ANGGOTA BOMBA DALAM OPERASI PENYELAMAT MENINGGAL DUNIA
ANGGOTA BOMBA DALAM OPERASI PENYELAMAT MENINGGAL DUNIA
MELAKA: Seorang anggota bomba meninggal dunia dalam kejadian lemas ketika cuba menyelamat mangsa banjir di Kampung Sungai Putat di sini, petang semalam.
Anggota bomba itu, PKB11 (KUP) Mohd Diya Che Jusoh meninggal dunia di Jabatan Trauma, Hospital Melaka pada jam 3.11 pagi, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, PPjB Abu Bakar Katain berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, anggota itu dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah diselamatkan oleh rakan sepasukannya dan dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Kira-kira 20 orang cuba menyelamatkan mangsa termasuk anggota bomba lain seramai tujuh hingga lapan orang, situasi cemas itu berlaku kira-kira 15 minit,” katanya.
Anggota tersebut dikejarkan ke Hospital Melaka dan dalam keadaannya tidak sedar.
Sementara itu, beberapa kawasan di sekitar Ayer Keroh dan Jasin di sini dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan sejak jam 2 petang semalam.-SAHIH.