MENINGGAL DUNIA SELEPAS PULANG BERBASIKAL DI HADAPAN RUMAH
MENINGGAL DUNIA SELEPAS PULANG BERBASIKAL DI HADAPAN RUMAH
KULIM: Seorang lelaki berusia 52 tahun meninggal dunia di hadapan rumahnya setelah pulang berbasikal di Taman Mutiara, Sungai Kob, dekat sini pada jam 7.10 pagi, hari ini.
Lelaki tersebut dikatakan melakukan senaman ringan sebelum dia secara tiba-tiba jatuh dan pengsan dan beberapa ahli keluarga mangsa cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum mereka menghubungi ambulans.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, kakitangan hospital yang tiba mendapati mangsa sudah meninggal dunia.
“Siasatan mendapati mangsa mempunyai sejarah kencing manis dan darah tinggi dan dia sudah menerima dua dos vaksin sebelum ini.
“Selain itu, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa sebelum ini pernah dijangkiti Covid-19 pada 28 Ogos lalu dan sembuh selepas menjalani kuarantin selama 14 hari,” katanya.
Menurutnya, setakat ini siasatan mendapati tiada unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. Jenazah dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian mangsa.- HM
Foto: Media sosial.