AKTIVITI PELANCONGAN AKAN DIBUKA
AKTIVITI PELANCONGAN DIBUKA BAGI MERANGSANG KEMBALI INDUSTRI TERBABIT
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membuka beberapa aktiviti pelancongan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam usaha merangsang semula industri itu.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam meluluskan permohonan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) termasuk aktiviti pelancongan luar antaranya di Zoo Negara.
GAMBAR HIASAN
“Beberapa perkara antaranya seperti tarikh berkuatkuasa, ditetapkan namun sedang menunggu pembentangan prosedur operasi standard (SOP) oleh kementerian terbabit,” katanya pada sidang media seperti dilaporkan BH Online hari ini.
Kerajaan sebelum ini melarang aktiviti pelancongan kerana sukar untuk mengawal kehadiran orang awam dalam jumlah ramai, bimbang terdedah kepada jangkitan, sukar mengawal perilaku dan kemungkinan menjadi kontak rapat.