Bekas ADUN Kemayan meninggal dunia
Bekas ADUN Kemayan meninggal dunia
BERA – Bekas ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kemayan, Datuk Mohd Fadil Osman, 58, meninggal dunia di Hospital Bera di sini kira-kira jam 8.48 malam tadi.
Isterinya, Hamidah Sulaiman, 52, berkata, Allahyarham dikejarkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas selepas pulang dari melihat suasana kempen pilihan raya kecil Pelangai hari ini.
“Arwah teringin tengok suasana pilihan raya jadi dia pergi ke sana (Pelangai) bersama menantu, tetapi bila balik nampak sangat keletihan.
“Sempat saya berikan air dan dia minum dua teguk sebelum rebah.
“Menantu segera menghantarnya ke Hospital Bera,” katanya di sini hari ini.
Allahyarham menjadi ADUN Kemayan selama tiga penggal, sejak tahun 2008 meninggalkan seorang balu dan empat anak perempuan.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kerayong, awal pagi esok.- SAHIH