AHLI PARLIMEN, ADUN TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 FASA PERTAMA
AHLI PARLIMEN, ADUN TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 FASA PERTAMA
PUTRAJAYA: Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) antara kumpulan pertama yang akan menerima suntikan vaksin COVID-19, bermula hujung bulan ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pertimbangan demikian diberi memandangkan tugas ahli politik yang banyak bertemu dengan rakyat.
GAMBAR HIASAN
“Kerajaan bersetuju Ahli Parlimen dan ADUN tidak kira mereka di pihak mana sekalipun, mereka akan diberikan vaksin pada fasa pertama untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dengan berkesan dan selamat.
“Saya minta menteri bincang dengan kepimpinan yang ada dan kita laksanakan apabila vaksin kita terima dalam tempoh terdekat ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya di sini, hari ini.