Majlis Penbandaran Temerloh perintis pertama penarafan Bandar Pintar
Majlis Penbandaran Temerloh perintis pertama penarafan Bandar Pintar
TEMERLOH-Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) menjadi perintis di negeri ini dalam usaha mendapatkan penarafan bagi ‘early adopter’ bandar pintar.
Yang Dipertua (MPT) Suris Mihat berkata, proses dokumentasi sedang giat dilakukan dan akan dihantar pada pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) pada Julai depan untuk disemak.
“Jika semua selesai dan berjalan lancar, MPT akan mendapatkan penarafan ‘early adopter’ bandar pintar pada Oktober tahun ini juga.
“Kita telah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan sasaran kita mencapai taraf bandar pintar sepenuhnya awal lima tahun pada 2030 berbanding sasaran sebelumnya, 2035,” katanya.
Beliau berkata sedemikian selepas perasmian sesi libat urus ‘early adopter’ penarafan bandar pintar di Dewan Tun Razak di sini pada Khamis.
Hadir sama, Setiausaha MPT, Muhammad Mohd Nor dalam sesi libat urus itu yang disertai 280 peserta terdiri pelbagai pihak.
Ujar Suris lagi, MPT telah bersiap sedia sepenuhnya bagi usaha penarafan tersebut namun menegaskan ia juga memerlukan komitmen serta kerjasama masyarakat.
“Dari segi pengurusan, kita telah bersiap sedia dengan lebih 50 peratus sudah dipenuhi daripada jumlah indikator yang ditetapkan,” jelas beliau.
Bandar pintar itu merangkumkan pelbagai komponen seperti tadbir urus, infrastruktur digital dan ekonomi.
Difahamkan, bandar pintar tersebut akan dibangunkan di tanah seluas 810 hektar di kawasan Mentakab yang sudah dikenal pasti.-SAHIH