Penunggang gagal kawal motosikal di selekoh Jalan Lipis-Sungai Koyan meninggal dunia
Foto atas : Motosikal yang terbabit remuk keseluruhan bahagian depan dalam kemalangan berlaku di KM22, Jalan Lipsi-Sungai Koyan, hari ini.
Penunggang gagal kawal motosikal di selekoh Jalan Lipis-Sungai Koyan meninggal dunia
LIPIS – Seorang penunggang motosikal berusia 43 tahun meninggal dunia dalam kejadian kemalangan jalan raya di KM 22, Jalan Lipis-Sungai Koyan, kira-kira jam 2.00 petang di Unit Kecemasan , Hospital Kuala Lipis, hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, penunggang, Hasruleffendy Hasim yang bersendirian yang datang dari arah Lipis gagal mengawal motosikalnya, ketika melalui selekoh di tempat kejadian kira-kira jam 11.45 pagi.
“Kegagalannya mengawal kenderaan mengakibat masuk ke laluan kereta serta bertembung secara berhadapan dan cedera parah di bahagian kepala, mangsa dikejarkan ke Hospital Lipis dan disahkan meninggal dunia oleh oleh pegawai perubatan di unit kecemasan pada jam 2.00 petang.
“Punca kematian belum diperolehi dan prosedur post-mortem akan diadakan selepas ujian swab test Covid -19 diperolehi, manakala, pemandu kereta bersama isteri tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Katanya, keadaan jalan berselekoh ,sistem jalan satu lorong dua hala, terdapat garisan putih berkembar di tengah sebagai pembahagian jalan, cuaca baik dan kejadian pada waktu siang.
“Kereta mengalami kemek di bahagian depan, lampu sebelah kanan pecah, fender kanan kemek dan bamper hadapan pecah, motosikal pula remuk keseluruhan bahagian depan,” katanya.-SAHIH.