Ada YB yang takut pada pengundi muda
Ada YB yang takut pada pengundi muda
BERA – Pengundi yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai hak untuk memilih kerajaan pada masa hadapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka juga berhak diberi peluang untuk menjadi pemilih dalam pilihan raya umum nanti.
Jelasnya, parti mesti mendekati pemimpin pemimpin muda 18 tahun ke atas supaya mereka menyokong parti untuk memastikan parti menang dalam pilihanraya PRU ke-15.
“Ini menjadi iltizam kita bukan nak sekat pengundi muda kerana takut tak mengundi kita, sampai bila kita nak lari daripada orang muda ni. PRU bukan berakhir 2021,2022 atau 23.
“Kita akan hadapi orang muda juga akan datang, jadi yang penting adalah kerja ..Pemuda bekerja .Puteri bekerja untuk mendekati orang muda,” katanya.
Menurutnya , tindakan pihak tertentu yang ‘takut’ kepada orang muda dengan mencadangkan supaya parlimen dibubarkan sebelum 31 disember ini sebelum pengundi automatik 18 tahun dibenarkan pada Januari depan amat tidak wajar.
Katanya, niat jahat menyekat pengundi muda itu akan membawa padah kerana ia seolah-olah tidak yakin dengan kemampuan golongan generasi muda memilih pemimpin negara.
Tambahnya pengundian awal juga akan memberi kesan kepada program bantuan kepada rakyat memandangkan bajet 2022 yang diluluskan tahun ini hanya boleh digunakan tahun hadapan.
Sementara itu beliau berkata, UMNO yang merupakan parti keramat perlu menjadi penyatu kepada orang Melayu yang menjadi agenda parti itu selain perlu mengelakkan pergeseran dalam parti.
Katanya, adalah malang jika UMNO menjadi punca perpecahan kepada orang Melayu, sepatutnya UMNO kembali kepada tujuan asal penubuhan umno untuk menyatupadukan umat Melayu.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat perwakilan wanita, pemuda dan puteri UMNO bahagian bera di dewan konvensyen bera, pahang.-SAHIH