KEDUTAAN UKRAINE TUTUP SEMENTARA LAMAN FACEBOOK RASMI
KEDUTAAN UKRAINE TUTUP SEMENTARA LAMAN FACEBOOK RASMI
BERPUNCA BANTAHAN WARGA NET MALAYSIA EKORAN KEMENANGAN ZIYAD DIBATALKAN
KUALA LUMPUR: Ekoran pelbagai kecaman warga net Malaysia, terhadap akaun Facebook Ukraine, jabatan kedutaan itu menutup sementara akaun tersebut kerana kecaman tidak berpuas hati dengan kejadian protes yang dilakukan oleh atlet negara Eropah Timur itu.
Pingat emas atlet lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang dibatalkan oleh pihak penganjur selepas mendapat bantahan dari kem Ukraine di pertandingan akhir lontar peluru (F20), petang semalam.
Pembatalan berada dalam status ‘did not start’ (DNS) terhadap Ziyad dilakukan selepas selesai acara tersebut yang menyaksikan atlet negara melakukan lontaran sejauh 17.94 meter sekali gus mencatat rekod dunia tetapi tidak diiktiraf.
Berlakunya kejadian DNS itu dikatakan Ziyad lewat memasuki bilik menunggu sebelum acara bermula lalu menyebabkan Ziyad terbatal penyertaannya.
Kemarahan warganet Malaysia mendapat perhatian Duta Besar Ukraine di Malaysia, Olexander Nechytaylo yang telah berkongsi kenyataan di dalam laman Facebook rasminya.
Katanya, terdapat beberapa persoalan tentang keputusan jawatankuasa penganjur yang menyebabkan tercetusnya kontroversi tersebut dan berharap ia dapat diselesaikan dengan segera.
Dia turut mengucapkan tahniah kepada Ziyad di atas prestasinya yang luar biasa sehingga memecahkan rekod dunia dalam kategori F20 (masalah pembelajaran).
“Walaupun terbatal, dia kekal sebagai juara sebenar di hati semua, bukan hanya kepada rakyat Malaysia,” tulisnya.
Ukraine turut mendakwa dua lagi atlet lain, Todd Hodgetts dari Australia dan Jordi Patricio (Ecuador), turut lewat masuk ke bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan hingga menyebabkan keduanya turut menerima status DNS, lapor FMT.
Pejabat kedutaan Ukraine di sini terpaksa bertindak menutup sementara akaun Facebook rasminya selepas warganet yang tidak berpuashati dengan insiden protes oleh pasukan Ukraine, menyerang laman tersebut dengan pelbagai kecaman.
Ia adalah ekoran kemenangan pingat emas atlet lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang dibatalkan oleh pihak penganjur selepas mendapat bantahan dari kem Ukraine pada pentas final Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Lontaran Ziyad sejauh 17.94m sehingga berjaya memecahkan rekod dunia itu tidak diiktiraf selepas dia dikatakan lewat memasuki bilik menunggu sebelum acara bermula lalu menyebabkan Ziyad berada dalam status ‘did not start’ (DNS).
Berikutan dengan itu, netizen dilihat bertindak menyerang akaun Facebook milik Kedutaan Ukraine di Malaysia sehingga menyebabkan ruangan komen akaun tersebut terpaksa dikawal.
Kemarahan warganet turut mendapat perhatian Duta Besar Ukraine di Malaysia, Olexander Nechytaylo yang telah berkongsi kenyataan di dalam laman Facebook rasminya.
Menurutnya, terdapat beberapa persoalan tentang keputusan jawatankuasa penganjur yang menyebabkan tercetusnya kontroversi tersebut dan berharap ia dapat diselesaikan dengan segera.
Dia turut mengucapkan tahniah kepada Ziyad di atas prestasinya yang luar biasa sehingga memecahkan rekod dunia dalam kategori F20 (masalah pembelajaran).
“Dia akan kekal sebagai Juara sebenar di hati semua, bukan hanya kepada rakyat Malaysia,” tulisnya.
Selain Ziyad, Ukraine turut mendakwa dua lagi atlet lain, Todd Hodgetts dari Australia dan Jordi Patricio (Ecuador), lewat masuk ke bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan hingga menyebabkan keduanya turut menerima status DNS. – Lapor FMT.