Gempar salji turun di puncak Gunung Kinabalu
Gempar salji turun di puncak Gunung Kinabalu
KOTA KINABALU – Gunung Kinabalu mengalami fenomena luar biasa apabila kawasan puncaknya dituruni salji pagi tadi sehingga video rakamannya turut menjadi tular di media sosial, kejadian berlaku kira-kira dua minit bermula 6.20 pagi tadi.
Orang ramai khususnya pendaki dan penduduk berdekatan Gunung Kinabalu gempar apabila berlaku salji turun di gunung tertinggi di Malaysia dan di pulau Borneo, setinggi 4,095 meter (13,435 kaki) dari paras laut yang terletak di banjaran Crocker.
Menurut pemilik Facebook, Jamili Nais, fenomena ini jarang berlaku, tetapi ianya tidaklah luar biasa kerana sudah beberapa kali melihatnya berlaku pada masa lampau.
“Memang salji di gunung yang terletak di tropika jarang berlaku, kemuncak Gunung Kinabalu hanya mungkin seratus meter dari garis salji kekal, jika tinggi sedikit, maka akan sentiasa kelihatan salji kekal seperti Gunung Kilimanjaro di Tanzania dan Gunung Wilhelm di Papua, “ katanya .
Katanya, the snowing on Mount Kinabalu earlier today is rare but not unusual. Happend in the past.
“Saya paparkan beberapa gambar lama dalam koleksi slaid saya (maaf, saya tidak dapat memberi kredit foto sebab saya tiada rekod siapa yang menggambarnya, lupa sudah,” katanya.-SAHIH.
SUMBER : Media sosial dan FB