“Aku cuba goda suami tapi dia lari, 6 tahun kahwin tanpa nafkah batin, last aku dapat ciuman dari suami 4 tahun lepas”- Bahagian Dua
“Aku cuba goda suami tapi dia lari, 6 tahun kahwin tanpa nafkah batin, last aku dapat ciuman dari suami 4 tahun lepas”-Bahagian Dua
Kadang kadang aku fikir ada kes seperti isteri marah ada suami asyik mintak dilayan nafkah batin oleh isteri tapi aku ni langsung tak dilayan, bersyukur la wahai isteri diluar.
Aku ni nak kerja pun kadang kadang jadi tak produktif tapi alhamdullilah, di tempat kerja aku antara pekerja yang paling ramah, paling mesra dan hasil kerja sentiasa terbaik.
Pandai aku simpan masalah kan, pernah juga aku kena pikat dengan pekerja lelaki , aku mula rasa seronok tapi lepas tu aku nangis dalam bilik air, fikiran aku sentiasa berfikir suami aku tak nak aku, tapi ramai orang nak aku.
bukan kah seronok yang goda aku tadi tu suami aku. Ya Allah, sakitnya emosi dan jiwa aku. agak2 lepas aku ok, aku keluar bilik air dan back to normal. begitulah seharian hidup aku. tiada siapa tahu apa kami alami.
Setiap kali lepas solat, aku selalu berdoa permudahkan kesulitan kami, tunjukkan kebenaran kami, dulu kami rajin solat jemaah sama2 dan bahasa aku baik jugak lah berlembut dengan suami tapi sejak dah 5/6 tahun ni, bahasa aku kasar dengan suami yelah bila apa kau minta tak dipenuhi, aku rasa macam tengah cakap dengan kawan buat suami isteri , kami solat sendiri2, aku banyak mengadu pada Allah.
Segala amalan doa dan kebaikan aku cuba praktikkan dan istiqamah dari dulu hingga sekarang tapi masih belum nampak jalannya.
Malangnya, Suami aku sekarang dah jarang solat, dia rasa Allah tak sayang dia,Bila aku paksa betul2 baru dia solat, aku ajak solat jemaah dia tak nak, dia pernah tidur seharian,dia sekarang tiba2 di kelilingi hutang yang dia sendiri tak sedar.
Ingat tak tadi aku cerita, awalnya nafkah zahir kami normal tapi bila dia tak beri nafkah batin dan aku sentiasa pertikaikan itu, automatik duit kereta tertunggak, duit itu ini tertunggak.
duit itu yang sepatutnya dibayar keutamaan dia bayarkan hutang lain, dia tak sengaja cipta hutang dan kehidupan dia sempit sebab hati aku sebagai isteri tak bahagia.
Jadi rezeki tak cukup. duit gaji aku mula dia tanya dan minta bantuan, sekali dua boleh la aku tolong kalau tiap kali bukan aku tak nak tolong tapi aku nak dia sedar punca dia susah macam ni sebab hati aku terskiti dan dia remehkan soal agama, soal solat, dia rasa Allah tak sayang dia.
Allahu. Bila tiap kali aku mengaji solat, dia pandang sahaja. Bahasa kiasan, bahasa sindiran, bahasa lembut semua aku dah bagi pada dia. Tapi dia tetap macam tu.
Aku ni daripada manja2 mula kahwin sekarang dah garang depan dia, yelah dah lama tak kena peluk dr suami sendiri.
Aku ni ada fitrah wanita ingin dibelai, Bila aku dah marah marah, suami aku diam seribu bahasa aku tahu dia rasa serba salah sebab aku tak bahagia dengan dia tapi dia sendiri tak tahu nak selesaikan masalah ni.
Dia terang2 cakap tak nak bercerai, aku ok je kalau nak bercer4i pun sebab aku pun dah buntu.Aku sayang dia tapi jiwa aku sedih, dan aku tak kan sesekali pasang skandal sebab jauh dr fikiran aku, aku ada agama.
Kalau nak buat, lama dah aku buat since aku pun ada yang minat. Jadi,jika aku nk terima lelaki lain biarlah aku sah bercer4i dulu, tak sanggup aku nak tanggung dosa isteri nusyuz, tapi suami aku buat macam ni dayus atau dia sendiri tersepit dalam masalah ini.
