Kit sekolah sumbangan kerajaan negeri Pahang beri semangat pada pelajar dan murid Jengka 24
Kit sekolah sumbangan kerajaan negeri Pahang beri semangat pada pelajar dan murid Jengka 24
BANDAR JENGKA – Seramai 25 pelajar dari Sekolah Menengah Felda Jengka 24, di Jerantut, menerima sumbangan daripada Kerajaan Pahang, hari ini.
Sumbangan itu menerusi Program Tunas Makmur di bawah Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) 2025.
Penyampaian sumbangan dilakukan di Dewan Utama sekolah berkenaan oleh Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lantikan Pahang, Haris Salleh Hamzah.
Melalui sumbangan itu, pelajar terbabit menerima beg sekolah serta peralatan bagi sesi persekolahan mereka.
Razak dalam ucapannya berkata, sumbangan kerajaan Pahang itu adalah bukti jelas betapa kerajaan negeri sangat cakna dengan murid dan pelajar sekolah di Pahang.
Jelasnya, sudah pasti sumbangan disampaikan sebagai tanda kasih kerajaan Pahang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kepada semua anak Pahang.
Selain pelajar Sekolah Menengah Felda Jengka 24, turut menerima sumbangan sama hari ini adalah seramai 66 murid dari Sekolah Rendah Felda Jengka 24.
Menerusi sumbangan ini juga dapat memberi semangat kepada murid dan pelajar untuk terus berusaha bersungguh-sungguh dan memperoleh kejayaan cemerlang .
Program Tunas Makmur IM Pahang dilancarkan Wan Rosdy di seluruh negeri Pahang serentak pada ini pada dengan peruntukan RM9 juta.
di Pahang, seramai 244,799 pelajar sekolah rendah dan menengah memulakan sesi persekolahan tahun 2025 hari ini.
Daripada jumlah itu, seramai 24,740 merupakan murid tahun satu dan 21,500 pelajar tingkatan satu.
Bagi bilangan murid Pra Sekolah bagi negeri ini pula keseluruhannya ialah kira-kira 4,000 orang.-SAHIH