
“Kemudian saya membuat pesanan beberapa jenis benih dengan harga RM300-RM400 sepokok dan menanam dalam pasu di tepi rumah,“ katanya.
Menurutnya, kejayaan itu menarik perhatian Jabatan Pertanian Jerantut menawarkan kawasan di PPT untuk projek tanaman secara komersial.
“Anggur yang ditanam itu boleh mengeluarkan hasil dalam masa enam bulan sahaja. Pokok yang baru tiga bulan ditanam sudah mengeluarkan bunga dan tiga bulan kemudian, boleh menikmati buahnya,” katanya.
“Pengunjung yang hadir dikenakan sedikit bayaran di mana mereka antara lain akan diberi penerangan mengenai varieti anggur yang boleh berbuah subur di negara ini selain aspek pembajaan, kawalan penyakit dan teknik membuahkan anggur,” katanya-SAHIH