Wahai pembaca yang aku kasihi, mesti ada yang terfikir, aku ni kena bersyukur suami aku bukan kaki dadah, kaki pukul,dan segala kaki yang negatif.
Setakat tak beri nafkah batin je kan, suami aku kategori ada rupa, kalau ikutkan ada yang minat dia tapi itulah dia tak ada nafsu dengan aku apatah lagi dengan wanita lain.
aku sendiri tanya dia. Aku ni Allah ciptakan ada fitrah dan naluri wanita, aku ingin dibelai dengan suami yang sah, dan aku inginkan kebahagiaan.
Ya memang suami aku banyak urus hal rumah, rajin dan urusan anak dia banyak uruskan.
tapi Ya Allah, aku wanita punyai rasa dan ingin dibelai, aku selalu berdoa permudahkan ksul1tan kami, tunjukkan kebenaran, jika dia jodoh aku di syurga mahupun di dunia, kekalkan la, jika bukan jauhkan lah.
Aku selalu tertanya apa la ada dalam fikiran suami aku. Dia memang x bernafsu ke?
Masuk tahun ke 5 perkahwinan, kami usaha lagi itupun selepas aku merajuk dan asyik cakap kalau macam ni la, baik kita berpisah sebab sebagai suami kena berusaha bersunguh la ikhtiar bukan semua aku je bagi idea dan cadangan.
Kali ni, kami berubat di salah satu tempat terkenal ustaz ikhtiar hamil dan masalah rumah tangga, hampir 3 kali kami berulang alik berubat.
Rumusan rawatan dengan ustaz ini pula, aku didampingi oleh jin yang sayang sgt dengan aku. Aku ni bukan tak percaya benda2 ghaib semestinya la aku percaya tapi jika dah 11 ustaz merata kami pergi selama 6 tahun ni mcm2 hasil cakap, aku pun mula iyakan aja, yang penting aku tak putus berdoa dan ikhtiar. Jin dalam badan aku bersuara (bukan suara aku) katanya benci sangat dengan suami aku.
Aku ringkaskan ya, selepas rawatan, aku masih cuba bersama dengan suami tapi tetap suami tak boleh, suami paling takut jika mati pucuk tapi ustaz ada pesan jika masih berlanjutan perkara ini, boleh jadi mati pucuk.
Aku sentiasa cuba menjaga solat, lepas jin tu dah keluar dari badan aku, alhamdullilah. Lebih ringan badan nak solat kalau tak rasa malas walau dipaksa dan kerap pening kepala.
Kemudian selepas 3 bulan, aku pergi lagi rawatan susulan, kali ni kata ustaz tu ada orang hantar pula sebab itu aku nk cuba berbaik dengan suami ada sahaja halangan.
Korang kena faham, kami hubungan intim sahaja tak boleh selain dari itu kami berborak macam biasa, layan anak macam biasa.
Tapi yelah, lama2 aku rasa hipokrit pula sebab kami tiada hubungan intim langsung sebagai suami isteri serupa macam sahabat baik dalam rumah tangga. Aku rasa last suami aku cium mulut aku 4 tahun lepas, sedihkan.
Selepas 6 bulan rawatan tu, angkara jin la, buatan orang la, sihir pemisah la, aku nekad kalini pergi lagi rumah ustaz yang sama dan kalini aku nak suami pula dirukiah oleh ustaz.
Malangnya, tiada apa apa respon. Buntu aku memikirkan. Kalau betul ada jin dalam badan dia, mesti boleh lah tahu kan. Kini, aku, suami dan mak abah semua buntu.
Kalau ada yang pergi ke mekah, kami kirim juga doa untuk hubungan kami. Surah waqiah, al mulk, ayat 1000 dinar dan yassin 7 mubin aku jadikan amalan. Allahuakhbar, masih belum nampak jalannya. Yang pasti hati aku dan emosi aku terus terskiti.
Apa lagi aku harus aku buat. kalau ada pandangan sila la kemukakan, dan aku harap pembaca dapat doakan kami, kuatkan hati aku dan tunjukkan kebenaran masalah kami ini..
Semoga Allah rahmati kita sekalian. Bagi mereka yang tak memahami, mereka akan merasakan masalah aku ni terlalu kecil tapi percaya lah masalah aku ni luka hanya di hati bukan di kulit luaran. Doakan aku terus istiqamah kuat semangat.
Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet
Shareen : Real story from me.. same like confessor.. I feel u sis.. aku igt aku jer alaminya dlu sorg.. aku hadap 8 thn. Without kid. Aku korban mcm2 dlm rumahtangga kmi… hnya Tuhan shj yg tahu..
Akhirnya aku x mmpu lg teruskn kehidupan spt : Roomate shj bukan husband & wife. Jgn ckp aku x pnh bbincang.. bnyk kali bbincang smpi aku rsa janji2 laki aku msa tu mcm x logik.
Aku ni dlu nk sentuh badan laki aku pn dia kata rimassss.. aku ni siapa pd dia? So jgn lps tu nk janji bulan bintang slps aku dh x dak prasaan kt dia.
Jika masyarakat kita anggap kes ini ‘taboo’ cerita dlm kain rumahtangga, sy fikir zaman ini ilmu adalah tanpa sempadan.
Sb itu kena faham, kenapa Tuhan jdkan manusia itu berpasang pas4ngan, ada rasa kasih dan syg.. mempunya alat kelamin berbeza.. nafsu utk saling melengkapi sesama suami isteri.. bukan sekadar utk mendapatkn zuriat shj.
Jika dilihat dr segi oembacaan lebih meluas.. hubungan kelamin yg sihat akn membantu dr pelbagai sudut ksihatan & membantu memstabilkn emosi . Ini aku swndiri buat pembacaan selama mna aku hadpi dlu..
aku mmg betul2 kaji diri aku sblum aku bertindak utk seterusnya.Aku minta utk tamatkn semua ni dgn ‘ Pencer4ian ‘… dia bwalah haluan dia sdri. Alhamdulillah sblum sempat kami bcer4i.. dia dh nikah dlu kt Siam… xtau la mcmna penghidupannya kini.
Tp yg pasti aku lega selega2nya.. alhamdulillah, aku juga menyusuri kebahagian pilihan aku sdri.. Rezeki Tuhan tak pernah silap alamat. Slps aku bpisah tu aku mngambil masa 6 bulan utk menstabilkn emosi.
Siapa x sedih perkahwinan yg mnjangkau 8 thn tanpa ada perselisihan faham yg besar2. Smpi fam mentua aku pn tkejut dgn tindakkn aku. Mentua aku cuma ckp kt ipar2 lain, aku ni betul2 marah smpi aku buat kputsn mcmtu… Betul bak kata confessor..
Jika membahagiakn isteri.. rezeki suami yg sedikit pn jadi mencukupi.. bbeza dlu.. bnyk hutang2 bil dia tinggalkn yg tpaksa aku hadap utk byr skrg. Tp yg penting GALAS YG PERLU SUAMI BAWA BUKAN SETAKAT NAFKAH ZAHIR TP NAFKAH BATIN.. kdgkala.. terlebih batin.. zahir pula kurang…
Sesiapa yg x alaminya akn kata Isteri2 ini kurang sabar.. yalah spt kata seorg ustaz kaunselor di pjbt agama yg ceramah kt aku selama 2j.. katanya aku ini isteri yg x bersyukur masa tu krn mmpunyai suami, pastu suami aku bukan kaki pkul, judi dll lah, tp ustz tau x ada 1001 sb x mahu mneruskan pkahwinan aku pd ketika itu…
aku trasa spt aku seorg wanita dipijak2.. amarah aku panas simbah ke muka.. aku senyum jer kt ustaz tu.. masa tu laki aku rujuk ke pjbt agama sb tak mahu bercer4i ngn aku.. katanya dia akn brubah & sygkn aku..
Tuhan maha kaya.. 2 hari slps aku mngadap ceramah ustaz itu.. laki aku p nikah kt siam dgn ppuan lain.. ( cerita lain ) penceritaan aku ni x bdasarkan mistik2… aku x mau la mnuduh ada ‘org lain’ cuba membaling jarum dlm pkahwinan aku pd ktika itu.
