PAHANG DIJANGKA MENCAPAI IMUNITI KELOMPOK MENJELANG MUSIM TENGKUJUH
PAHANG DIJANGKA MENCAPAI IMUNITI KELOMPOK MENJELANG MUSIM TENGKUJUH
KUANTAN: Setakat ini, 6,794 pelajar seluruh Pahang telah menerima dos pertama masing-masing.
Selain itu golongan remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) dari institusi-institusi pemulihan dan perlindungan serta remaja golongan rentan termasuk gelandangan turut menerima suntikan itu.
Pahang dijangka akan mencapai imuniti kelompok sebelum menjelang musim tengkujuh yang dibakal berlaku akhir tahun ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melawat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin, di sini, pagi ini.
“Pemberian vaksin itu diberi kepada golongan remaja melibatkan 583 pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dari SMK Bukit Rangin dan SMK Sungai Isap.
“Hari ini merupakan hari kedua pemberian vaksin yang melibatkan golongan remaja bermula semalam, “ katanya melalui FB beliau.-SAHIH.