Anggota JPJ cedera dirempuh penunggang motosikal di SJR
Foto atas : ANggota JPJ tercedera dilanggar penunggang motosikal dalam sekatan jalan raya.
Anggota JPJ cedera dirempuh penunggang motosikal di SJR
SEORANG anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera selepas dilanggar seorang penunggang motosikal yang merempuh sekatan jalan raya (SJR) pada Ahad.
Malalui maklumat awal yang dikongsikan, ketika kejadian anggota terbabit sedang menjalankan tugas pemeriksaan di SJR di sebuah jalan di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan orang awam, penunggang motosikal berkenaan cuba melarikan diri daripada ditahan oleh pihak berkuasa.
Menerusi video berdurasi lima saat itu memaparkan anggota terbabit terpelanting dan terhantuk di kepala akibat rempuhan itu.
Malah, penunggang motosikal tersebut turut dilihat terjatuh sebelum dia ditahan beberapa anggota JPJ yang lain.
Turut tular satu video memaparkan anggota yang tercedera itu dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Sumber : Majoriti