20 PERATUS PENDUDUK MASIH TIDAK DAFTAR
20 PERATUS PENDUDUK MASIH TIDAK DAFTAR
KUANTAN, PAHANG: Lebih 235,000 atau 20 peratus penduduk Pahang yang masih belum mendaftar dengan aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 walaupun layak untuk menerimanya, dinasihatkan mendaftar segera bagi membolehkan negeri ini mencapai imuniti kelompok lebih pantas.
Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus, berkata suntikan vaksin adalah antara ikhtiar bagi mengawal COVID-19, dan hingga hari ini lebih 50 peratus golongan dewasa di Pahang sudah menerima dua dos vaksin.
“Pahang hari ini merekodkan 839 kes baharu, angka yang agak tinggi, namun jika kita lihat trend kumulatif mingguan dan purata seminggu kes harian, kita dapati ada menunjukkan penurunan, lapor Bernama.
“Trend penurunan ini jkali pertama dilihat dalam tempoh sembilan minggu dan berlaku seiring dengan peningkatan liputan vaksinasi di Pahang,” katanya menerusi Facebook.
Pahang sebelum ini menyasarkan kira-kira 80 peratus penduduknya menerima vaksin lengkap pada penghujung Oktober iaitu sebelum musim tengkujuh bermula.