REMAJA AMUK DI TENGAH JALAN DENGAN BERPARANG
REMAJA AMUK DI TENGAH JALAN DENGAN BERPARANG
TEMERLOH- Laluan jalan Temerloh-Maran berhampiran Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh digemparkan dengan tindakan seorang lelaki remaja tidak berbaju yang ‘mengamuk’ dengan mengacukan parang kepada kenderaan yang lalu dilaluan itu.
Tindakan itu menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas apabila ramai pengguna jalan raya tidak berani melalui kawasan itu .
Seorang saksi pengguna jalan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu dia dalam perjalanan menaiki kereta ke arah Maran.
“tiba di jalan berhampiran dengan Hoshas berkenaan beliau melihat jalan sesak dan terdapat seorang lelaki tidak berbaju sedang memegang parang dan mengacukan kepada kenderaan yang lalu.
Beliau berasa terkejut namun memberanikan diri memandu kereta lalu di situ dan bernasib baik tidak diserang lelaki berkenaan,”katanya di sini, hari ini.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusof berkata, polis yang menerima maklumat mengenai kejadian telah menahan lelaki remaja berusia 20-an berkenaan.
Katanya,kejadian berkenaan tidak menyebabkan kecederaan kepada orang awam dan siasatan lanjut sedang dilakukan terhadap kejadian itu termasuklah sekiranya suspek mempunyai masalah mental.
“Kes disiasat mengikut Sesyen kesalahan Sek,6(1) Akta bahan -bahan kakisan dang letupan dang senjata berbahaya 1958 dang permohonan reman akan dipohon untuk siasatan lanjut- SAHIH