SABAH REKOD KES TERTINGGI COVID-19
Berita Nasional
SABAH MEREKODKAN KES TERTINGGI COVID-19
KUALA LUMPUR: Sabah terus menjadi negeri tertinggi merekodkan kes jangkitan COVID-19 apabila sebanyak 466 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam daripada 799 kes baharu yang dilaporkan di seluruh negara.
Kes jangkitan terbaharu itu sekali gus menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 30,889 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah keseluruhan kes dilaporkan, 170 kes dikesan di Lembah Klang.
Sumber: Harian Metro