ADUN Lantikan santuni masyarakat, eratkan ukhuwah Ramadan
Foto : Haris Salleh di Masjid Kampung Gol. Kuala Tahan.
ADUN Lantikan santuni masyarakat, eratkan ukhuwah Ramadan
JERANTUT – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan, Haris Salleh Hamzah menghadiri majlis berbuka puasa bersama masyarakat di Masjid Kampung Gol, di sini, sebagai usaha mengeratkan hubungan dengan penduduk setempat.
Beliau berkata, program seumpama itu bukan sahaja mengukuhkan ukhuwah dan silaturrahim, malah menjadi platform untuk mendekati masyarakat serta memahami pandangan dan keperluan mereka.
“Walaupun diadakan secara sederhana, majlis ini tetap meriah dengan kehadiran penduduk kampung yang bersama-sama berbuka puasa dan mengimarahkan masjid sepanjang Ramadan,” katanya.
Terdahulu, beliau turut menyertai Majlis Khatam Al-Quran bersama penduduk di Surau Al Mukmin, Taman Pelangi.
Majlis berkenaan diserikan dengan penyampaian saguhati kepada imam yang memimpin solat sunat Tarawih sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka.
Selain itu, sumbangan turut disalurkan kepada golongan asnaf bagi meringankan beban menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Beliau berharap usaha kebajikan tersebut diberkati dan terus menyemarakkan semangat memakmurkan rumah Allah sepanjang Ramadan.-SAHIH.
