Haris Salleh dilantik penyelaras DUN Pulau Tawar
Haris Salleh dilantik penyelaras DUN Pulau Tawar
JERANTUT – Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah dilantik sebagai penyelaras DUN Pulau Tawar berkuatkuasa 1 Oktober lalu.
Lantikan itu dibuat oleh Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Sebelum ini, Haris Salleh adalah penyelaras DUN Damak, salah satu DUN dalam parlimen Jerantut.
“Lantikan ini hanyalah bersifat pentadbiran dan saya masih dipertanggungjawabkan untuk menguruskan tiga DUN lain dalam parlimen Jerantut.
“Kawasan DUN Damak, Pulau Tawar dan Tahan akan terus dibantu melalui pejabat penyelaras DUN seperti ditetapkan kerajaan Pahang,” kata Haris Salleh dalam satu hantaran di laman sosial Facebook, hari ini.
Dia turut memaklumkan semua urusan surat menyurat dan aduan boleh dihantar ke pejabat penyelaras DUN Pulau Tawar bagi memastikan tindakan segera boleh diambil.- SAHIH