Bakal Haji 88 tahun antara 56 orang dari Jengka terpilih ke tanah suci tahun ini
Bakal Haji 88 tahun antara 56 orang dari Jengka terpilih ke tanah suci tahun ini
JERANTUT: Bakal haji berusia 88 tahun antara 56 mereka dari Jengka yang akan menunai haji tahun ini,kata Pengerusi Biro Sosial dan Komuniti Felda Wilayah Jengka, Razak Daud.
Menurutnya, mereka melepasi syarat yang ditetapkan Tabung Haji selain tabungan mencukupi tetapi juga tahap Kesihatan yang membenarkan mereka menunaikan Haji ke tanah suci Mekah.
Tambah beliau, mereka berusia antara 50-88 tahun menunggu giliran tawaran antara 20 hingga 30 tahun. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dapat panggilan tetamu Allah tahun ini.
Kita berharap lebih ramai warga peneroka Felda di Malaysia dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ini dan akan datang berikutan pendapatan yang stabil, katanya.
Razak yang juga Ketua Peneroka Felda Jengka 24 berkata demikian kepada pemberita di majlis jamuan hari raya Aidil Fitri di perkarangan masjid rancangan itu hari ini.
Beliau bersyukur harga sawit di pasaran sangat baik memberi pulangan pendapatan kepada peneroka menabung untuk menunaikan Haji atau umrah.
Menurutnya, keberangkaian warga peneroka untuk menabung sebahagian pendapatan lebih tinggi apabila pendapatan bulanaN meningkat.
Bakal haji di Pahang juga berterima kasih kepada Kerajaan Pahang pimpinan Menteri Besar kerana turut menyumbang RM750 kepada 1,588 jemaah haji dari Pahang tahun ini, katanya.
Razak berkata, keprihatinan Wan Rosdy Wan Ismail kepada bakal haji dari Pahang sangat dihargai dan mereka rasa dipeduli oleh kepimpinan Kerajaan.
Dalam perkembangan berkaitan Razak berharap konflik Iran-Israel tidak berlarutan yang boleh mencetuskan provokasi menyebabkan laluan penerbangan haji ke tanah suci.-SAHIH