ANGGOTA POLIS DONG MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA
ANGGOTA POLIS DONG MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA
BENTONG: Seorang anggota polis maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 16, Jalan Bentong menghala ke Raub berdekatan persimpangan Felda Luruh Bilut pada jam 12.10 tengah hari, semalam.
Anggota polis itu, Kopral Arisham Azahari, berusia 37 tahun yang bertugas di Balai Polis Dong, Raub dalam perjalanan menghala ke Bentong telah cuba memotong kenderaan yang sesak dan melanggar sebuah motosikal di hadapannya.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, akibat perlanggaran itu, mangsa terjatuh di laluan bertentangan dan dilanggar sebuah bas dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Pihak polis memohon mana-mana pihak yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
“Warga PDRM dan seluruh warga Ibupejabat Polis Bentong dan Raub menzahirkan salam takziah kepada keluarga mangsa,” katanya
Manakala, anggota polis yang maut itu meninggalkan seorang balu yang bertugas di Klinik Pergigian Raub.-SAHIH.