ANAK IMIGRAN NAIB PRESIDEN AS
Berita Global
ANAK IMIGRAN NAIB PRESIDEN AS
CATAT SEJARAH WANITA PERTAMA PEGANG JAWATAN NAIB PRESIDEN
WASHINGTON: Senator Kamala Devi Harris, 56, mencipta sejarah menjadi wanita pertama memegang jawatan Naib Presiden AS.
Bukan itu sahaja, Kamala Harris turut menjadi wanita kulit hitam pertama menjawat jawatan berkenaan.
Anggota Demokrat California itu lahir di Oakland, California dan anak kepada imigran; ibunya adalah warga kelahiran India dan ayahnya, Jamaica.
Ibunya, Shyamala Gopalan Harris berhijrah ke AS dari India sebelum menjadi penyelidik kanser yang disegani.
Shyamala bertemu dengan suaminya, Donald Jasper Harris, seorang profesor ekonomi di Universiti Stanford, ketika mereka menyertai demonstrasi hak sivil di Berkeley, California.
Shyamala dan suaminya berpisah ketika Kamala Harris berusia lima tahun.
Ibu Kamala Harris meninggal pada 2009 ketika berusia 70 tahun.
Berikut adalah antara kata-kata Kamala yang menjadi inspirasi ramai rakyat AS, terutamanya yang bergelar imigran.
”My mother would tell us ‘Don’t sit around and complain about things; do something.’
“So I did something. I devoted my life to making real the words carved in the United States Supreme Court: Equal justice under law,”