120 sukarelawan, kerajaan Pahang salur RM60,000
120 sukarelawan, kerajaan Pahang salur RM60,000 bantu mangsa banjir Baling
KUANTAN – Seramai lebih 120 orang sukarelawan Pahang dengan kerjasama Majlis Tindakan Sosial Pahang bersama badan-bukan kerajaan (NGO) menggerakkan misi bantuan banjir ke Baling, Kedah yang teruk terjejas akibat bencana itu.
Kerajaan Negeri Pahang seterusnya menyumbang sebanyak RM 60,000 bagi bantuan berupa bekalan makanan, perubatan serta peralatan bagi kerja-kerja pembersihan di lokasi terjejas banjir.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri memahami situasi penduduk yang terkesan akibat bencana itu dan berharap misi tersebut dapat membantu mereka kembali pulang ke kediaman masing-masing menjelang Hari Raya Aidiladha, ahad ini.
Beliau berkata, bantuan itu dihulur sebagai tanda penghargaan kepada kerajaan negeri Kedah yang sebelum ini membantu Pahang ketika menghadapi bencana banjir awal tahun lalu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Flag Off Pelepasan Team Bantuan Banjir Kedah di Wisma Sri Pahang, Kuantan, Tengah malam tadi. –SAHIH.