TERIMA KASIH KERAJAAN NEGERI PAHANG CAKNA RAKYAT
TERIMA KASIH KERAJAAN NEGERI PAHANG CAKNA RAKYAT
JERANTUT: Kira-kira 1,000 penerima tanah melalui Skim Tanah Rakyat (STR) yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri Pahang kepada penduduk di negeri ini melahirkan rasa syukur dengan pemberian tersebut malah mendoakan kerajaan ini terus stabil di bawah kepimpinan Menteri besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Seorang penerima Mahyon Ismail, 42 yang berasal dari Sabah dan berkahwin dengan Mohd Satar Ahmad, bersyukur menerima tanah seluas 3 ekar dianugerah oleh kerajaan Pahang di bawah STR di Kampung Pagi, Hulu Tembeling.

Katanya, tidak menjangka menerima tanah seluas 3 ekar melalui pemilihan yang ketat berdasarkan merit kelayakan.
“Tanah adalah lambang kekuatan keluarga, Insya Allah saya dan keluarga akan mengusaha tanah ini demi keluarga dan belum merancang untuk menanam jenis tanaman sama ada getah atau sawit untuk masa depan.
“Program STR yang diusahakan oleh kerajaan negeri menunjukkan caknanya kerajaan terhadap rakyat negeri ini yang memerlukan tanah, katanya katanya mewakili suaminya yang menerima seang rawatan di wad Hospital Jerantut, kelmarin.
Seorang lagi penerima tanah STR , Mohd Yusof Mat Si, 63 tahun berkata, bersyukur dengan pemberian sebidang tanah oleh kerajaan negeri.

“Betul juga orang kata, tanah tumpah darahku dan tanah air, merupakan anugerah tanah ini memberi semangat kepada sesiapa pun memiliki tanah.
“Saya akan mengusaha tanah ini dan akan menjaga amanah yang diberi, saya cuba hindari daripada menjual tanah ini seperti dinasihatkan oleh Menteri Besar, terima kasih kerajaan negeri,” katanya.
Sementara itu, seorang penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP), Saadun Mohd Yusof, 65 yang sebelum ini tinggal di sebuah kabin uzur di Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar bersama isterinya telah diberi sebuah rumah RRP berharga RM65,000.

“Saya menitis air mata selepas dimaklumkan bakal menerima sebuah rumah, saya tidak termimpi untuk memiliki rumah percuma yang tidak pernah ada negeri lain yang mengadakan program seperti ini.
“Saya doakan kerajaan negeri terus stabil untuk terus berbakti kepada rakyat memiliki sebuah rumah yang selesa,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Surat Skim Tanag Rakyat (STR) yang diadakan di Dewan Galeri Mat Kilau di Pulau Tawar, semalam.
Seorang penerima rumah RRP, Zakaria Razak, 58 tahun mewakili ibunya Zaharah Salleh, 84 tahun menerima sebuah rumah yang dibina di Kampung Anak Gajah, Damak.

“Sejak rumah emak saya terbakar, dia sering berpindah randah antara rumah anak-anak secara bergilir, kini setelah menerima rumah baharu ini, emak akan duduk sambil menjalankan kerja-kerja sendiri berdekatan rumah.
“Terima kasih kerajaan negeri yang memberi rumah RRP, dan saya dimaklumkan program seperti ini telah dijalan sejak tahun lalu dan setiap tahun kerajaan membina kira-kira 100 unit rumah dan diberikan kepada peserta yang layak di setiap Dewan Undangan Negeri,” katanya semalam.
Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kestabilan politik dan kekuatan kewangan negeri mencerminkan pentadbiran negeri ini ditadbir dengan telus dan lancar.
“Contohnya, ramai menerima tanah STR, tanah dusun, tanah untuk membangunkan pertanian, tapak rumah dan rumah RRP diberi.
“Kalau kerajaan tiada duit, macam mana nak bagi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat, dan tidak mudah untuk menjalankan program pemberian tanah kalau tanpa wang,” katanya di Majlis Penyampaian Skim Tanah Rakyat (STR) yang diadakan di Dewan Galeri Mat Kilau, Pulau Tawar, hari ini.-SAHIH