ADUN PULAU TAWAR AGIH BANTUAN UNTUK PENDUDUK FELDA JENGKA 24
ADUN PULAU TAWAR AGIH BANTUAN UNTUK PENDUDUK FELDA JENGKA 24
JERANTUT: Kebajikan penduduk FELDA Jengka 24, dekat sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 30 Mei lalu, sentiasa diberi perhatian.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah bersama pasukan petugas khas daerah Jerantut dan Majlis Tindakan Sosial Pahang mengagihkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar kepada 377 keluarga semalam.
Bantuan itu adalah susulan daripada penyaluran bantuan sebelum ini oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah dan pihak pengurusan FELDA.
Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, pengagihan bantuan itu juga dapat meringankan bebanan penduduk yang kini tidak bebas keluar dari kediaman masing-masing berikutan pelaksanaan PKPD sehingga 12 Jun ini.
“Ini adalah bukti dan tanda prihatin semua pihak, terutamanya ADUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah yang sentiasa tampil menghulurkan bantuan kepada penduduk di sini.
“Kita harap wabak COVID-19 tidak terus merebak dan penularan wabak ini tidak terus mengancam penduduk di kawasan FELDA serta di seluruh negara,” katanya.
Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud
Sumbangan barangan keperluan asas itu juga adalah sebahagian inisiatif kerajaan Pahang dalam membantu penduduk di negeri ini yang terkesan akibat wabak COVID-19, sejak tahun lalu.- SAHIH