SUMBANG MAKANAN SELAMATKAN HAIWAN
KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal,Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging lembu dan 500 kg buah-buahan serta sayur-sayuran bagi menyelamatkan haiwan di Zoo Negara di sini,semalam.
Menurut laman sosial facebook miliknya,pihak Zoo Negara kekurangan dana memandangkan orang ramai tidak dapat masuk ke zoo dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sedangkan mereka perlu berbelanja sebanyak RM1 juta hanya untuk makanan dan penyelengaraan zoo.
“Mereka sangat kekurangan dana. Saya mengetahui perkara tersebut pada tengah hari dan sebelah petang saya terus bawa makanan untuk haiwan di dalam zoo.
“Dulu saya pernah sampai ke sini masa darjah satu dan selalu juga bawa anak-anak.Kenalkan pada mereka haiwan di sini,”katanya.
Katanya, Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa yang ingin membantu dari segi kewangan dan makanan.
Beliau tidak menyangka Zoo Negara dikendalikan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
“Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi Zoo Negara”katanya.