Akaun Sa Col mengaku bunuh Adib di media sosial, laporan polis dibuat
Akaun Sa Col mengaku bunuh Adib di media sosial, laporan polis dibuat
SELANGOR – Satu akaun media sosial menggunakan nama Sa Col mencetuskan kontroversi apabila didakwa membuat pengakuan berkaitan kes kematian Adib menerusi ruangan komen,
sehingga mengundang kemarahan dan kebimbangan orang ramai.
Menerusi tangkap layar yang tular, akaun berkenaan didakwa menulis kenyataan berbentuk pengakuan serta komen berunsur provokatif, yang kini mendapat perhatian meluas warganet.
Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jeram, Kuala Selangor, Selangor berhubung perkara itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Sumber memaklumkan, pengadu membuat laporan selepas melihat hantaran serta komen berkenaan di media sosial dan bimbang ia mencabar pihak berkuasa serta menjejaskan ketenteraman awam.
Polis kini diminta menyiasat kesahihan pengakuan tersebut, termasuk mengenal pasti pemilik sebenar akaun terbabit serta motif kenyataan itu dibuat.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan kandungan berunsur hasutan, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut mengikut undang-undang – SAHIH .
