Proton Waja sudah 600,000km tanpa overhaul?
Proton Waja sudah 600,000km tanpa overhaul?
Foto atas: Ali Mahmood berbangga memiliki kereta nasional yang tahan lasak
TEMERLOH – Sebuah kereta Proton Waja mencapai kilometer (km) sehingga mencecah lebih 600,000 km perjalanan tetapi masih belum menjalani proses pembaikan menyeluruh (overhaul) sepanjang beliau menggunakan kenderaan itu sudah 20 tahun.
Memang sekali pandang sebuah kereta Waja itu tidak nampak sesuatu yang luar biasa kerana sudah menjadi perkara biasa ada yang masih memandu kereta berusia 20 hingga 40 tahun, malah ada yang masih memandu kereta berusia lebih 50 tahun.
Seorang bekas wartawan Utusan, Ali Mahmood yang pernah berkhidmat di negeri Pahang sekitar tahun 2003 hingga 2013 mendedahkan rahsia keretanya itu masih utuh dan ‘kuat’ lagi tanpa melakukan overhaul terhadap kenderaannya itu.
“Sebenarnya kalau ikut pengeluar kenderaan, kereta yang menggunakan enjin petrol perlu di overhaul apabila mencecah 250,000km dan enjin diesel 300,000km,’’ katanya
“Penggunaan minyak enjin dan bahan bakar petrol pada kereta zaman moden ini dapat memanjangkan usia kereta sehingga 400,000, saya guna kereta ini cukup lasak sepanjang bertugas di negeri ini, di Kuantan dan Temerloh,” katanya.
Beliau yang pernah memenangi anugerah tertinggi kewartawanan Malaysia iaitu Hadiah Kajai MPI-Petronas pada tahun 2000, wartawan Bahasa Melayu terbaik MPI_Petronas 2000 dan memenangi anugerah kategori Penulis Sukan Terbaik (Bahasa Melayu) MPI-Petronas 2002.
Katanya, mungkin ramai tidak percaya, kilometer perjalanan mencecah lebih 600,000km tetapi masih belum menjalani proses pembaikan menyeluruh dengan hanya mengikut petua seorang jurutera kereta Formula 1 (F1) semasa membuat liputan perlumbaan kereta terpantas di dunia di Litar F1 Sepang pada tahun 2002.
“Semasa saya sedang makan, datang seorang jurutera F1, kalau tidak silap dari pasukan McLaren. Semasa berbual dia memberikan tip untuk memanjangkan usia enjin sesebuah kereta sehingga 500,000km dan dia minta saya mencubanya.
“Selain itu dia mencadangkan kepada saya menggunakan minyak enjin dan petrol Petronas selain memberitahu saya supaya mengisi semula petrol sampai penuh apabila bahan bakar dalam tangki minyak sudah separuh tangki untuk mengelak petrol `mengeluap’ dan disedut masuk ke dalam enjin bagi mengelak enjin akan cepat rosak,’’ kata.-SAHIH.