Klu ada, biarlah dia dgn amalannya kelak. Tp apapn tanggapan fam dia / fam aku / org sekeliling x akan fahamm sb aku yg rasa & hadap selama 8 tahun. Aku juga mnangis sorg2 waktu mlm.. emosi aku tganggu waktu kerja..
boleh ke dia ( x hb ) aku ganti masa2 aku yg lalu tu Aku ttp pilih bpisah. Org fikir, anak penentu kebahagian sesebuah keluarga? Bagi aku.. anda silap.. branaklah 10 org ank pun..
klu hati x bahagia.. tetap x temui kebahagian… Jumpalah 1001 doa / ustaz ke sesiapa pnlah.. kalau hati x mahu berubah tetap akn sma hasilnya.
Tujuan aku bukan nk ajr confessor berpisah tp lbh kpd share yg bukan confessor seorg yg mnghadapinya.. ramai lg sbnrnya wanita2 dluar sna menghadapinya sbnrnya…
Confessor tepuk dada tnya selera. Ikotlah confessor nk minta bntuan fam ke, kwn2 ker.. time aku tu, mmg kwn2 tahu k3s aku tp aku ttp fokus pd dri sdri.. sb aku yg rasa & hadap.. org blh kata apapn hidup kita bbeza. Aku juga manusia berhak utk mencari KEBAHAGIAAN aku sdri. Pilihan masing2.
Yusrina: puan, kalau puan nk berubat sihir.. pastikan puan berubat kat tempat yg betul2 patuh syariah. bukan ustaz yg xde tauliah ni. sekarang asal berubat je baca quran terus dpt title ustaz.. takot kadam yg dihantar. dah byk trjadi mcm ni. pes4kit x baik2.. tp asyik ulang jumpa.. pergilah darussyifa di bangi.. tp kalau puan da habis ikhtiar.. tuntutla fasakh.. lebih baik menyendiri dr se3ksa batin mcm tu.
Hanna :nie pendapat sy ye puan.. puan perlu mendinding diri sendiri dan rumah dgn ayat2 al Quran.. surah al Baqarah buat bacaan penuh seminggu sekali, play mp3 pun xpe..
hafal 5ayat pertama al baqarah, ayat kursi iaitu ayat ke 255 dan ayat 284 hingga ayat terakhir 286 al baqarah.. puan boleh amalkan ayat ini jugak : “Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syaiunfillardi wala fissamai wahuwassami’ul ‘alim“
“Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbah4ya, Dia-lah Yang Ma-ha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(“Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahay4kan dirinya.” HR. Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad.
Puan kena lawan benda yg sedang huru hara kan rumahtangga puan dgn wujudkan semula kasih sayang.. try mula kan semula dgn pegang tangan, c1uman dll walaupun permulaan akan dpt negatif feedback..
anggap ni ujian khas Allah nak bagi pada puan n suami.. suami puan perlukn bantuan dr puan.. ade sesuatu dia cuba sembunyi kan.. hidup dia da terganggu jgk sbb puan da tak bahagia bsama dia.. sy doakan puan sekeluarga dipermudahkan segala urusan..
Erna :Sorry to say..Sbg isteri..sy paham keadaan confessor.S3ksanya blh buat isteri gila.nfkah batin tak sama mcm nafkah zahir.nafkah zahir gagah blh p mintak tlg org,p cari sendiri..nafkah batin,sesama pas4ngan je ubatnya.
Kalau dah xde jalan,berpisah je la.Kalau suami kene mati pucuk pun,pjbt agama minta isteri sabar setahun je utk bagi peluang suami berubat..Tak silap,isteri nabi sito aisyah pun ada bagi tahu..isteri cuma blh bertahan 4 bulan tanpa belaian suami..
Isteri yg xdapat belaian sedangkan dia nak,risiko masa depan dikhuatiri isteri terjerumus zina.Waktu tu,semua kekurangan suami dah xnampak.yg nampak kejahatan isteri..
Puan confessor,fikir lah..rujuk pejabat agama.jgn batalkan kaunseling..suami malu bercer4i sbb dia takut org tahu krlemahan dia..
Nurhanis : I feel you. Sy juga mengalaminya dh masuk 9 thn dh pun. If husband nak, saya tak nak. If sy nak husband pulak taknak. Paling penting sis kene sabar dan redha.
In shaa Allah, rezeki takkan berkurang sedikit pun. Penuhkan aktiviti dgn perkara lain yg blh membuatkan kita lupa tentang bersama jika sis masih sayangkan perkahwinan sis. If not, keep moving on. Jgn s3ksa diri. Just my two cents. – tamat
Sumber : Selayangpandang.net