AARON AZIZ TINGGAL RM40
Akaun Tinggal RM40, Aaron Aziz Akui Artis Pun Manusia Biasa
Ramai yang beranggapan kehidupan sebagai seorang ARTIS yang sudah ada nama dipersada seni penuh dengan kemewahan namun tanggapan itu salah sama sekali. Mungkin ada yang hidup mewah namun tidak semuanya cukup.
Pelakon hero KL Gengster Datuk Aaron Aziz berkongsikan satu entri menerusi Instagram menunjukkan baki di dalam satu akaun bank. Apa yang menjadi perhatian adalah akaun tersebut hanya berbaki RM40 sahaja.
Menerusi perkongsian itu, turut disertakan kapsyen dimana Aaron berkata artis juga sama seperti manusia lain, tidak semuanya hidup mewah.
Dalam masa sama, Aaron sempat berseloroh bertanyakan kepada pengikutnya makanan apa yang boleh dibeli dengan baki RM40 itu untuk empat orang.
Bagaimanapun, diruangan komen rata-rata netizen tidak percaya jika hanya itu satu-satunya akaun bank milik Aaron. Malah, ada yang mengatakan cuba lihat akaun simpanan isterinya, pasti ada berjuta-juta.