Bertahun baru selesai masalah air, penduduk lega
Bertahun baru selesai masalah air, penduduk lega
Sik – Masalah gangguan bekalan air bersih yang membelenggu penghuni 200 buah rumah di Kampung Hujung Bandar, Sik, berjaya diatasi.
Paip air masyarakat Kampung Hujung Bandar sebagai sumber air alternatif itu kini telah siap dibina dan telah menyalurkan bekalan air bukit ke rumah penduduk.
Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, pembinaan paip air masyarakat ini menggunakan peruntukkan daripada Kementerian
Pembangunan Luar Bandar, KPLB.
“Selain rumah penduduk, paip air masyarakat tersebut turut disalurkan ke masjid dan sekolah…” Katanya selepas merasmikan Paip Air Masyarakat Kampung Hujung Bandar di sini.
Beliau berharap dengan adanya paip air masyarakat akan memberi kemudahan
dan keselesaan kepada penduduk untuk melaksanakan urusan harian.-SAHIH