Bapa dan anak milik ladang ganja didakwa
Bapa dan anak milik ladang ganja didakwa
BENTONG – Seorang warga emas berusia 78 tahun bergelar datuk ditahan selepas polis menemui 102 pokok ganja di sekeliling rumahnya seluas setengah hektar di Janda Baik, di sini pada jam 6.00 petang, 21 Mei lalu.
Suspek dituduh bersama anak lelakinya berusia 53 tahun di bawah Sek 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Sek 9 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Ketua Polis Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, anak warga emas itu turut dituduh di bawah Sek. 15(1)(A) ADB 1952.
“Ketika serbuan dilakukan, harga semua pokok ganja yang ditemui itu dianggarkan RM 61,000 serta turut menemui botol berisi cecair dipercayai minyak ganja dan 1,200 gram daun ganja kering.
“Hasil ujian awal sampel, suspek berusia 78 tahun yang berada di dalam rumah tersebut didapati negatif dadah, berdasar siasatan awal polis, suspek turut mendedahkan menggunakan cecair disyaki minyak ganja dengan mencampurkan beberapa titik ke dalam minuman sejak tiga tahun lalu
“Polis mendapati ladang ganja ini diusahakan sejak 2015, benih semaian pokok itu pula dikatakan diambil daripada ganja mampat,” katanya.
Katanya, ujian saringan air kencing anak lelaki diplomat terbabit didapati positif mengambil dadah.
“Dua beranak terbabit direman seminggu dan disiasat mengikut seksyen 39b Seksyen 6b dan seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952. Sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
“Bagi Kes Sek 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Seksyen Raub pula, pertuduhan akan dibaca ke atas kedua tertuduh pada 7 Jun 2022 (Selasa),” katanya.-SAHIH.