ZUL YAHYA BUKA PASAR RAYA
ZUL YAHYA BUKA PASAR RAYA
SELEPAS USTAZ EBIT LEW – ZUL YAHYA PULA BUKA PASAR RAYA SENDIRI
Pelakon Zul Yahya kini berjaya membuka pasar raya miliknya sendiri yang diberi nama Zulyahya Mart, selepas kejayaan ElewsMart milik pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.
Jelas beliau , langkah ini merupakan salah satu inisiatifnya untuk mendidik diri dan keluarga untuk sentiasa berkorban ke jalan agama.
“MasyaAllah, kami belum baik baru belajar korbankan sikit-sikit untuk perkara baik. Doakan kami semoga dapat mendidik diri dan keluarga digerakkan agar sentiasa korbankan diri, masa dan harta untuk kehidupan agama. Berniaga perlukan usaha, tawakal dan doa yang tak putus-putus InsyaAllah,” tulisnya.
Berita tersebut dikongsikan oleh bapa kepada enam orang cahaya mata itu menerusi akaun Instagram miliknya. Dalam pada itu, Zul turut mendedahkan dia akan berusaha sebaik mungkin demi membangunkan perusahaan barunya itu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut meluahkan rasa bangga melihat pencapaian pelakon berusia 50 tahun itu.
Beliau dikhabarkan tidak akan menolak sekiranya diberikan tawaran lakonan tetapi hendaklah ditelitinya terlebih dahulu: “Kalau watak yang ditawarkan itu kena dengan usia, lebih matang dan mungkin lebih serius, saya akan pertimbangkan.
“Kalau boleh, biarlah karakter yang saya lakonkan itu, ada nilai dalam penyampaian kepada penonton dan menjadi asbab untuk sampaikan sesuatu yang baik buat masyarakat juga,” katanya seperti yang dipetik.
.
.